Pages

Monday, 31 January 2022




                 Bersama-sama salah seorang 'orang kuat' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (kiri).


                         Kini menjadi orang penting salah sebuah syarikat pelancongan dan umrah di Malaysia.



Telah menampilkan The Park Band pada 14 Januari lalu.


                                                    Turut bekerjasama dengan tokoh agama yang bukan calang-calang.


                                                                                     Saudara seagama di Syria tidak dilupakan.


                                                Sedang berlangsung sehingga 6 Februari 2022.











EKONOMI SELEBRITI


Azadan Rabbani Tawarkan Pebagai Pakej Menarik

AZAM BAHARU 2022

 

SELAMA dua tahun tempoh landaan COVID-19 menjadikan diri kita lebih agresif mencari peluang pendapatan dengan norma baharu.

 

Dalam hal ini, kehilangan ‘kerja’ di sepanjang waktu wabak pandemik maut tersebut tidak menghalang anggota kumpulan Rabbani meneruskan kerja-kerja kebajikan, dan juga mencari rezeki untuk menampung sara hidup keluarga masing masing.

 

Dari awal perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi, Rabbani telah aktif bersama-sama dengan Sahabat Quran Malaysia, dan Pusat Latihan Dakwah ADNIN yang beroperasi di Klang, Selangor menyantuni anggota barisan hadapan.

 

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, selain dengan Rabbani, beliau juga banyak bersama-sama Syria Care, dan Naurah Care. Di sepanjang PKP, beliau beroleh rezeki dalam sektor makanan.

 

Antara ‘kerja’ yang telah dilakukan setakat ini ialah mendapat tempahan makanan Nasi Arab dan Azadan's Kitchen, bertugas di pasar raya Ganda Sungai Buloh, menjadi hos program masakan atas talian ‘Dapur Panglima’ bersama-sama Chef Yang Jamil, serta bekerjasama dengan produk Garam Sasa, dan Tea Dawud.

 

Selain itu, Azadan turut menjadi ikon MATHAF Malaysia Thailand Halal Festival, dan perunding kepada Kompleks Anjung Husnul Khatimah kepunyaan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali.

 

“Insya-Allah, Kompleks Anjung Husnul Khatimah akan bersama-sama dengan Naurah Care, menganjurkan WORKSHOP HUSNUL KHATIMAH ONLINE, yang turut kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,” tambah Azadan.

 

Jika sebelum PKP Azadan sempat bekerjasama dengan syarikat Amazing Umrah dalam sektor umrah ziarah, tetapi disebabkan oleh PKP dalam tempoh yang lama, semuanya berubah. Beliau terpaksa meninggalkan semua aktiviti pelancongan dan umrah.

 

“Kegiatan persembahan juga sangat terhejas pada awal PKP. Namun begitu, sempat membuat beberapa persembahan secara maya dalam dan luar nagara. Rabbani juga sempat merakamkan lima klip video untuk peminat menerusi lagu Rindu Baitullah bersama-sama Sahabat Quran Malaysia, Ittihad, Marhaban Ya Rasulullah, Santun dan Mencintaimu berkerjasama dengan Pondok Pengajian Al-Bari, Hulu Langat,” cerita Azadan lagi.

 

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Rabbani sedang merakamkan single ciptaan Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya, yang merupakan gabungan pertama kali dua rakan selebriti tersebut. Azadan yakin dan berharap lagu terbaharu itu akan menjadi halwa telinga yang enak, dan sangat menyentuh hati. Single tersebut akan berada di pasaran pada Mac nanti, bersempena dengan ulang tahun Rabbani yang ke-25.

 

Membuka tirai tahun 2022 baru-baru ini. Azadan yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan dan keusahawanan, telah dilamar oleh AET Travel & Tour Malaysia Sdn Bhd (AET Travel Malaysia), yang beroperasi di Bangi Avenue.

 

”Syarikat pelancongan ini telah lama menjalin hubungan diplomatik dengan Indonesia atas nama AET Travel Indonesia, yang juga dalam perhidmatan pakej percutian, dan pelancongan, termasuk umrah dan ziarah,” jelas Azadan.

 

Melalui AET Travel Malaysia, tambah Azadan, beliau mensasarkan aktiviti dalam dan luar negara seperti menganjurkan Pakej Pelayaran Mahabbah, Pakej Percutian Royal Belum Perak, Pakej Melancong ke Turki, dan pakej umrah ziarah.

 

Orang ramai dan peminat, tambah Azadan, boleh melayari Facebook dan IG AET Travel Malaysia. Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi terus WhatsApp di talian 01132621042 dan 0192700411.

 

“Insya-Allah dengan pengalaman bersama-sama pelbagai sektor dan kenalan ramai, saya harap dapat membawa lebih ramai peminat, dan orang ramai mengikuti pakej AET Travel Malaysia,” kata Azadan.

 

Akhirnya, dalam suasana norma baharu ini, Azadan beliau berharap kita semua dapat sama-sama terus maju dengan berfikiran positif, bersyukur dengan yang dimiliki, mengambil ruang/peluang untuk diri/ummah terus ke hadapan, dan menjadikan COVID-19 sebagai salah satu cara, serta peluang untuk mendekatkan hubungan sesama kita, dan dengan Allah SWT.

 


Sunday, 30 January 2022

 




                                                            

                                                               Anuar Zain muncul kembali.



MUZIK

 

 

 

ANUAR ZAIN KEMBALI KERANA AKU CINTA

 

 

SETELAH sekian lama menyepi yang antaranya kerana tiada lagu baharu, dan kekangan COVID-19, penyanyi kacak Anuar Zain akan menghiburkan para peminat semula pada 5 Mac nanti di Ipoh.

 

Adik kepada penyanyi popular Ziana Zain itu bakal menjayakan majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (ICC bermula jam 8.30 malam.

 

Pada 25 Januari 2022 lalu telah berlangsung sidang media bagi majlis tersebut di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta itu anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Sycal Ventures Berhad, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan beberapa agensi kerajaan lain.

 

Selain Anuar, turut menghadiri sidang media majlis berkenaan termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn Bhd, Ong Teng Boon dan isteri; Pengerusi Tourism Perak, Dato’ Kamil Dato’ Shafie, dan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid.

 

Menurut Ong, penganjuran Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bertujuan menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan, atau ‘frontliners’ yang terkorban ketika menjalankan tugas di sepanjang ancaman COVID-19, dan penggiat seni tempatan yang terkesan akibat wabak pandemik maut itu.

 

Dato’ Mohammad pula menjelaskan majlis makan malam amal tersebut bertujuan berhibur sambil beramal. Jemputan rasmi juga, tambah beliau, telah dipersembah kepada Paduka Seri Sultan Perak.

 

Dalam masa yang sama, tambah Mohammad, program seperti ini dapat menaikkan nama negeri Perak sebagai destinasi pilihan pelancong dalam, dan luar negara.

 

“Kami berharap dalam proses pemulihan ekonomi ini, industri pelancongan dan kesenian Perak akan dapat dipertingkat, di samping memperkenal IICC yang merupakan mercu tanda bagi negeri Perak, khususnya di bandar raya Ipoh dengan keluasan 32,000 kaki persegi di mata dunia,” jelas Mohammad lagi.

 

Selain membantu petugas barisan hadapan, dan  menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan COVID-19, majlis tersebut juga bertujuan mengembalikan kemeriahan industri muzik tanah air.

 

Sebagai penyanyi/penghibur untuk makan malam amal itu, Anuar yang juga ayah saudara penyanyi Ernie Zakri akan mendendangkan lagu-lagu popularnya diiringi petikan piano oleh Lee Sze Wan yang juga Pengarah Muzik.

 

Dalam majlis kira-kira 40 hingga 50 minit itu, Anuar juga akan menyanyikan lagu terbaharunya, Karena Aku Cinta.

 

Justeru, Ong mengharapkan para peminat Anuar khususnya akan datang menyokong majlis tersebut. Sementelah pula harga tiket berpatutan, sambil menikmati makan malam yang enak, dan dendangan merdu Anuar.

 

Harga tiket untuk menghadiri Makan Malam Amal Anuar Zain – Kerena Aku Cinta dijual dari harga RM230, RM280 dan RM380.

 

Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh menghubungi atau WhatsApp talian 011-36088001, ataupun boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.

 

 

Tuesday, 25 January 2022

 

KESIHATAN


 Perasmian Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kanan).

 Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) diapit oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kiri sekali), Zaharah Sulaiman, dan Dr Sani Ashari (kanan sekali) semasa sidang media penjadualan semula Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 lalu.

            Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM kini dibuka, dan beroperasi secara rasminya.

Datuk Nadzim Johan (duduk) bersama-sama seorang lagi ahli Panel Penasihat PPIM, Zaki Omar.

                                                Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim.

        Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.

                                                 Ahli Panel Penasihat PPIM, Dr Sani Ashari.


Bantu Mereka yang Terima Kesan Buruk Vaksinasi
PUSAT ADUAN TERKESAN VAKSIN PPIM
 

PROGRAM Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia telah dijalankan sejak 24 Februari 2021, dan kini ia telah memasuki fasa pemberian dos ketiga, atau penggalak.

 

Baik atau tidak, sangat berkesan atau sebaliknya PICK dalam menangani wabak pandemik maut COVID-19 masih menjadi perdebatan hangat.

 

Tidak dinafikan, ada yang menerima kesan baik, dan terus sihat. Walau bagaimanapun, ramai juga yang sebaliknya seperti cedera dan lumpuh.

 

Ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa suntikan vaksin COVID-19 tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka terbiar tanpa mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk pulih, atau sekurang-kurangnya mendapatkan sebarang bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung.

 

Terlonta-lonta dan terkapar-kapar ‘meneka dalam kesamaran’ itu berlaku kerana kerajaan tidak menyediakan pusat aduan setempat di setiap negeri, dan bandar yang boleh membantu dengan sewajarnya.

 

Dalam hal ini, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyediakan pusat aduan bagi yang menanggung kesan buruk vaksin wajar disambut tanpa sebarang prasangka. Usaha badan bukan kerajaan tersebut kerana perasaan belas ihsan, perikemanusiaan, kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia, terutamanya saudara Islam. PPIM bukan antivaksin, tetapi membantu ‘mangsa’ PICK.

 

Pada 24 Januari 2022 lalu, PPIM mengadakan sidang media penjadualan semula pusat aduan tersebut yang diberi nama Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.

 

Selepas sidang media yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; serta ahli Panel Penasihat PPIM, iaitu Zaharah Sulaiman, Dr Sani Ashari dan Zaki Omar, pihak media dibawa mengunjungi PATV.

 

Meskipun Nadzim atau lebih mesra dengan panggilan To’ki mengatakan pusat tersebut tidak sebesar mana, tetapi saya berpendapat memadai kerana ia bukan ruang untuk menempatkan pesakit, dan perawat. Tempat mengadu, lebih-lebih lagi kini lebih mudah menerusi talian telefon, atau secara maya tidak perlu terlalu besar.

  

Menjawab soalan pihak media mengenai kepakaran yang perlu ada pada PATV, Nadzim menjelaskan perkara tersebut memang dalam perhatian PPIM.

 

“Telah ada pakar yang menyatakan kesediaan membantu. Walau bagaimanapun, jika kita mahu menarik perhatian untuk memohon bantuan, perlulah ada sesuatu untuk tujuan itu. Jadi, buat permulaan, PPIM mewujudkan terlebih dahulu pusat aduan ini untuk dilihat, dan dinilai,” kata Nadzim.

Sekali lagi ditegaskan kewujudan PATV bukan gambaran bahawa PPIM antivaksin. Ada beza antara membantu ‘mangsa’ vaksin dengan menghasut rakyat daripada mengambilnya.

 

Justeru, semasa menjawab soalan media mengenai nasihat kepada mereka yang belum mengambil dos penggalak (ketiga), Nadzim mengatakan individu berkenaan boleh menemui PATV secara bersemuka atau secara maya/panggilan telefon.

 

Perasmian PATV disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim.

 

Dalam sidang media itu, Dato’ Haji Mohd Rakrunizam, Zaharah dan Sani senada dengan To’ki bahawa PATV mengalu-alukan kerjasama sesiapa sahaja yang berminat membantu. Mereka juga menegaskan penubuhan PATV bukan bererti PPIM anti vaksin.

 

PATV boleh dihubungi menerusi talian Hotline Pusat Aduan Terkesan Vaksin – 60 011 2200 0111. Sementara itu, laman sesawang PATV akan siap tidak lama lagi. 

 


 

1.     

3.      

4.      

5.      

6.      

7.     

 

Sunday, 23 January 2022

 

 Mohd Ridzuan Abdullah (kiri) bersama-sama Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin semasa sidang media selepas pelancaran Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods, 23 Januari 2022 lalu.







 Mohd Ridzuan Abdullah (kiri) bersama-sama Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin semasa sidang media selepas pelancaran Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods, 23 Januari 2022 lalu.


Antara produk berjenama, dan bermutu tinggi yang dijual di Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods.


                                    Pengurus Besar Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd, G Silvakumar.


