Pages

Friday, 25 February 2022

 

SELEBRITI
 
SENIMAN VETERAN TANAH AIR TERUS DIHARGAI 

 

Sebahagian daripada pendokong Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) bersama-sama  Pengerusi Eksekutif Radiance Studios Sdn Bhd, Dr Mohd Ezman Zamani (lima dari kanan) dan kereta Starex yang dihadiahkan kepada YAVM.






Se                                           Sebahagian daripada hadirin, termasuk pihak media.



 G                                                                Gimik pelancaran Redi Go.

8.


      Dari kiri; Dr Mohd Ezman Zamani dan isteri; Kismah Johar dan Mubarak Majid bersama-sama kereta Starex yang disumbangkan kepada Yayasan Artis Veteran Malaysia.

7.

2.                                                                                                        Sesi pelancaran Redi Go.


PePengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Zakaria Abd Hamid menyampaikan ucapan.

5. 

DDari kiri; Mubarak Majid, Kismah Johar, serta Dr Mohd Ezman Zamani, dan isteri dalam sidang media  majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance Sdn Bhd dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia, 23 Februari 2022 lalu.

4.

PrPresiden Yayasan Artis Malaysia, Kismah Johar (duduk dua dari kiri) dan Muhammad Yasin Musa (dua dari kanan) menandatangani perjanjian persefahaman diperhatikan oleh Pengerusi Finas, Zakaria Abd Hamid (berdiri kiri), dan Dr Mohd Ezman Zamani (berdiri kanan).

3. 



KATA-KATA/HAKIKAT setiap pelakon/penyanyi atau selebriti/artis ada zamannya masing-masing, dan jika telah berlalu, jangan ‘dipaksa-paksa’/‘memaksa-maksa’ untuk tetap popular/laris mungkin tidak diterima oleh Pengerusi Eksekutif Radiance Studios Sdn Bhd, Dr Mohd Ezman Zamani.

 

Barangkali kerana itulah Dr Mohd Ezman membawa pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia sebagai tanda beliau menghargai selebriti tersebut.

 

Pengulangan kata-kata beliau semasa berucap pada 23 Februari 2022 lalu, iaitu lebih berminat atau menumpukan perhatian pada artis veteran berbanding artis baharu/semasa jika bertemu mereka serentak, jelas mencerminkan penghargaannya itu.

 

“Mana tidaknya. Saya membesar dengan nyanyian dan lakonan mereka. Selama ini, saya hanya melihat mereka di layar kecil atau layar lebar, tetapi sekarang berpeluang bertemu secara bersemuka,” kata Dr Ezman dalam ucapannya dalam majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance Sdn Bhd dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

 

Radiance Studios Sdn Bhd (RSSB) merupakan sebuah syarikat pengeluaran di bawah Radiance Assets Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan patuh syariah, sedang mencari jalan untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM).

 

YAVM ialah sebuah organisasi yang diwujudkan untuk membantu, dan mempertahan kesejahteraan artis veteran yang terlibat dalam pelbagai bidang seni industri hiburan seperti pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik dan penari.

 

Menerusi anak syarikatnya, RSSB, Radiance Assets Berhad menjadi syarikat korporat pertama yang mengangkat martabat artis veteran negara dengan mewujudkan kerjasama strategik bersama-sama YAVM.

 

Menerusi MoU tersebut, tambah Ezman, penerbitan filem pendek yang diterbitkan sebagai projek pertama, dapat menawarkan pelbagai pengisian dengan memberi peluang pekerjaan kepada artis veteran terbabit.

 

Sebelum itu, dalam ucapannya, Kismah Johar sebagai Presiden, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada RSSB kerana sudi menjalin hubungan dengan YAVM.

 

RSSB bukan sahaja menerbitkan filem pendek yang membuka peluang berkarya, tetapi turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Starex untuk kegunaan YAVM.

 

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abd Hamid yang turut hadir pula mengucapkan syabas kepada RSSB dan YAVM kerana menjalin kerjasama demi kebaikan bersama khasnya, dan industri seni negara amnya.

 

Majlis MoU tersebut juga diserikan dengan tayangan filem pendek terbitan RSSB berjudul Beraja di Mata Bersultan di Hati yang turut dibintangi Timbalan Presiden YAVM, Mubarak Majid, dan pelancaran Redi Go.

