EKO-PELANCONGAN
RAKERNAS IWAPI INDONESIA KETIGA, PERTAMA DI MALAYSIA
IKATAN Wanita Pengusaha Indonesia (IWAPI) menganjurkan Rapat Kerja Nasional (Rakernas) 2024 yang membawa tema besar, ‘Peran Strategis Perempuan Pengusaha dalam Pembangunan Berkelanjutan Menuju Indonesia Emas’ pada 23 hingga 25 September di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Antara tujuan Rakernas IWAPI 2024 adalah memperteguh peranan wanita (perempuan) usahawan (pengusaha) dalam pembangunan kebangsaan dan global, seiring dengan visi Indonesia Emas 2045.
Ia disertai kira-kira 1,000 ahli IWAPI, termasuk pihak kerajaan, untuk menerokai peluang perniagaan, dan mempererat hubungan antara dua negara berjiran ini.
IWAPI yang ditubuhkan pada 1975, kini menjadi antara pertubuhan usahawan wanita terbesar di Indonesia, malah di Asia Tenggara. Dengan lebih 40,000 anggota berdaftar di seluruh Nusantara, dan perwakilan di Malaysia, ia mempunyai jaringan yang luas dan terus berbakti dalam pemerkasaan ekonomi wanita.
Isteri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datin Indera Kiki Hermono menyampaikan ucapan beliau.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Organisasi ini bertekad mendorong usahawan wanita agar aktif dalam kegiatan ekonomi, dan mengambil bahagian dalam mencapai tujuan pembangunan seterusnya.
Pada usia hampir 50 tahun yang cukup matang ini dengan semangat inovatif, inklusif dan kolaboratif, IWAPI tetap konsisten, terus wujud dan fokus dalam hal pemantapan ekonomi wanita, serta menjadi sebahagian daripada penggerak roda ekonomi Indonesia.
Sembilan puluh lapan peratus anggota IWAPI adalah UMKM, dan dua peratus berskala usaha besar. UMKM pula memiliki peranan strategik dalam menopang pertumbuhan ekonomi kebangsaan, malah menjadi tulang belakang ekonomi Indonesia ketika krisis kewangan dunia pada 1998, dan 2008. UMKM di Indonesia menyumbangkan kira-kira 61 peratus kepada PDB.
Antara peserta Rakernas IWAPI 2024 yang teruja menyertai acara ini yang kali pertama berlangsung di Malaysia.
===================================================================
Penyerapan tenaga kerja terbesar, iaitu 96.99 peratus-97.22 peratus dengan jumlah pelaku UMKM mencapai 62 juta, atau kira-kira 98 peratus daripada pelaku usaha kebangsaan.
Indonesia dan Malaysia adalah negara serumpun yang telah menjalin hubungan berpuluh-puluh tahun. Selama ini posisi neraca perdagangan antara Malaysia-Indonesia mencapai USD27.9 juta (data 2022). Eksport Indonesia ke Malaysia berjumlah USD15.4 juta, dan import pula USD12.5 juta. Surplus Indonesia bernilai USD29.9 juta.
Usahawan wanita Indonesia dan Malaysia menghadapi banyak halangan dalam menjalankan perniagaan. Melihat kedudukan kedua negara yang terletak berhampiran, dan budaya hampir serupa, maka para usahawan wanita Indonesia-Malaysia perlu meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan yang lebih erat antara kedua negara agar memperkukuh ekonomi masing-masing.
Pembangunan seterusnya merupakan perkara utama yang menjadi acuan untuk mencapai matlamat Indonesia Emas 2045, iaitu Indonesia akan memiliki Bonus Demografi, dengan potensi besar dalam memanfaatkannya, untuk mewujudkan Visi Indonesia Emas 2045 semasa Era Revolusi 4.0.
Fakta tersebut merupakan halangan bagi dunia usahawan, sehingga kestabilan politik, kesepaduan sosial (harmoni), institusi yang berkesan (birokrasi, ketetapan undang-undang dan lain-lain yang berkesan), serta perancangan jangka panjang dari kerajaan.
