PELANCONGAN
AITEX 2024 Rintis
Platform Global Utama untuk Pelancongan dan Perdagangan Islam
YBHG Dato’ Dr Hj
Mohd Khalid Harun, dan Dato’ Jeffri Sulaiman gembira dapat meneruskan penganjuran
Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Asia (AITEX), selepas pertama kali
menganjurkannya pada tahun lalu.
Mereka
juga bersyukur kerana jumlah peserta atau pempamer, dan penajaan turut
bertambah untuk AITEX kedua (AITEX 2024) yang bakal berlangsung dari 23 hingga
25 Ogos ini di Hotel Sunway Resort (SRH), Bandar Sunway, Selangor.
AITEX
2024 dengan tema ‘Merangkul Kepelbagaian: Janji dan Potensi Pelancongan Islam’ ini
turut menyaksikan kerjasama Batik Air Malaysia (dahulunya Malindo) buat pertama
kali, sebagai rakan penerbangan.
Dato’
Dr Hj Mohd Khalid sebagai Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)
merangkap Pengerusi AITEX 2024, dan Dato’ Jeffri, Timbalan Presiden
MATA/Pengerusi Penganjuran AITEX 2024 menyatakan sedemikian semasa sidang media
AITEX 2024 di SRH pada 19 Ogos lalu.
Encik Ahmad Jafri Ngah Ali (berdiri) mengendalikan majlis sidang media Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Asia 2024 (AITEX 2024) pada 19 Ogos lalu.
Turut
hadir YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, Setiausaha Agung MATA merangkap
Pengerusi Penganjuran WITA 2024 yang juga menyertai buat julung kali; YBrs Encik
Fauzi Rajab, Ketua Pembangunan Bisnes Kerajaan Batik Air Malaysia; dan YBrs Encik
Nazli Ahmad, Pengarah Hal Ehwal Protokol, Diplomatik dan Jualan Makanan &
Minuman SRH.
Mereka
disertai Puan Hjh Siti Zabidah, Bendahari
MATA merangkap Ahli Jawatankuasa AITEX 2024; Encik Ahmad Jafri Ngah Ali, Ahli
Jawatankuasa MATA/Pemasaran dan Jualan AITEX 2024, dan Tuan Dr Hj Zawari Ali,
Ahli Jawatankuasa AITEX 2024.
Mengenai
matlamat AITEX 2023 yang sekiranya masih belum dicapai, Jeffri menegaskan
perkara tersebut akan dilanjutkan dalam AITEX 2024. Dr Mohd Khalid juga senada
dengan Jeffri, iaitu matlamat AITEX tidak terhenti setelah sesebuah AITEX
berakhir.
“Ia
akan diteruskan tahun demi tahun selaras dengan hakikat manifestasi AITEX 2024,
iaitu perpaduan pelancongan dan perdagangan Islam global.
Dato’ Dr Hj Mohd Khalid (tengah), Presiden MATA merangkap Pengerusi AITEX 2024 semasa sidang media AITEX 2024 pada 19 Ogos lalu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AITEX
2024 dianjurkan oleh MATA dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti Majlis
Pelancongan Islam Sedunia, Pertubuhan Pelancongan Islam Sedunia, dan Persekutuan
Umrah & Haji ASEAN (AFUH), dengan sokongan Biro Pameran & Konvensyen Malaysia
(MyCEB).
SRH
merupakan rakan hotel, TV Alhijrah rakan TV, serta Pelancongan dan Pengembaraan
Sedunia (TTW) pula adalah rakan media rasmi.
AITEX
2024 dijangka akan menjadi perhimpunan utama bagi pemimpin industri, pembeli
perdagangan, dan pengguna awam, menonjolkan potensi besar dalam sektor
pelancongan dan perdagangan Islam.
Ia
adalah acara utama yang didedikasikan kepada sektor pelancongan, dan
perdagangan Islam, dengan menyediakan platform global untuk para profesional
industri, pemimpin kerajaan, dan pengguna bagi berhubung, meneroka, serta meraikan
pelbagai tawaran dalam pelancongan dan perdagangan Islam.
