Rozita Che Wan bakal menyerikan Hotel Tenera yang terus menjadi pilihan lokasi Bufet Ramadan tahun ini – 1445 Hijrah/2024 Masihi.

==================================================================================================================================================

Hotel Tenera Tampilkan Che Ta Wajah Bufet Ramadan 2024

SAJIAN JAMIN SEDAP BERTERUSAN

 

SELEBRITI seni dan keusahawanan terkenal, iaitu pelakon Rozita Che Wan bakal menyerikan Hotel Tenera yang terus menjadi pilihan lokasi Bufet Ramadan tahun ini – 1445 Hijrah/2024 Masihi.

 

Bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, akan ditampilkan sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera tahun ini, bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.

 

Sudah menjadi kelaziman, Bufet Ramadan di Hotel Tenera, Bangi menjadi pillhan Che Ta dan tetamu pelbagai golongan kerana sajiannya yang lazat, dan tempat yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) bersama-sama Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah (dua dari kanan), dan Rozita Che Wan (kanan sekali) semasa sidang media Majlis Prebiu 'Lip-Lap Lip-Lap Ramadan 2024 pada 8 Februari lalu.

======================================================================

Semasa Majlis Prebiu ‘Lip-Lap Lip-Lap Ramadan 1404’ di Grand Ballroom, Hotel Tenera pada 8 Februari lalu, Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, memberitahu Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.

 

“Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan, serta aneka minuman,” katanya dalam ucapan alu-aluan.

 

Bukan itu sahaja, tambah Fadzly, terdapat lebih 200 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya, dan yang pasti dinanti-nantikan buah durian yang akan disajikan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.






Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah (kanan sekali) mengiringi Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (kiri sekali) dan Rozita Che Wan (cermin mata hitam) melawat salah sebuah gerai menu Ramadan 2024.

=========================================================================

“Hidangan lain yang pastinya tak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, dan banyak lagi,” kata beliau.

 

Lebih menarik, bersempena dengan penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang menikmati menu pilihan selebriti tersebut di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.

 

Kelazatan menu hidangan ini adalah hasil air tangan cef berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said yang juga Chef Eksekutif Hotel Tenera.







                






 

=========================================================================

“Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas positif pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij Best Ramadan Buffet pada 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia,” jelas Fadzly.

 

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal, atau early bird pada harga RM98 sahaja berbanding harga asal RM138 (Isnin-Khamis), dan RM158 (Jumaat-Ahad).

 

Tawaran pembelian early bird ini terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

 

Di sepanjang Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa, termasuk baucar Bufet Ramadan, serta hidangan pada waktu sahur.

 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung menunaikan solat maghrib, isyak dan sunat tarawih.

 

Untuk itu, pihak hotel juga membawa wakil dari Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat jemaah isyak dan tarawih pada setiap malam di sepanjang Ramadan.

 

Lebih menarik dan istimewa, Hotel Tenera yang dimiliki Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPFMB) sepenuhnya ini berkonsepkan ‘Mesra Muslim’.

 

Hotel ini mempunyai 502 bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan 1,200 orang, dan ada tiga kolam termasuk, satu kolam yang berkonsepkan Muslimah.

 

Selain Fadzly dan Che Ta yang menyampaikan ucapan, turut hadir ialah Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dan penyanyi ‘legenda hidup’, Dato’ Jamal Abdillah.

 

Dato’ Sri Ahmad Shabery turut melawat gerai-gerai diiringi Fadzly dan Che Ta sebelum mengadakan sidang media.

 

Dikendalikan oleh selebriti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengacara, Dato’ Jamal menghiburkan hadirin dengan dendangan lagu malar segarnya, Keluhan Perantau, dan Sendiri.

 

Dalam ucapan beliau, dan juga semasa sidang media, Ahmad Shabery turut mengumumkan bahawa Hotel Tenera dipilih sebagai hotel rasmi untuk sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 pada Julai akan datang.

- RAJA YUSOFF ARIFFIN 

                                                    

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek turut mengumumkan bahawa Hotel Tenera dipilih sebagai hotel rasmi untuk sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 pada Julai akan datang.

========================================================================

                                                                                

                                                                                                        

                    Dato' Jamal Abdillah mendendangkan Keluhan Perantau dan Sendiri.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).

 

Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera

 

Pakej Ramadan Staycation

  2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)

  Bufet Ramadan untuk 2 orang

  Sahur untuk 2 orang

  RM388 bersih/bilik

 

  2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)

  Bufet Ramadan untuk 4 orang

  Sahur untuk 4 orang

  RM688 bersih/unit

 

Pake’ Ramadan Residensi

(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)

 

  2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)

  Bufet Ramadan untuk 1 orang

  Sahur untuk 1 orang

  RM298 bersih/seorang

 

  2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)

  Ramadan Bufet untuk 2 orang

  Sahur untuk 2 orang

  RM216 bersih/seorang

 

*Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.

 

###

 

Maklumat & Tempahan

 

Tempahan Bufet Ramadan

  03-8929 9600

  019-385 4796 (Whatsapp)

 

Tempahan bilik penginapan

○ 03-8929 9600

  019-233 1796 (Whatsapp)

 

Email:  hoteltenera.kpf@felda.net.my

Laman Rasmi:  www.tenerahotel.com.my

tenerahotel.com.my


No comments:

Powered by Blogger.