 Antara produk berjenama, dan bermutu tinggi yang dijual di Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods.


Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods kini dibuka secara rasminya dan menanti kunjungan pelanggan jauh, dan dekat.



Pelanggan ini berpuas hati dengan produk makanan yang dijual di Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods.



 Mohd Ridzuan Abdullah (kiri) bersama-sama Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin semasa sidang media selepas pelancaran Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods, 23 Januari 2022 lalu.

EKONOMI

 

Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods untuk Pelanggan Jauh dan Dekat

 

PARA penduduk Bandar Baru Selayang, Selangor khususnya yang tinggal di Jalan 3/5 dan persekitaran, serta kejiranan kini tiada masalah untuk mendapatkan produk makanan yang bersih segar, bermutu tinggi, halal dan berharga munasabah.

 

Selama beberapa bulan lalu mereka telah menikmatinya, dan itu lebih terjamin akan berterusan apabila tempat sumber berkenaan, iaitu Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods dilancarkan secara rasminya pada 23 Januari 2022 yang lalu.

 

Pelancaran cawangan pertama kedai kepunyaan Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd (Tunas Bumi Jaya) itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin. Turut hadir ialah Pengurus Besar, G Silvakumar; serta Pengarah Pemasaran, Sapiah Yassin, dan Nurul Najwa Haji Muzamil.

 

Presiden Persatuan Ikhlas Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah yang sentiasa menyokong usahawan industri kecil dan sederhana juga hadir sebagai tanda solidariti beliau.

 

Menurut Mejar (B) Haji Aziz, wawasan Tunas Bumi Jaya ialah menjadi syarikat bumiputera dalam bidang makanan sejuk beku, dan setor terbuka yang berjaya di semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa 10 tahun lagi.

 

Paling penting, tambah beliau ialah memuaskan hati para pengguna kerana itu juga antara faktor utama untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

 

Silvakumar yang berpengalaman luas dalam perniagaan produk makanan pula menegaskan para usahawan perlu ada keyakinan diri untuk menjalankan perniagaan.

 

Silvakumar menjawab soalan pihak media mengenai faktor yang membuat beliau berani membuka premis perniagaan makan sejuk beku dan segar sedemikian ketika ekonomi negara belum pulih, dan wabak maut COVID-19 masih mengancam.   

 

Sementara itu, selain sokongan beliau terhadap kegiatan yang boleh memajukan ekonomi rakyat, kehadiran Ridzuan dalam majlis tersebut menandakan kekembaliannya memperjuang kepentingan rakyat sebagaimana sebelum ini.

 

Menariknya, Kedai Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods tersebut memasarkan hampir 80 peratus barang keluaran bumiputera yang bermutu tinggi. Tunas Bumi Jaya turut mengalu-alukan penyertaan produk bumiputera lain untuk dijual.

 

Antara produk berjenama utama di kedai tersebut ialah Ayam Goreng, Sate Ayam Goreng, Crispy Chicken Finger with DHA, dan Original Chicken Pop Corn keluaran Peladang; Beef Samosa, Mini Chicken Murtabak, dan Chicken Karipap (ESiR), Roti Paratha, Roti Boom, dan Cheese Carbonara Spring Roll (Tisha’s), serta Ayam Perap dan Kambing Perap (A&J).

 

Selain itu, ada Bebola Sedaap! Kambing Premium; Sosej Sedaap! Ayam; dan Sosej Sedaap Black Pepper (Al-Baity Food Sdn Bhd), Dim Sum Seafood, Dimsum Beef, dan Crab Dumpling (HIKMAH), Australian Lamb Boneless, Australian Beef Striloin, dan Australian Lamb Rack (Aishah Fresh & Frozen).

 

Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods terletak di No 24, Jalan 3/5, Bandar Baru Selayang, 68100 Selangor Darul Ehsan. Ia juga boleh dihubungi menerusi talian +60361274255/0123550196.

 


7.    

8.    

Friday, 21 January 2022

 

 Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media Dewan Melayu di Anjung Melayu, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2022 yang lalu.


S   Sidang media yang menampilkan Haji Abdul Halim Husin (duduk dua dari kiri) bersama-sama Pengerusi Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya (duduk kiri sekali); Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Nadzim Johan (duduk empat dari kanan); dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (duduk tiga dari kiri).


         Penyampaian penghargaan oleh Haji Abdul Halim Hassan kepada pengarah filem                    pendek, Detik Baharu, Amen Naqib (kanan).