Pemegang
taruh di AlTEX 2024 akan memperoleh peluang unik untuk berhubung dengan
pempamer dari pelbagai negara, termasuk Zambia, Arab Saudi, Mesir, Uzbekistan,
Tajikistan, China, dan sudah tentu Malaysia serta banyak lagi.
=========================================================================
Platform
ini diadakan untuk memudahkan penemuan produk, perkhidmatan, dan kerjasama baharu
yang boleh mendorong pertumbuhan, serta inovasi dalam industri pelancongan dan
perdagangan Islam global.
Antara
daya penarik bagi orang awam sebagai pengunjung, penganjur AITEX 2024 mengadakan
pelbagai aktiviti dan tawaran pakej menarik di sepanjang tiga hari ini penganjurannya.
YBrs Encik Fauzi Rajab (tengah), Ketua Pembangunan Bisnes Kerajaan Batik Air Malaysia.
Dari pakej pelancongan eksklusif yang dijual kepada pengunjung, turut diadakan Pameran Artifak Nabi Muhammad SAW yang menawarkan pameran yang ‘jarang-jarang’ ada untuk semua orang.
Pengunjung
AITEX 2024 boleh merasai ‘Perjalanan Realiti Maya’ (VR) Nabi Muhammad SAW, iaitu
satu pengalaman canggih yang menghidupkan peristiwa penting dalam perjalanan
Baginda.
Bagi
pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 pula berpeluang
memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi menakjubkan seperti Maldives
dan Vietnam yang akan diuruskan oleh Batik Air Malaysia.
YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid (kiri sekali) memberikan serba sedikit penjelasan mengenai Anugerah Perdagangan dan Pelancongan Islam Sedunia 2024.
AITEX 2024 juga akan menganjurkan beberapa persidangan utama, termasuk Persidangan Pelancongan Islam pada 23 dan 24 Ogos, dengan pakar industri akan membincangkan beberapa topik penting yang membentuk masa depan pelancongan Islam.
Sementara
itu, acara kemuncak AITEX pada 25 Ogos adalah Sidang Kemuncak Menteri & CEO
dan Pelaburan Pelancongan Asia, yang mempertemukan pemimpin dari Kemboja, Filipina,
Zambia, Mesir, Indonesia, dan Uzbekistan untuk menerokai peluang pelaburan, dan
membincangkan masa depan pelancongan Islam.
Satu
lagi acara kemuncak AITEX 2024 ialah Anugerah Perdagangan dan Pelancongan Islam
Sedunia (WITA) 2024, yang akan berlangsung semasa majlis makan malam gala pada
26 Ogos, di Ballroom, SRH.
WITA
2024 akan mengiktiraf 30 individu dan organisasi cemerlang dari industri
pelancongan dan sektor kerajaan atas sumbangan mereka dalam pelancongan, dan
perdagangan Islam. Tetamu akan dihiburkan oleh artis popular Malaysia, dan orkestra
kombo.
AITEX
2024 dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam secara percuma. Jadi, jangan
lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang akan membentuk
masa hadapan pelancongan, dan perdagangan Islam.
Untuk
maklumat lanjut, sila layari www.aitex.my,
atau hubungi +60192157116.
Hubungan Media: Dato’ Jeffri Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif AITEX 2024 +60192157116 ceo@aitex.my / marketing@aitex.my.
###################################################################################
Dari kiri; YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, YBhg Dato’ Jeffri Sulaiman, YBhg Dato’ Dr Hj Mohd Khalid Harun, YBrs Encik Fauzi Rajab, dan YBrs Encik Nazli Ahmad.
Dari kiri; Puan Hjh Siti Zabidah, YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, YBhg Dato’ Jeffri Sulaiman, YBhg Dato’ Dr Hj Mohd Khalid Harun, YBrs Encik Fauzi Rajab, YBrs Encik Nazli Ahmad, Encik Ahmad Jafri Ngah Ali, dan Tuan Dr Hj Zawari Ali.