Mengikut hasil kajian juga, produk domestik bruto (PDB) boleh meningkat apabila wanita diperkasakan. Kajian McKinsey Global juga menyebutkan, kalau Indonesia mampu meningkatkan penyertaan wanita sebanyak tiga peratus sahaja, PDB Indonesia boleh melonjak menjadi USD135 juta pada 2025.
Berdasarkan fakta tersebut, maka peranan strategik IWAPI pada usia 49 tahun harus terus kekal dalam hal pemantapan ekonomi wanita, dengan mengadaptasi teknologi, dan inovasi untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dan berdaya saing.
Para pendukung Rakernas IWAPI 2024 bersama-sama isteri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datin Indera Kiki Hermono.
###################################################################################
Ini semua untuk meningkatkan sumbangan IWAPI terhadap ekonomi Indonesia, dan peranan utamanya berjuang, dengan memanfaatkan kekayaan dan potensi Indonesia dengan tetap mengutamakan prinsip inovatif, inklusif dan kolaboratif.
Pada Rakernas IWAPI ketiga, tetapi
pertama kali di Malaysia ini, program kerja yang bermanfaat untuk semua ahli IWAPI
boleh dilakukan, serta merumuskan syor-syor dalaman dan syor-syor luaran yang
akan sangat bermanfaat kepada kerajaan, seterusnya kepada usahawan, dan rakyat.
Peralihan pucuk pemerintahan dari Presiden
Jokowi kepada Presiden baharu, Bapak Prabowo harus lebih baik dengan terus
menjaga kemitraan strategik bersama-sama kerajaan, dan swasta.
Sehubungan ini, IWAPI bersedia membantu kerajaan dalam hal penyediaan makanan berkhasiat, turut berusaha membina rumah murah, serta program kerajaan lain di bawah pemerintahan Presiden baharu yang akan dilantik pada 20 Oktober 2024.
Isteri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datin Indera Kiki Hermono mengetuai jemputan khas yang lain menyempurnakan perasmian pameran Rakernas IWAPI 2024, pada 23 September lalu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
IWAPI tetap berpegang pada beberapa perkara
penting lain, seperti Pembangunan Berkelanjutan untuk Masa Depan Indonesia,
Mendorong Partisipasi Global, Arah Kebijakan dan Program (pemberdayaan ekonomi
digital, inklusi kewangan, pengembangan usaha ramah lingkungan), kerjasama antarabangsa.
Rakernas IWAPI 2024 ini dihadiri
tokoh-tokoh penting dari kerajaan, bidang usahawan, serta perwakilan antarabangsa
yang memberikan pandangan tentang peranan strategik wanita dalam pembangunan
ekonomi seterusnya.
Antara pengisian Rakernas IWAPI 3
termasuklah Mesyuarat Kebangsaan IWAPI yang dihadiri kira-kira 1,500 ahli dari
36 kawasan di Indonesia, dan Malaysia pada 24 September, serta sesi plenari.
Puan Ir Nita Yudi, MBA, Pengerusi IWAPI,
dan Encik M Arsjad Rasjid PM, Pengerusi KADIN Indonesia menyampaikan ucaptama
masing-masing.
Selain itu, perbincangan panel pakar
menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama bilateral Indonesia-Malaysia. Sesi
jaringan pelbagai pula menyediakan peluang pemadanan perniagaan.
Turut diadakan majlis perjanjian
persefahaman (MoU) antara IWAPI dengan Usahanita Malaysia, Peniagawati
Malaysia, Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), dan Persatuan Usahawan Wanita
Antarabangsa Malaysia (IWEM).
Puan Ratna Dwikora dan Puan Lela
mewakili IWAPI, sementara Puan Syahirah Hani Mohamad Ali (Presiden Usahanita),
Dato’ Emmy Suraya Hussein (Presiden Peniagawati Malaysia), Datuk Normaziah
Shiekh Mohamed (Presiden KWIM), dan Noraziah Borhan (Presiden IWEM).
