SASTERA & BUDAYA
KILANG KONDOM PROSES
SYABU
TERBAIK atau tidak,
selepas Geran, inilah filem untuk
mereka yang menggemari aksi
lasak
di sepanjang durasi. Filem ini juga untuk mereka yang suka berfikir/memikirkan
mesej
sambil berhibur menonton aksi lasak mendebarkan. Filem ini ada mesej?
Perkara
pertama terlintas dalam fikiran saya semasa menonton filem Wira yang
bercorak
aksi lasak ini ialah bukan dengan kekerasan dan keganasan sahaja kita boleh
menjadi
wira. Jangan terpengaruh dengan perbuatan wira, serta adik dan ayahnya
dalam
filem arahan Andrian Teh, pengarah Paskal
the Movie (2018) ini. Lagipun
makna
wira itu luas, dan pelbagai.
Di
samping tertarik dengan penampilan pengarah filem Bunohan (2012), Interchange
(2016),
dan Dukun (2018), Dain Said dalam
filem ini, saya dapat ‘menangkap’
persoalan
betapa pentingnya semangat dan komitmen dalam berusaha mengatasi
rintangan,
serta tidak lupa pada agama Islam, dan negara kita ada undang-undang.
Selain
itu, jangan takut melawan penjajahan dan penindasan. Jangan membiarkan diri
terus
dijajah dan ditindas. Ketakutan akan menyebabkan kita terus dijajah/ditindas.
Hassan
(Hairul Azreen) tidak mahu atau tidak terfikir langsung menjadi wira. Dia hanya
mahu
menyelamatkan ayahnya, Munas (Dato’ Hilal Azman), dan adiknya, Zain (Fify
Azmi)
daripada cengkaman ahli perniagaan samseng, Raja (Dain Said). Dia mahu
membawa
mereka tinggal di Machang, Kelantan untuk memulakan hidup baharu.
Sikap
Hassan enggan bersengketa jelas apabila dia sedia berunding dengan Raja agar
tidak
mengganggu ayah dan adiknya. Mengenai hutang, dia memberitahu Raja hal itu
akan
cuba diselesaikan dengan baik.
Setelah
menamatkan perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia, Hassan
kembali
ke kampung halaman selepas sekian lama. Dia menyertai tentera bukan sahaja
untuk
mengawal ‘setan’ dalam dirinya, tetapi juga tidak sanggup melihat hidup
keluarganya,
serta orang sekeliling yang ditekan, dan dikawal oleh Raja. Dia juga mahu
menyelesaikan
hutang Zain akibat kekalahan dalam pertandingan seni bela diri
campuran
(MMA) anjuran Raja.
Walau
bagaimanapun, samseng tetap samseng. Raja hanya berpura-pura menyetujui
Hassan.
Dia melepaskan Hassan pergi, tetapi tidak berpesan pada anak buahnya
agar
membiarkan bekas anggota tentera itu pulang ke rumah.
Hassan
seorang diri menentang serangan Nazmi, rakannya yang bekerja dengan Raja.
Nazmi
dan ramai pemuda lain yang menyerang Hassan dapat ditewaskan setelah
lehernya
hampir dikelar oleh Hassan. Memang kesamsengan Raja mempengaruhi,
tetapi
itu ditambah oleh kemarahan Nazmi terhadap Hassan yang mengata kakaknya.
Walaupun
Hassan bernar-benar meminta maaf, tetapi Nazmi tidak berpuas hati.
Kekalahannya
di tangan Hassan telah menginsafkan Nazmi. Cuma, keadaan memang
mahu
menjadi semakin buruk setelah Hassan dan Zain berjumpa dengan Raja untuk
berunding.
Raja memaksa Zain memakan makanan anjing pengawalnya, dan itu
melupuskan
40 peratus hutangnya.
Namun
begitu, Vee (Ismi Melinda), anak perempuan Raja meminta izin ayahnya untuk
sekali
lagi bertarung MMA dengan Zain. Dia yakin akan menang. Adiknya, Rayyan
(Josiah
Hogan) juga mahu turut serta. Jika kemenangan boleh melunaskan hutang,
Zain
sanggup. Dia juga yakin menang.
Hassan
dan Zain menang. Namun begitu, Vee dan Rayyan tidak berpuas hati. Mereka
menyerang
Hassan dan Zain, serta bertarung sengit di dalam bas mini (perangkap)
sehingga
Rayyan terbunuh. Rakan-rakan mereka tewas, dan Vee melarikan diri
memberitahu
ayahnya.
Raja
berang, lantas bersama-sama konco-konconya menyerbu flet tempat tinggal
Munas
untuk mencari Hassan dan Zain. Munas tidak bersembunyi, sebaliknya
bertarung
hebat dengan orang-orang Raja sebelum mati dibakar oleh usahawan
durjana
itu.
Hassan
dan Zain tidak sempat menyelamatkan ayah mereka. Mereka juga terpaksa
bertarung
bermati-matian sehingga Hassan ditahan oleh polis. Zain meluru ke kilang
kondom
Raja untuk mencari gangster tersebut. Kilang itu juga tempat ayah mereka
bekerja,
bersama-sama penduduk flet.
