Alif Satar-Hadramawt Kitchen Jalin Kerjasama untuk Sajian Berinovasi

 

TELAH popular sebagai peneraju dalam menyampaikan masakan asli Arab dan Timur Tengah, kini ia mengembangkan kepakarannya ke dalam dunia hidangan sedia untuk dimakan yang mudah dan alavorful.

Dalam dedikasi untuk menyampaikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa yang melangkaui restoran tradisional, Hadramawt Kitchen Sdn Bhd (HK) komited untuk kecemerlangan, dan menerima inovasi sambil kekal dengan akar masakannya.

 

Justeru, hal berkenaan diperkuat lagi apabila melibatkan seorang selebriti dalam bidang nyanyian/lakonan, serta pengacaraan tanah air, iaitu Alif Satar sebagai duta jenama produk HK.

                                       

                                    Ketua Pegawai Eksekutif HK, Alaa Abdalwahed (kiri). 

=========================================================================

Pelancaran dan pengenalan duta berkenaan dilakukan dalam sebuah majlis di HK, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

 

Majlis tersebut diadakan serentak dengan prebiu bufet Ramadan HK, dan membawa sekali pihak media membuat liputan mengenainya.

 

Visi HK adalah ‘Beyond Restaurants’, atau melangkaui persediaan restoran konvensional dengan menerima strategi dinamik, dan pebagai dimensi.


                                              

Alif Satar berharap para pelanggan Hadramawt Kitchen Sdn Bhd berpuas hati dengan sajian, dan layanan HK, serta mengharapkan Ramadan yang penuh erti kali ini.

=========================================================================

Pengembangan perniagaan memerlukan penerokaan pelbagai ranah masakan, termasuk operasi dapur pusat, kuih-muih, perkhidmatan katering, hidangan sedia untuk dimakan (MRTE), barisan rempah premium, peluang francais, dan pengurusan F&B pakar.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HK, Alaa Abdalwahed, pendekatan holistik ini membolehkan pihaknya meluaskan jangkauan kepada penggemar makanan yang paling arif di seluruh Malaysia, memastikan kebolehcapaian, dan kemudahan melangkaui sempadan geografi.

 

“Alif adalah rakan lama saya. Bekerjasama dengannya membungakan harapan dapat menghantar mesej kesan yang berkekalan, sambil kami meningkatkan pengalaman menjamu selera di luar restoran,” katanya.

 

Acara dwi tersebut menunjukkan komitmen HK yang tidak berbelah bahagi untuk mempamerkan kecemerlangan masakan, kepelbagaian perniagaan dan budaya serta tujuan amalnya.

=========================================================================



=========================================================================

Dengan menu yang pelbagai yang menawarkan sehingga 195 item, yang dibuat khas untuk sambutan Ramadan, HK terus menawan hati dan citarasa penggemar makanan yang paling arif apabila mengunjungi hidangan bufet yang benar-benar mempesonakan, dan luar biasa.

 

“Selain itu, syarikat secara aktif menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui cara memupuk perkongsian dengan pembekal berskala kecil, petani dan perniagaan tempatan, mempromosikan aktiviti ekonomi, dan amalan mampan yang melangkaui operasi mereka,” tambah Alaa.

 

Alif pula menyatakan rasa gembiranya dapat bekerjasama dengan HK, dan memenuhi tawaran rakan lamanya, Alaa. Beliau berharap para pelanggan berpuas hati dengan sajian, dan layanan HK, serta mengharapkan Ramadan yang penuh erti kali ini.



Artis terkenal, Dato' AC Mizal yang juga pengasas SUKE TV (tiga dari kanan) turut hadir bersama-sama isterinya, Datin Emylia Rosnaida (kanan sekali). 
 ========================================================================

Untuk maklumat lanjut atau untuk merasai Aavors of Hadramawt Kitchen yang tiada tandingan, sila layari laman web rasmi di www.hadramawt-kitchen.my atau hubungi *6(019)6738841.

 

-          RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

No comments:

Powered by Blogger.