TEKNOLOGI
AUKEY Perkenalkan Era
Ekosistem Pengecasan Tanpa Wayar Qi2.2
AUKEY merupakan peneraju
global dalam elektronik pengguna inovatif, dengan produk yang menyeimbangkan
fungsi praktikal dan estetika.
Siri MagFusion telah memenangi pelbagai pengiktirafan
antarabangsa, termasuk iF Design Award,
dan Red Dot Design Award, yang mengukuhkan
reputasi AUKEY di pasaran dunia.
Pada 28 Ogos lalu, AUKEY mengumumkan peluasan ekosistem
MagFusion Qi2.2 dengan pelancaran 15 produk baharu bersempena dengan Persidangan
Rakan Kongsi Asia Tenggara di Bangkok.
Koleksi terbaharu ini merangkumi 12 pengecas tanpa wayar dan
tiga bank kuasa tanpa wayar. Digabungkan dengan pelancaran MagFusion 2X bulan
lalu, kini portfolio Qi2.2 AUKEY terdiri daripada 16 model yang meliputi
pelbagai senario pengecasan, sekali gus mengukuhkan kedudukan AUKEY sebagai
peneraju pasaran pengecasan tanpa wayar berprestasi tinggi.
AUKEY terkenal sebagai perintis dalam inovasi pengecasan
tanpa wayar, yang sentiasa memperkenalkan produk yang menggabungkan teknologi
terkini dengan reka bentuk elegan.
****
Dengan kehadiran piawaian baharu Qi2.2, AUKEY sekali lagi
mendahului dengan menawarkan barisan lengkap produk untuk pelbagai gaya hidup,
iaitu dari pengecasan satu peranti sehingga empat peranti serentak, dalam
pelbagai bentuk seperti pengecas meja, pengecas lipat perjalanan, hinggalah
bank kuasa tanpa wayar.
Menurut YBrs. Encik David Wu, Naib Presiden AUKEY, pihaknya sentiasa
meletakkan keperluan pengguna sebagai keutamaan dalam pembangunan penyelesaian
pengecasan tanpa wayar.
“Dengan sokongan padu daripada rakan kongsi kami, AUKEY
komited untuk terus memperkenalkan produk inovatif, dan berkualiti tinggi ke
pasaran global,” kata David.
Sorotan Produk Utama
- MagFusion 1X: Pengecas meja dengan sudut laras 35°, hadir
dalam tiga warna moden - putih fros, kelabu gelap dan emas gurun.
- MagFusion 2X: Pengecas dwi-telefon Qi2.2 pertama di dunia dengan reka bentuk "tapak + pendirian", sesuai untuk profesional menyeimbangkan kerja dan kehidupan.
@@@@
- MagFusion 3X Pro: Menyokong pengecasan tiga telefon serentak
dengan teknologi penyejukan aktif Omnia- Frez, mengurangkan haba sehingga 20°C.
- MagFusion Titan: Stesen pengecasan 4-dalam-1 berprestasi
tinggi untuk kegunaan keluarga, mampu mengecas sehingga empat peranti serentak.
- MagFusion 2X: Pengecas dwi-telefon Qi2.2 pertama di dunia
dengan reka bentuk ‘tapak + pendirian’, sesuai untuk profesional menyeimbangkan
kerja dan kehidupan.
- MagFusion 3X Pro: Menyokong pengecasan tiga telefon
serentak dengan teknologi penyejukan aktif Omnia- Frez, mengurangkan haba
sehingga 20°C.
- MagFusion Titan: Stesen pengecasan 4-dalam-1 berprestasi
tinggi untuk kegunaan keluarga, mampu mengecas sehingga empat peranti serentak.
Selain itu, rangkaian pengecas lipat MagFusion L Series dan
MagFusion C Series direka untuk pengembara, sementara MagFusion Z yang
memenangi anugerah Red Dot dan iF Design kini ditingkat taraf ke piawaian
Qi2.2.
++++
AUKEY juga memperkenalkan bank kuasa tanpa wayar berprestasi tinggi seperti MagFusion Reel 5000, dan MagFusion Reel 10000, masing-masing menampilkan reka bentuk nipis, kabel boleh tarik dan kapasiti besar dengan pengecasan pantas 25W.
Mengenai promosi jualan 9.9 AUKEY, bersempena sambutan jualannya, AUKEY menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk produk Qi2.
****
!!!!
- - disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN