SASTERA BUDAYA
KEMEWAHAN WAYANG SEBENAR
GSC
Buka Butik Sinema Mewah di Gardens Mall
SELEPAS berbulan-bulan
memberikan isyarat dan harapan, akhirnya Golden Screen Cinema (GSC) menyingkap
tirai jenama baharunya, butik sinema lebih mewah, Aurum Theatre di The Gardens
Mall, Kuala Lumpur.
Namanya
yang sedemikian diambil daripada perkataan Latin, dan unsur kimia, mewakili
emas. Aurum menyediakan dewan-dewan mewah, ruang makan benua kontemporari dari
Jin Gastrobar, serta layanan dan perkhidmatan yang ramah-tamah – disampaikan
dalam kemewahan sinematik sebenar, satu pengalaman pertama bagi penonton wayang
di Malaysia.
Ekoran
kejayaan Aurum Theatre di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru, taraf
tapak baharu di Kuala Lumpur ini lebih tinggi dengan pengalaman sinema tambahan
yang mempunyai tujuh dewan, acara dan layar tertutup untuk tempahan
persendirian, kafe, dan konsesi layar penuh.
Menonton
Sambil Baring
Tawaran
yang paling menarik di Aurum Theatre, The Garderns Mall ialah Getha Lux Suites/Suites
Mewah Getha – tilam mewah dua-motor yang dibuat daripada 100 peratus susu getah
asli untuk tilam dan kusyen oleh syarikat berprestij. Eksklusif hasil kerja
jurubina Itali, Marco Fumagali, Suites Mewah Getha memberikan cadar
antibakteria nano-perak, bantal baldu yang mengalas kepala dengan mantap, dan
selimut bulu sutera untuk keselesaan penuh. Cadar untuk tilam dan bantal ditukar
selepas setiap sesi tayangan selesai agar penontonan kekal dalam kesegaran, dan
kebersihan.
Pelanggan/penonton
akan segera dilayan oleh petugas Aurum Theatre apabila perlu dengan menekan
loceng panggilan perkhidmatan. Suites Mewah Getha turut menawarkan
kemudahan-kemudahan lain kepada penonton seperti meja dengan lampu, pengecas
USB dan tanpa wayar, untuk telefon bimbit, serta tempat khas menyimpan barang. Ketika
ini, The Garderns Mall menawarkan dua dewan Suites Mewah Getha, dengan harga
tiket RM150 setiap seorang.
Dewan
yang Hebat untuk Setiap Penonton
Di
samping Suites Mewah Getha, Aurum Theatre turut menampilkan dua corak dewan lain
dengan kelengkapan mewah yang serupa. Mereka yang sukakan persekitaran Gold
Classic yang lebih klasik akan menggemari dua dewan Comfort Cabin, yang
anggun reka bentuknya untuk keunggulan pengembaraan sinematik. Mereka yang mahukan
lebih pengembaraan, unik dan kegembiraan semasa menonton boleh mendapat banyak
ruang duduk di tiga dewan bertema, Escape Studio. Kedua-dua jenis dewan
itu eksklusif di The Garderns Mall dengan harga tiket RM120 seorang.
Comfort Cabin dibina dengan panel persendirian/individu
yang membolehkan penonton baring selesa untuk menikmati penontonan tanpa
gangguan. Sebagai sinus tambahan, ada selimut gebu dari Getha, dan dilengkapi meja
tepi yang menghubungkan penonton agar dapat menonton sambil makan berat/ringan
atau minum dengan gembira.
Comfort Cabin juga ada pengecas tanpa
wayar, lampu peribadi, dan laci untuk menyimpan barang, yang diletakkan di tepi
setiap tilam (pembaringan).
Untuk
mereka yang mencari kelainan, ada tiga auditorium Escape Studio bertema
di The Garderns Mall. Dengan pelbagai rupa tempat duduk dari LA-Z Boy rock
ke tilam IMG ke ranjang empat tempat duduk untuk sekeluarga, penonton sentiasa
mengingati Escape Studio.
Meskipun
anda memilih hygge Scandinavia yang minimal, seni pop retro Warholesque
yang berwarna-warni, atau dewan yang diilhamkan oleh stail visual pembikin
filem, Wes Anderson, Escape Studio menampilkan dunia ajaib, membawa
audiens keluar dari rona konvensional sinema. Seperti dewan-dewan lain, dewan Escape
Studio juga ada butang panggilan perkhidmatan di dalam dewan, dan selimut
Getha untuk dimanfaatkan.