Walau
bagaimanapun, pegawai polis, Boon Hua (Henley Hii) yang juga sahabat Hassan
melepaskannya
dalam perjalanan ke balai polis dengan membuat helah. Kata Boon,
polis
ada alasan kukuh untuk menyerbu kilang Raja.
Hassan
dan Zain berjaya dalam perhitungan mereka dengan Ifrit (Yayan Ruhian), orang
kuat
Raja, dan Vee. Ifrit mati di tangan Hassan, sementara Vee menghilangkan diri
selepas
tangan kirinya putus ditetak oleh Zain.
Raja
diseret oleh Hassan dan menyerahkannya kepada Boon. Boon sempat pula
‘berceramah’
ringkas kepada penduduk flet bahawa punca kejadian berlaku ialah
ketakutan
mereka pada Raja. Namun begitu, Hassan tetap ditahan oleh polis kerana
bertindak
membelakangi polis.
Ramai
menganggap Wira ialah prekuel bagi Paskal the Movie. Namun demikian,
menurut
Adrian, Wira menjadi cerita yang
berdiri sendiri, tetapi apabila terarah ke akhir
cerita,
ia mengalir semula jadi. Kredit itu ialah pengenalan kepada dunia sinematik
yang
sedang
diusahakan.
‘Cinematic universe’ (dunia sinematik)
paling terkenal pastilah Marvel Cinematic Universe atau MCU yang dimulakan oleh
jenama Marvel sejak lebih sedekad lalu. Filem
Malaysia
kelihatan turut menuju ke arah itu hasil idea bernas pasukan produksi Adrian
yang
mahu memulakannya menerusi Wira.
Pasukannya, jelas Adrian, sedang mencipta
satu
dunia sinematik. Wira menjadi
permulaannya dan dalam filem ini ada telur ‘easter’
pada kredit akhir, sama seperti dalam semua filem Marvel sebelum ini.
Telur
tersebut, jelas Adrian, menjadi pengenalan kepada dunia sinematik yang pihaknya
cuba hasilkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Adrian melihat akan ada
dalam
lingkungan tiga ke lima judul yang hadir dalam dunia sinematik Wira.
Jelas
Adrian lagi, perbezaan ketara Paskal the Movie
dengan Wira ialah dari segi ‘look
and feel’, bukan
sebuah filem sekuel atau prekuel. Paskal
the Movie mengenai anggota
Paskal
yang mengorbankan masa dan nyawa untuk negara, serta sebuah tema besar. Wira pula mengenai seorang komando,
iaitu Hassan yang bersara awal kerana mahu pulang ke kampung untuk
menyelamatkan keluarganya. Jelas Adrian, ia sebuah cerita
‘mikro’
mengenai kehidupan seorang askar.
Menurut
Adrian, idea membuat dunia sinematik timbul ketika penggambaran Paskal the Movie dua tahun lalu. Tegas
Adrian, beliau mahu membuat dunia sinematik mengenai hero yang tidak didendang,
iaitu watak Hassan.
Memang
Adrian mahu mengarahkan filem aksi lasak seperti Wira kerana sebelum ini banyak menghasilkan filem komedi, romantik
serta seram, dalam dan luar negara.
Sejak
menghasilkan Paskal the Movie,
Andrian mula mengubah fokus kepada genre
aksi
yang disifatkannya menyeronokkan. Beliau percaya pihak produksi perlu banyak
masa
untuk perancangan, koreografi dan penggambaran dalam menghasilkan sebuah
filem
aksi menarik.
Penampilan
Dain Said mengejutkan/menarik bukan sahaja mengapa dia muncul
sebagai
pelakon dalam filem ini, tetapi juga kemampuannya membawa watak yang
diberikan.
Sebagai antagonis, dia setaraf dengan Hilal Azman, iaitu watak
pembantu
(kategori pelakon pembantu lelaki). Gerak tubuh dan lontaran vokalnya,
biarpun
‘berbahasa rojak’ berkarismatik. Memang mengejutkan walaupun dia pernah
berlakon
dalam Terbaik Dari Langit (2014), dan
Mrs K (2016).
Menjadi
usahawan memang baik kerana turut memberi peluang pekerjaan kepada
ramai
orang. Namun begitu, jika turut mengusahakan barangan terlarang dan berjudi,
serta
‘menakluk’ kepala para pekerja sehingga sanggup mempertahankannya
membuta-tuli,
tentulah tidak baik.
Memang
Raja membina kilang dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat
dengan ikhlas seperti yang dikatakannya kepada Munas. Walau
bagaimanapun,
dia menganiayai para pekerjanya - dengan cara kotor – mengupah
beberapa
orang pekerja lebih atas (Zizan Razak dan Jack Lim) untuk membakar
dengan
sengaja kondom yang telah siap (helah menampung kerugian) agar dapat
memotong
gaji.
Raja
juga menganjurkan pertandingan MMA secara haram yang mengakibatkan ramai
yang
berhutang setelah tewas dalam pertarungan dengan anak-anaknya. Tambah
buruk,
dia turut memproses syabu secara rahsia, tetapi dapat dihidu oleh Munas.
No comments:
Post a Comment