                                 Ketua Penyelidik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Haji Azlan Awang.


 Sebahagian daripada rakan media dan tetamu jemputan yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media Dewan Melayu di Anjung Melayu pada 21 Januari 2022 yang lalu.


P                   Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Haji Abdul Halim Husin.

2.    


EKONOMI

 

Dewan Melayu Mendepani Cabaran 2022

BERSAMA-SAMA RAKAN MEDIA

 

GEJALA rasuah semakin serius di negara kita. Sesungguhnya ia memang tidak boleh dibiarkan terus berleluasa kerana akan membawa kehancuran kepada negara yang kita cintai ini.

 

Di samping ada pihak yang terus mengamalkan rasuah, kita boleh menarik nafas dan bersyukur kerana masih ada yang benci padanya dan cuba berusaha dengan sedaya mungkin untuk membasmi gejala berkenaan.

 

Antaranya ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan Melayu). Dalam satu kenyataannya pada 21 Januari lalu, Dewan Melayu mendesak Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

 

Menurut Presiden Dewan Melayu, Haji Abdul Halim Husin, laporan oleh TI (Transparency international) melaporkan dalam indeks rasuah antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan ke-57 pada 2021 berbanding, kedudukan ke-51 tahun sebelumnya. Kedudukan terburuk ialah 62 (2017), dan terbaik: 23 (1995).

 

Kita, tambah Abdul Halim, harus mengakui bahawa apa jua dasar, pelan tindakan atau hala tuju membangunkan ekonomi negara tidak akan berjaya mencapai sasarannya selagi jenayah rasuah tidak dibendung. Dalam tempoh 10 tahun antara 2005-2014 sahaja, negara telah kehilangan hampir RM2 trillion-ringgit daripada aliran wang yang tidak sah. Kita percaya angka ini sudah semakin bertambah sekarang.

 

Halim mengeluarkan kenyataan tersebut dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media Dewan Melayu di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.

 

Sidang media tersebut turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Nadzim Johan; dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

 

Perlakuan rasuah dan pecah amanah, tambah Halim, pastinya telah menyumbang kepada peningkatan ketidaksamaan pendapatan, kekayaan dan peluang. Hakikatnya, kenaikan kos sara hidup pada hari ini juga disumbangkan oleh amalan rasuah di setiap peringkat rantaian perolehan kerajaan; daripada kuasa politik, penguatkuasaan, pelesenan, proses tender dan sebut harga, hinggalah kepada isu logistik dan tuntutan bayaran. 63.3% aduan rasuah melibatkan sektor awam, justeru unjuran ratusan bilion ringgit yang diperuntukkan dalam perolehan kerajaan yang sepatutnya menjana infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih baik sebahagiannya akan masuk ke poket perasuah, dan tidak akan sampai kepada rakyat.

 

Budaya rasuah kini telah menjadi amalan normal di negara kita. Syarikat-syarikatBumiputera yang membida tender-tender kerajaan perlu menyediakan peruntukan khusus yang tidak boleh diisytihar bagi meningkatkan peluang mereka memenangi tender. Ada yang bergadai bergolok melobi sedangkan projek masih belum ditawarkan.

Dengan margin keuntungan purata sekitar 5-15% sahaja, majikan terpaksa mengorbankan lagi keuntungan untuk melicinkan lagi projek yang dijalankan. Banyak aduan yang diterima mendakwa ada tindakan sabotaj untuk sengaja menyusahkan kontraktor, menawarkan solusi dengan rasuah dan menggula-gulakan kontraktor dengan variation order (VO) konon untuk menaikkan kembali margin keuntungan syarikat.

 

Tanpa disedari, kata Halim lagi, amalan-amalan yang sudah membarah selama berpuluh tahun ini turut memberi kesan langsung kepada kadar gaji pekerja di negara kita yang rendah. Tanpa bonus dan kenaikan gaji setimpal, pekerja tiada peluang untuk menabung, dan membeli rumah.

 

Dengan margin keuntungan yang rendah, majikan lebih suka membebankan pekerjasedia ada dengan tugasan-tugasan tambahan, tanpa memberikan manfaat seperti perlindungan insurans dan perubatan, elaun-elaun tambahan dan lain-lain. Tiada penambahbaikan di pejabat untuk memberikan keselasaan, dan tiada program-program latihan untuk menambah kompetensi pekerja.