 

Turut menghadiri majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif RSSB, Muhamad Yasin Musa; serta beberapa pelakon/penyanyi veteran seperti Dato’ Hail Amir, Datin Fadilah Mansor, Normah Damanhuri, Jamaludin Mat, Margaret Gan, S Azli, Zuraini Kassim, dan Mubarak sendiri.  

 


 

1.      

6.       

    

 

 

 

 

 

EKONOMI

 

 

Links of Malaysia Mahu Jadi Jenama Tempatan Ikonik Perniagaan Emas

 

DEWAN Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) terus memberikan sokongan kepada para peniaga wanita Islam di negara kita, terutama yang melibatkan perniagaan emas.

 

Lanjutan promosinya dalam satu masjlis pada Ramadan 1442 Hijrah/2021 Masehi di Kuala Lumpur, DEWI kini memperkenal pula sebuah jenama baharu berkaitan dengan perniagaan emas, iaitu Pautan Malaysia atau Links of Malaysia (LOM).

 

Menurut pengasas DEWI, Datin Raskidah Ali, (LOM) sudah bersedia menjadi sebuah jenama tempatan yang ikonik, dengan keyakinan penuh berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.



 

   

SeSetiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan yang Teguh (SustNET), Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan (kanan).

6.


Rakan niaga baharu Datin Raskidah Ali dari Iran (tengah) memberikan sedikit ucapan pengenalan beliau.


Pengasas Links of Malaysia, Datin Raskidah Ali atau lebih mesra dengan panggilan Datin Ras.



Datin Raskidah Ali (kanan) sedang memberi penerangan mengenai produk Links of Malaysia kepada rakan-rakan niaga beliau.



Pereka bentuk muda, Siti Nur Anati Muhammad Khairi (kiri), dan Khairunnisa Ab Rahman yang bakal berkhidmat dengan Links of Malaysia.








 Datin Raskidah Ali mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke Links of Malaysia X ICG House.





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehubungan itu, katanya, LOM menawarkan rangkaian barang kemas moden bergaya yang dicipta untuk lelaki dan wanita, serta berpotensi menawarkan ratusan azimat untuk dipilih.

                                                                                                       

“Antaranya ialah gelang tangan ‘Trisya’ sebagai alternatif yang menyeronokkan bagi azimat konvensional,” jelas Datin Raskidah yang lebih mesra dengan panggilan Datin Ras.

 

LOM telah melancarkan produk pertama yang berasaskan alat muzik tradisional, iaitu Gong. Kemudian, tambah Datin Ras, ada Wau, Keris, Terompah Melaka, Stadium JDT, Manggis, Durian, dan reka bentuk yang tidak berterusan yang berkaitan dengan citarasa tempatan, tempat menarik, makanan dan juadah atau ringkasnya ikon, ‘I Love Malaysia’.

 







-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Akan dipastikan tiada gelang yang kelihatan serupa. Ini untuk membolehkan LOM tampil dengan gaya sendiri, dan pilihan menarik tanpa batasan,” kata Datin Raskidah lagi.

 

Biasanya lelaki tercicir atau ketinggalan dalam soal barang kemas/perhiasan diri. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak akan terjadi dengan LOM.

 

“Tidak lama lagi LOM akan ada koleksi emas dan kulit yang boleh juga dibuat daripada sekerat. Kancing Manset peribadi kami dan ‘butang’ Baju Melayu Hari Raya (kelihatan seperti ketulan emas) nanti bakal meledak di pasaran nanti,” jelas Datin Ras.

 

Ini membolehkan LOM menyatakan secara peribadi gayanya, dan pilihan azimat yang berpanjangan yang tersedia.




           "Dan akhir sebuah perjuangan, tercipta sebuah kejayaan indah, kita kan menang bersama."

  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekali pandang atau fikir, harganya mesti mahal. Namun demikian, tegas Datin Ras, walaupun memiliki semua jenama fesyen, harga julat LOM agak munasabah.

 

“LOM berbangga menggunakan pelbagai jenis logam halus dari perak bernilai 9k,14k,18k, 22k, dan 24k,” ujar beliau dalam satu sesi bersama-sama media di IGC House, Sunway Valocity, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022 yang lalu.

 

Koleksi naratif LOM termasuklah loket, gelang, dan cincin yang boleh dimiliki, dan yang paling menarik ialah ukiran nama, ucapan dan lain-lain padanya PERCUMA.

 

 

Menariknya, LOM turut menawarkan perkhidmatan keping tersuai, tukar beli, serta menjual dan membeli jongkong emas. Bersama-sama Datin Ras, wawasan LOM mantap ke arah lebih cemerlang dengan menganjurkan bengkel untuk mendidik peniaga ‘kekal bertahan’ dalam industri emas, dan barang kemas.

 

Turut menghadiri sesi perkenalan LOM itu termasuklah Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan yang Teguh (SustNET), Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan, dua tetamu/rakan niaga Dr Neda dari Iran, Dr Betania (Indonesia), Siti Mariam (Filipina), dan Datin Sharon (Malaysia), serta pereka bentuk muda, Siti Nur Anati Muhammad Khairi, dan Khairunnisa Ab Rahman.

 

Siti Nur Anati dan Khairunnisa sedang dalam perundingan untuk menjadi pereka bentuk LOM. Jika diterima, pelantikan Anati dan Khairunnisa dialu-alukan kerana mereka pemegang ijazah Seni dan Reka Bentuk bagi Reka Bentuk Logam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

 

Tetamu/rakan niaga dari Iran pula, menurut Datin Ras ialah prospek untuk bentuk dan perkembangan perniagaan akan datang.    

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Tel +603 9226 3108

 

Media Sosial LOM:

LinksOfMalaysia

IG- @LinksOfMalaysia

 

NayliBJewels

FB- NayliBJewels

IG- @NayliBJewels

 

Ikuti kami di laman sesawang:

www.igchouse.com

www.ifintechsolutions.com

www.imasgold.com

 


1.      

2.      

3.      

4.      

5.      

Wednesday, 23 February 2022

 PENDIDIKAN

 

 

Program Realiti Bendung Salah Guna Medsos

JARI NERAKA

 

 

SELAMA ini, kita sering mendengar, melihat dan mengalami kesan daripada penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kemudahan awam, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya.

 

Ketika malangnya kita masih menghadapi krisis yang disebutkan tadi, timbul dan semakin membiak pula gejala penyalahgunaan media sosial (medsos).

 

Isu penyalahgunaan medsos ini menarik meskipun membimbangkan kerana ia relevan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kian pesat, malah menguasai kehidupan kita manusia masa kini.

 


Para pendokong Jari Neraka, termasuk Lando Zawawi (empat dari kiri) bersama-sama Datuk Zahidi Zainal Abidin.



Gimik pelancaran Jari Neraka oleh Datuk Zahidi Zainal Abidin (tiga dari kiri) bersama-sama Zed Zaidi (dua dari kanan), Iqram Dinzly (lima dari kiri), Tauke Jambu, dan Ahmad Qusairy Faudzi (dua dari kiri dan paling kiri), serta tetamu jemputan lain.



   Antara tetamu jemputan dan wakil media yang hadir.

Walaupun sukar – diakui sedemikian walaupun negara ada undang-undang untuk menghadapi apatah lagi membendung krisis kesan penyalahgunaan medsos/ICT ini, ia tetap tidak wajar dibiarkan. Sehabis daya dan seboleh mungkin ia perlu dibendung, jika pun tidak dapat dibasmi.

 

Justeru, kewujudan program realiti yang membawa kesedaran mengenai penyalahgunaan medsos, iaitu Jari Neraka yang dilancarkan pada 21 Februari 2022 lalu amat baik, dan bermanfaat.

 

Cuma, saya fikir Jari Neraka yang diterbitkan oleh Rentak Sehati Sdn Bhd ini belum atau kurang lengkap/meluas kerana ia ditampilkan menerusi saluran Youtube sahaja.

 

Barangkali untuk musim kedua nanti – seperti yang dibayangkan oleh Pengurus Produksi syarikat produksi tersebut, Ahmad Qusairy Faudzi dalam ucapannya bahawa ada perancangan Jari Neraka akan ke televisyen pula.

 

Menurut Ahmad Qusairy, idea asal tercetusnya Jari Neraka datang daripada Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu sendiri, kerana negara kita kekurangan program pendidikan atau kesedaran. Tauke Jambu juga merupakan Pengarah Urusan Rentak Sehati Sdn Bhd.

 

Selama ini, tambah Qusairy, negara kita hanya ada banyak program hiburan. Itu tidak elok dan wajar kerana kepesatan penggunaan teknologi dan medsos untuk hiburan harus seiring dengan penerbitan program pendidikan.




Pengurus Produksi Rentak Sehati Sdn Bhd, Ahmad Qusairy Faudzi menyampaikan ucapan alu-aluan.



Penyampaian sumbangan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi (dua dari kanan) oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (tiga dari kanan).



Gimik pelancaran dan runut bunyi Jari Neraka.



Datuk Zahidi Zainul Abidin menyampaikan ucapan pelancaran Jari Neraka.



Sebahagian daripada wakil media dan jemputan yang hadir.



Penyanyi runut bunyi Jari Neraka.



Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.



Iqram Dinzly turut menjayakan tayangan eksklusif Jari Neraka.



 

Berlangsung di Reevo Merchant Lounge, Blok A, Level 1, Skypark@One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya, Selangor, pelancaran Jari Neraka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

 

Selain Tauke Jambu dan Qusairy, turut menghadiri majlis berkenaan termasuklah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi; Setiausaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Zulkarnain; wakil Polis Diraja Malaysia (Jabatan Jenayah Siber), Tuan Azizi; pelakon sensasi, Iqram Dinzly yang turut menjadi tetamu undangan Jari Neraka, dan aktivis masyarakat (mantan pelakon), Lando Zawawi.

 

Antara lain, majlis pelancaran Jari Neraka juga diisi oleh gimik pelancaran dan runut bunyi Jari Neraka, tayangan eksklusif Jari Neraka, sumbangan kepada Presiden Seniman, dan pemberian cenderahati kepada tetamu jemputan khas.

 

Majlis pelancaran tersebut ditaja oleh Hfilmsproduction, Bros’s Gang TV, Krasz Kmood, dan AVR Studio Production.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, 15 February 2022

 MUZIK

 

 

 

SENANDUNG MELAYUKU DARIPADA MAESTRO MUZIK NEGARA

 

 

TANAH Ini Kampung Kencana’ ialah kata-kata pujangga yang menjadi sebahagian daripada lirik dalam lagu Senandung Melayuku, nyanyian Datuk M Nasir, gubahan beliau sendiri dengan Brad Parker. Liriknya karya Keon.

 

Jangan terkejut jika dikatakan lagu ini sebenarnya telah berusia 24 tahun. Ia dicipta dan dirakamkan pada 1998 sebagai sebuah daripada empat lagu dalam projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd, bersama-sama bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG Publishing.

 

Namun demikian, ketika itu, atas dasar-dasar tertentu, Senandung Melayuku bersama-sama dengan I Have A Name, tidak dapat dilancarkan lantas hilang tanpa ada rancangan selanjutnya.

 

“Projek itu terkandas oleh kerana beberapa perkara. Walau bagaimanapun, empat lagu berjaya dirakamkan kemudian, termasuk Senandung Melayuku ini pada 1998,” jelas Keon.

 

Memang, tambah Keon, Luncai Emas sendiri tidak melakukan apa-apa selepas terkandasnya projek album tersebut. Namun demikian, ada antara empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M Nasir seperti Dalam yang liriknya karya Loloq.



Oleh kerana M Nasir sudah lama tidak muncul dengan album atau single baharu, Luncai Emas mengambil keputusan meluncurkan Senandung Melayuku di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd.



                      Memang Senandung Melayuku untuk dendangan M Nasir sahaja.


          Keon terkejut apabila diminta oleh M Nasir menulis lirik untuk Senandung Melayuku.



Sebagai pencipta melodi, M Nasir ada pilihan dalam menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.

 

Kini, Senandung Melayuku muncul kembali, malah sebagai keluaran terbaharu Luncai Emas, dan menjadi single terbaharu M Nasir.

 

“Oleh kerana M Nasir sudah lama tidak muncul dengan album atau single baharu, Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan Senandung Melayuku di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd,’’ jelas Keon.

 

Parker merupakan komposer dan penerbit dari Amerika Syarikat yang telah banyak berjasa kepada industri muzik di negaranya. Banyak lagu ciptaannya telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Amerika Syarikat seperti Cher, Richard Page, Kieran Goss dan juga dari Asia seperti Andy Lau di Hong Kong dan Jaya (Filipina).

 

Keon pula penulis lirik terkenal dalam industri muzik tanah air. Banyak lirik karyanya ‘meletup’ seperti Relaku Pujuk oleh Spider, Kejoraku Bersatu dendangan Search, Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay), Tunggu Aku Datang (Hazama), Di Bayang Awan (Dato’ Awie), dan Raguku (Ella).

 

Begitu pun, Keon memberitahu beliau sebenarnya terkejut apabila diminta menulis lirik untuk Senandung Melayuku. Beliau tidak menyangka M Nasir memintanya menulis lirik untuk lagu nyanyian sendiri, bukan penyanyi lain sebagaimana biasa.

 

“Selama bekerja dan dan membantu kerjaya muzik M Nasir, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menulis lirik untuk lagu nyanyian beliau,” kata Keon.

 

Sebagai pencipta melodi, tambah Keon, M Nasir ada pilihan dalam menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.

 

Kalau dilihat dengan mendalam, kebanyakan lagu nyanyian M Nasir menggunakan lirik tulisan Allahyarham Loloq atau nama sebenarnya, Rosli Khamis (selepas era S Amin Shahab).

 

“Memang M Nasir serasi bersama-sama Loloq, dan hakikat itu jangan dipertikai,” ujar Keon yang merupakan antara ‘orang kuat’ Luncai Emas.

 

Senandung Melayuku telah menjadi lagu pembukaan Mathnawi, sebuah dokumentari pendidikan RTM sebanyak 13 episod terbitan Luncai Emas yang menceritakan soal sejarah karya-karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti Zubaidah, Gurindam 12, Sulalat u’s-Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Pelayaran Abdullah. Ia telah ditayangkan di RTM awal tahun ini.

 

Hasil tinjauan, ramai yang menggemari bunyi-bunyian alat muzik dalam Senandung Melayuku kerana enak didengar. Mereka justeru mengakui kehebatan kolaborasi M Nasir dan Parker.

 

“Memang Senandung Melayuku untuk dendangan M Nasir sahaja, dan pastilah beliau meletakkan harapan, serta jangkaan tinggi kepada saya agar menghasilkan yang terbaik,’’ jelas Keon yang bersyukur M Nasir terus menerima, dan merakamkan suaranya.

 

Walaupun Senandung Melayuku bukan karya baharu, tetapi Team Luncai Emas berpendapat ia masih relevan kerana jarang didengar, serta tidak diketahui peminat di luar sana.

 

Justeru, sebuah video lirik rasmi untuk single ini telah pun sedia dimuatnaikkan ke laman YouTube Luncai Emas untuk tontonan semua.

 

Sebagai maklumat, Senandung Melayuku juga boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Deezer, dan JOOX.

 

Sejak mula dimuat naik di YouTube pada 24 Januari 2022 lalu, Senandung Melayuku mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peminat.

 

Luncai Emas berharap kemunculan Senandung Melayuku dapat mengubat rindu semua peminat M Nasir, dan masyarakat di luar sana yang sentiasa menyokong kerjaya beliau, serta pasti telah lama menanti-nanti karya terbaharunya.

 

 

 

 

 

 

 

‘SENANDUNG MELAYUKU’

 

M Nasir

 

 

GODAANMU PADUKA RATU

DI WILAYAH BUMI MELAYU

KU DAMBA PETUNJUK DARIMU

BISA JADI PENAKLUK KALBU

 

TANAH INI KAMPUNG KENCANA

SUBURKAN IA DENGAN FATANA

BIAR BERTEMPIK PUNCAK KINABALU

MUNTAHAN API KARAKATAO

ADAT DAN KATA HILANG TAK MUNGKIN HILANG

 

SIN SYIN SAD … SINI KAU BERSEMENDA

SIN SYIN SAD … SINI KAU BERPESAKA

SIN SYIN SAD … SINI ENGKAU BERTANDA

SIN SYIN SAD

 

Aaa… Aaa… Aaa

 

SIMBAHKAN KARUNIA

GEMA SAKTI IRAMA NAFIRI

 

DALAM JIWAMU ADA SETERU

MUSNAHKAN IA JANGAN KAU RAGU

JIKA BERTEMBUNG AKAL DAN NAFSU

PILIHANMU HANYALAH SATU

LEPASKAN INI ENGKAU MARTABAT RATU

 

RIBUT LAUT DALAM                                  

PANDAI MALIM LAWAN

RIBUT KITA TENGKUJUH BADAN

JANGAN SAMPAI KARAM

 

ASAL KITA DIALAH

MAKAM DIA SAYANG

ASAL KITA DIALAH

KITA RINDU RAWAN