Ruang
Simpanan untuk Ditempah
Sebagai
privasi tambahan, Aurum Theatre di The Garderns Mall juga ada bilik Tayangan Peribadi,
yang menjanjikan kesempurnaan untuk tayangan tertutup, acara bisnes, dan
perhimpunan keluarga. Boleh diisi oleh kira-kira 20 orang, Tayangan Peribadi
juga sedia ditempah untuk filem intim waktu malam dalam kecanggihan sebenar,
lengkap dengan makanan, dan minuman yang ada di bar.
Makanan
yang Baik untuk Membelai Jiwa
Berbaloi
dengan harga kerusi untuk menonton, semua tiket ke Aurum menyertakan makanan
dan minuman segar dari Jin Gastrobar sebagai sebahagian daripada pengalaman
yang sempurna. Mengenai Aurum Pass, tiket emas memberi peluang kepada
pelanggan memilih, dan menikmati pilihan perjalanan gastronomikal, termasuk
pinggan besar makanan berkhasiat, dengan sayur pilihan, dan hidangan ala
carte. Pemegang Aurum Pass dinasihatkan datang 45 minit lebih awal
untuk menikmati juadah sebelum tayangan bermula.
Sebagai
restoran layanan penuh, Jin Gastrobar menyediakan keseronokan yang sesuai bagi
penggemar makanan, yang dibuat daripada bahan-bahan terbaik, dan dimasak oleh
tukang-tukang masak berpengalaman.
Menyediakan
myriad sajian benua sejati terdiri daripada sarapan utama, berkongsi pinggan,
snek bercitarasa, dan sebagainya – dari udang berputar ke pasta mentaiko kerang
pan-seared – Jin Gastrobar menyajikan trip kulinari menyeronokkan yang
sejati, dan ia terbuka kepada awam untuk sarapan lewat, makan tengah hari atau
makan dengan rakan-rakan.
Sebagai
sebahagian daripada layanan Aurum, penonton juga boleh memesan pelbagai makanan
yang dihantar terus kepada mereka dengan hanya menekan loceng panggilan perkhidmatan.
Aurum Passes ke Aurum Theatre, The Garderns
Mall dijual sekarang menerusi laman sesawang GSC di www.gsc.com.my atau Aplikasi Telefon
GSC. Sebagai tambahan, tiket Aurum Theater juga boleh dibeli di Concierge
Counter, atau e-Kiosk.
MENGENAI GSC
GOLDEN
Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), pemamer sinema terbesar di Malaysia, merupakan subsidari
milik sepenuhnya Kumpulan PPB (ahli Kumpulan Kuok). GSC mempunyai 468 layar di
54 tempat di seluruh Malaysia, dan Vietnam, dengan 370 layar di 38 tempat di
Malaysia, dan 98 layar di 16 tempat di Vietnam menerusi perkongsian dengan
Studio Galaxy.
Berhasrat
menjadi sinema kawasan dan penggerak kandungan yang menjanjikan pengalaman
hebat sinema, auditorium GSC menampilkan teknologi sinematik berseni, termasuk
teknologi bunyi Dolby Atmos pelbagai dimensi, 4DX, ScreenX, kerusi gerak D-BOX,
dan banyak lagi di seluruh Malaysia.
Dua
puluh satu layarnya di GSC Mid Valley Megamall memegang rekod menjadi kompleks
pelbagai terbesar di Asia Tenggara, dan sinema tunggal di kawasan ini yang
dilengkapi layar Onyx 3D Cinema LED.
Untuk
maklumat lanjut, layari www.gsc.com.my atau periksa media sosial kami di Facebook,
instagram atau Twitter @gsccinemas untuk perkembangan terkini.
___________________________________________________________________
Untuk pertanyaan lanjut,
hubungi Pasukan Penjenamaan dan Perhubungan Awam GSC:
Cik Melanie Low
Penolong
Pengurus Perhubungan Awam GSC
(+6010)
220 5228
Cik Lim Su Zen
Eksekutif
Perhubungan Awam GSC
(+06012)
772 5082
No comments: