Pages

Saturday, 14 December 2019

SASTERA BUDAYA


KEMEWAHAN WAYANG SEBENAR
GSC Buka Butik Sinema Mewah di Gardens Mall

SELEPAS berbulan-bulan memberikan isyarat dan harapan, akhirnya Golden Screen Cinema (GSC) menyingkap tirai jenama baharunya, butik sinema lebih mewah, Aurum Theatre di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
Namanya yang sedemikian diambil daripada perkataan Latin, dan unsur kimia, mewakili emas. Aurum menyediakan dewan-dewan mewah, ruang makan benua kontemporari dari Jin Gastrobar, serta layanan dan perkhidmatan yang ramah-tamah – disampaikan dalam kemewahan sinematik sebenar, satu pengalaman pertama bagi penonton wayang di Malaysia.
Ekoran kejayaan Aurum Theatre di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru, taraf tapak baharu di Kuala Lumpur ini lebih tinggi dengan pengalaman sinema tambahan yang mempunyai tujuh dewan, acara dan layar tertutup untuk tempahan persendirian, kafe, dan konsesi layar penuh.

Menonton Sambil Baring
Tawaran yang paling menarik di Aurum Theatre, The Garderns Mall ialah Getha Lux Suites/Suites Mewah Getha – tilam mewah dua-motor yang dibuat daripada 100 peratus susu getah asli untuk tilam dan kusyen oleh syarikat berprestij. Eksklusif hasil kerja jurubina Itali, Marco Fumagali, Suites Mewah Getha memberikan cadar antibakteria nano-perak, bantal baldu yang mengalas kepala dengan mantap, dan selimut bulu sutera untuk keselesaan penuh. Cadar untuk tilam dan bantal ditukar selepas setiap sesi tayangan selesai agar penontonan kekal dalam kesegaran, dan kebersihan.
Pelanggan/penonton akan segera dilayan oleh petugas Aurum Theatre apabila perlu dengan menekan loceng panggilan perkhidmatan. Suites Mewah Getha turut menawarkan kemudahan-kemudahan lain kepada penonton seperti meja dengan lampu, pengecas USB dan tanpa wayar, untuk telefon bimbit, serta tempat khas menyimpan barang. Ketika ini, The Garderns Mall menawarkan dua dewan Suites Mewah Getha, dengan harga tiket RM150 setiap seorang.

Dewan yang Hebat untuk Setiap Penonton
Di samping Suites Mewah Getha, Aurum Theatre turut menampilkan dua corak dewan lain dengan kelengkapan mewah yang serupa. Mereka yang sukakan persekitaran Gold Classic yang lebih klasik akan menggemari dua dewan Comfort Cabin, yang anggun reka bentuknya untuk keunggulan pengembaraan sinematik. Mereka yang mahukan lebih pengembaraan, unik dan kegembiraan semasa menonton boleh mendapat banyak ruang duduk di tiga dewan bertema, Escape Studio. Kedua-dua jenis dewan itu eksklusif di The Garderns Mall dengan harga tiket RM120 seorang.
Comfort Cabin dibina dengan panel persendirian/individu yang membolehkan penonton baring selesa untuk menikmati penontonan tanpa gangguan. Sebagai sinus tambahan, ada selimut gebu dari Getha, dan dilengkapi meja tepi yang menghubungkan penonton agar dapat menonton sambil makan berat/ringan atau minum dengan gembira.
Comfort Cabin juga ada pengecas tanpa wayar, lampu peribadi, dan laci untuk menyimpan barang, yang diletakkan di tepi setiap tilam (pembaringan).
Untuk mereka yang mencari kelainan, ada tiga auditorium Escape Studio bertema di The Garderns Mall. Dengan pelbagai rupa tempat duduk dari LA-Z Boy rock ke tilam IMG ke ranjang empat tempat duduk untuk sekeluarga, penonton sentiasa mengingati Escape Studio.
Meskipun anda memilih hygge Scandinavia yang minimal, seni pop retro Warholesque yang berwarna-warni, atau dewan yang diilhamkan oleh stail visual pembikin filem, Wes Anderson, Escape Studio menampilkan dunia ajaib, membawa audiens keluar dari rona konvensional sinema. Seperti dewan-dewan lain, dewan Escape Studio juga ada butang panggilan perkhidmatan di dalam dewan, dan selimut Getha untuk dimanfaatkan.

Ruang Simpanan untuk Ditempah
Sebagai privasi tambahan, Aurum Theatre di The Garderns Mall juga ada bilik Tayangan Peribadi, yang menjanjikan kesempurnaan untuk tayangan tertutup, acara bisnes, dan perhimpunan keluarga. Boleh diisi oleh kira-kira 20 orang, Tayangan Peribadi juga sedia ditempah untuk filem intim waktu malam dalam kecanggihan sebenar, lengkap dengan makanan, dan minuman yang ada di bar.

Makanan yang Baik untuk Membelai Jiwa
Berbaloi dengan harga kerusi untuk menonton, semua tiket ke Aurum menyertakan makanan dan minuman segar dari Jin Gastrobar sebagai sebahagian daripada pengalaman yang sempurna. Mengenai Aurum Pass, tiket emas memberi peluang kepada pelanggan memilih, dan menikmati pilihan perjalanan gastronomikal, termasuk pinggan besar makanan berkhasiat, dengan sayur pilihan, dan hidangan ala carte. Pemegang Aurum Pass dinasihatkan datang 45 minit lebih awal untuk menikmati juadah sebelum tayangan bermula.
Sebagai restoran layanan penuh, Jin Gastrobar menyediakan keseronokan yang sesuai bagi penggemar makanan, yang dibuat daripada bahan-bahan terbaik, dan dimasak oleh tukang-tukang masak berpengalaman.
Menyediakan myriad sajian benua sejati terdiri daripada sarapan utama, berkongsi pinggan, snek bercitarasa, dan sebagainya – dari udang berputar ke pasta mentaiko kerang pan-seared – Jin Gastrobar menyajikan trip kulinari menyeronokkan yang sejati, dan ia terbuka kepada awam untuk sarapan lewat, makan tengah hari atau makan dengan rakan-rakan.
Sebagai sebahagian daripada layanan Aurum, penonton juga boleh memesan pelbagai makanan yang dihantar terus kepada mereka dengan hanya menekan loceng panggilan perkhidmatan.
Aurum Passes ke Aurum Theatre, The Garderns Mall dijual sekarang menerusi laman sesawang GSC di www.gsc.com.my atau Aplikasi Telefon GSC. Sebagai tambahan, tiket Aurum Theater juga boleh dibeli di Concierge Counter, atau e-Kiosk.


MENGENAI GSC

GOLDEN Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), pemamer sinema terbesar di Malaysia, merupakan subsidari milik sepenuhnya Kumpulan PPB (ahli Kumpulan Kuok). GSC mempunyai 468 layar di 54 tempat di seluruh Malaysia, dan Vietnam, dengan 370 layar di 38 tempat di Malaysia, dan 98 layar di 16 tempat di Vietnam menerusi perkongsian dengan Studio Galaxy.
Berhasrat menjadi sinema kawasan dan penggerak kandungan yang menjanjikan pengalaman hebat sinema, auditorium GSC menampilkan teknologi sinematik berseni, termasuk teknologi bunyi Dolby Atmos pelbagai dimensi, 4DX, ScreenX, kerusi gerak D-BOX, dan banyak lagi di seluruh Malaysia.
Dua puluh satu layarnya di GSC Mid Valley Megamall memegang rekod menjadi kompleks pelbagai terbesar di Asia Tenggara, dan sinema tunggal di kawasan ini yang dilengkapi layar Onyx 3D Cinema LED.
Untuk maklumat lanjut, layari www.gsc.com.my atau periksa media sosial kami di Facebook, instagram atau Twitter @gsccinemas untuk perkembangan terkini.
___________________________________________________________________

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pasukan Penjenamaan dan Perhubungan Awam GSC:

Cik Melanie Low
Penolong Pengurus Perhubungan Awam GSC
(+6010) 220 5228

Cik Lim Su Zen
Eksekutif Perhubungan Awam GSC
(+06012) 772 5082
        



















































No comments:

Post a Comment