 

Hari ini, 64 peratus sumbangan Bumiputera kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) negara datang daripada gaji, dan hanya 25 peratus daripada perniagaan. Apabila rasuah berleluasa dan tidak dikawal, sumbangan kepada KDNK juga tentulah akan terjejas teruk.

 

Rasuah juga, tegas Dewan Melayu, akan menggugat keselamatan negara. Malaysia dilaporkan mengalami kerugian RM6 bilion tahun lalu kesan daripada aktiviti rentas sempadan haram. Dengan kemerosotan penguatkuasaan, lebih-lebih lagi dalam situasi di mana kawalan sempadan sering dikaitkan dengan tahap integriti yang lemah dalam kalangan pegawai; jenayah rentas sempadan seperti terrorisme, dan jenayah terancang menjadi berleluasa, sekali gus mengancam keselamatan nasional, serta kedaulatan negara.

 

Sebagai langkah ke hadapan, Dewan Melayu menggesa agar Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang telah dirangka dengan begitu komprehensif oleh GIACC (Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Malaysia) dapat dikuatkuasakan serta-merta. NACP telah mencadangkan beberapa tindakan proaktif bagi membendung gejala rasuah dan politik wang.

 

Antaranya ialah:

• Peruntukan baharu dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009(Akta 694) berkaitan kesalahan oleh syarikat atau individu dalam penjualan projek atau tender Kkerajaan kepada pihak lain untuk faedah kewangan tanpa melaksanakan projek/tender tersebut.

• Mewajibkan mana-mana individu yang mendapat faedah daripada penjualan projek atau tender untuk mendedahkan pemilikan benefisiarinya.

• Memperluas penempatan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di semua badan berkanun, syarikat milik kerajaan (SOEs), dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) yang ditubuhkan oleh kerajaan.

• Mencadangkan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001 sebagai syarat ke atas SOEs Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG), dan sektor swasta untuk membida kontrak kerajaan.

• Memperuntuk hukuman penjara minimum 14 hari kepada Akta 694 yang dilihat tidak kuat.

• Ketelusan dalam pengisytiharan aset dan dasar pengurusan hadiah oleh Ahli Pentadbiran (termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri).

• Pengenalan Peruntukan Salah Laku Penjawat Awam.

• Penubuhan agensi bebas dalam mengurus aset yang dirampas dan dilucut hak.

• Garis panduan yang betul mengenai pelobi; dan penandaan kuasa antara menteri dengan ketua setiausaha.

 

Dewan Melayu juga berpendapat Perdana Menteri barangkali perlu mengambil contoh ketegasan dan keberanian rakan-rakan sejawat beliau dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan Asia dalam memerangi jenayah rasuah, dan penyalahgunaan dadah secara mutlak.


Singapura sebagai contoh kekal antara lima negara terbaik dunia dalam membanteras rasuah sejak sekian lama, dan ia telah memberi kesan baik kepada kemajuan ekonomi mereka.

 

Presiden Jokowi di Indonesia juga telah memerangi amalan rasuah dengan menghukum berat pemimpin-pemimpinnya yang korup. Indonesia yang pada satu ketika cukup sinonim dengan rasuah hari ini dilihat semakin ‘bersih’, dan makmur, serta mula menerima begitu banyak pelaburan asing, bahkan ada yang datang dari Malaysia.

 

Begitu juga dengan rakan sejawat beliau Rodrigo Duterte di Filipina dan Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping.

 

Sebagai rumusannya, Dewan Melayu yakin jika Perdana Menteri lebih bertegas dalam membendung rasuah, serta terus komited untuk mengambil langkah-langkah yang lebih drastik dan punitif terhadap penjenayah rasuah, rakyat pasti akan berdiri teguh bersama-sama beliau.

 

Sementara itu, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media Dewan Melayu diadakan sebagai meraikan tahun baharu 2022, dan bagi menghargai usaha, serta sumbangan para petugas media tempatan.

 

Majlis berkenaan diisi dengan ucapan dan taklimat oleh Halim, pembentangan ‘Kedudukan Semasa Ekonomi Melayu’ oleh Ketua Penyelidik Dewan Melayu, Haji Azlan Awang; tayangan video tik-tok anjuran Dewan Melayu, tayangan perdana memperkenal pengarah filem pendek Detik Baharu, Amen Naqeb, dan pelancaran portal ahli kelab.

 

Pada mulanya, majlis tersebut akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir kerana terpaksa menjalani kuarantin diri selepas pulang dari luar negara.

 


5.