Berlangsung juga MoU antara IWAPI
dengan Avisena Hospital, KPJ Healthcare, Prince Court Hospital.
Selain itu, diadakan Bual Bicara
dengan pihak kerajaan Indonesia atas judul Peran
Strategis Perempuan Sebagai Penggerak Ekonomi, menampilkan Puan Rina Zoet
sebagai moderator, memudahcarakan Puan Dr Idha Widhi dari Kementerian Pertanian,
Arsanti (Kepala Badan PPSDM Pertanian), Puan Anna Nurbani (Direktur
Pemberdayaan Usaha), dan Puan Kandi Rahayu (Sari Sihat (M) Sdn Bhd).
Rakernas IWAPI 3 turut diisi dengan majlis
makan malam gala, dan pertunjukan fesyen yang menampilkan pereka-pereka dari
Malaysia (Oki Evani dan Ridz), dan Indonesia (Jessica Moretosee, House of Pipie,
House of Djuita, dan Batik Riana Kusuma).
Menurut Datin Nany Rusyamsi, Ketua
Umum atau Presiden IWAPI di Malaysia, beliau teruja dengan Rakernas IWAPI 3.
“Kami sangat gembira menganjurkan
acara ini di Kuala Lumpur kerana ia membuka peluang untuk memantapkan para
usahawan wanita Indonesia, bukan sahaja di sini, tetapi di seluruh dunia. Kami
berharap dapat mengilhamkan, dan membantu wanita mencapai matlamat memenuhi
potensi mereka dalam dunia perniagaan,” katanya.
Pameran dan bazar turut diadakan
yang memberi peluang kepada peserta Rakernas IWAPI 3 ini mendapatkan pelbagai
produk, selain melihat penghasilannya menerusi bengkel-bengkel kecil.
Dengan penganjuran Rakernas ini,
IWAPI mampu menambahkan sumbangan besar wanita dalam pembangunan Indonesia,
sejalan dengan visi besar Indonesia Emas 2045.
Pada 23 September lalu, berlangsung
majlis Pembukaan Pameran yang dikendalikan oleh Puan Renny Fonda.
Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua
Umum DPP IWAPI; diikuti Isteri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datin Indera Kiki
Hermono.
YBhg Datin Nanny Melianna Rusyamsi, Ketua Umum atau Presiden IWAPI Malaysia.
Sementara itu, majlis perasmian
Rakernas IWAPI 2024 pada 24 September dikendalikan oleh Puan Nana Krit dan Puan
Evi.
Majlis dimulakan dengan pembacaan
doa oleh Puan Prof Beta (Malaysia), diikuti nyanyian lagu Indonesia Raya
Dirigen oleh Puan Paulina Maria Haruna dari Papua Barat; menyanyikan MARS IWAPI
Dirigen (juga Paulina), pembacaan Kode Etik Ketua Komtap Organisasi, Puan Dra Ramlah
Alyafie; tayangan video profil IWAPI Bid, dan pengumuman DPD IWAPI Teladan WKU
I DPP, Puan Tatyana Sutara, SE, MSi.
Kemudian pengumuman Perempuan
Pengusaha Berprestasi Tingkat Nasional WKU I DPP, Puan Tatyana Sutara, SE, MSi;
penyerahan penghargaan Puan Ketua Umum DPP IWAPI, laporan Ketua Panitia OC,
Puan Tatyana Sutara, SE, MSi; sambutan Ketua Umum DPP IWAPI, Puan Ir Nita Yudi,
MBA; sambutan Ketua Umum KADIN Indonesia, Tuan M Arsjad Rasjid PM, dan sambutan
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Dato’ Indera Hermono.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila
melawati laman sesawang rasmi IWAPI di [www.iwapi.org](http://www.iwapi.org ).
-
RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: