BUDAYA
Bawa Budaya Kampung ke Tengah Kota
‘SENI RAYA BATIK’
DALAM usaha mempromosi semangat perpaduan dalam skala lebih besar, pusat beli-belah legenda dan sejak sekian lama di Malaysia, Plaza Sungei Wang, menganjurkan sebuah majlis bersempena dengan Hari Raya Eidulfitri di Ruang Legarnya, yang bertemakan ‘Seni Raya Batik’.
Untuk ‘memukau’ pengunjung dengan perhiasannya yang mengagumkan, ceria budaya, dan sudah tentulah membeli-belah, Ruang Legar Plaza Sungei Wang ditukar menjadi ruang kampung ‘batik’ berwarna-warni, dan ‘menggegar’, bagi majlis pelancaran rasmi kempen ‘Seni Raya Batik’ itu pada 9 April 2022 lalu.
Bersekali dengannya, Plaza Sungei Wang turut menganjurkan ‘Kenangan Batik 2022’ – program inkubator dengan matlamat memantapkan komuniti usahawan, sekali gus memelihara/memulihara seni batik dalam masyarakat Malaysia. Inisiatif ini merangkumi siri program bermula dari pendaftaran penyertaan, bengkel, program mentor, dan pameran akhir.
Pengurus Pusat Plaza Sungei Wang, Joseph Teo.
Zamani Slam tetap berusaha memberikan persembahan terbaik menerusi lagu popular kumpulannya, Kembali Terjalin dan Gerimis Mengundang
Khai Bahar mendendangkan 1, 2, 3, dan Bayang, serta lagu Raya popular Dato’ M Nasir, Satu Hari di Hari Raya.
Pelancaran ‘Seni Raya Batik’ disempurnakan oleh Pengurus
Pusat Plaza Sungei Wang, Joseph Teo. Dalam ucapan beliau, Joseph bagi pihak
Plaza Sungei Wang mengalu-alukan pelancong dalam dan luar negara menyambut Hari
Raya dengan mengunjungi plaza berkenaan untuk membeli-belah, mendandan diri di pelbagai
salun yang ada, dan menikmati beraneka juadah lazat di premis tersedia.
“Para pengunjung juga boleh ‘berkampung’ di Plaza Sungei
Wang semasa musim perayaan ini untuk mencari dan membeli perhiasan bertemakan batik
yang cantik-cantik,” kata Jospeh lagi.
Turut hadir ialah Setiausaha Koperasi Pengurusan Plaza
Sungei Wang, Elise Lim; Bendahari Koperasi Pengurusan Plaza Sungei Wang, Carter
Lim, dan Pengurus Hartanah Koperasi Pengurusan Plaza Sungei Wang, Winnie Lim.
Plaza Sungei Wang turut menyantuni anak-anak yatim dari
Pusat Jagaan As Samad, sebagai memenuhi kempen tanggungjawab sosial korporat
(CSR) yang diusahakan olehnya.
Kempen tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada anak-anak
berkenaan melihat batik bertemakan Raya, dan bergembira ketika menyertai
Bengkel Batik pertama mereka semasa majlis pelancaran tersebut.
Untuk lebih menyerikan majlis pelancaran ‘Seni Raya Batik’,
penganjur mengundang dua penyanyi terkenal tanah air dari dua zaman, iaitu
Zamani Slam dan Khai Bahar. Zamani kini telah mendapat jolokan ‘legenda hidup’,
sementara Khai baru-baru ini menerima anugerah Penyanyi Pilihan Popular dalam
Anugerah Juara Lagu ke-36.
Zamani, walaupun masih menghadapi sedikit masalah
kesihatan, tetapi tetap berusaha memberikan persembahan terbaik menerusi lagu
popular kumpulannya, Kembali Terjalin
dan Gerimis Mengundang.
Sebelum itu, Khai sangat menghiburkan dengan kemantapan
suaranya mendendangkan lagu 1, 2, 3,
dan Bayang, serta lagu Raya popular
Dato’ M Nasir, Satu Hari di Hari Raya.
Sebelum majlis pelancaran dan persembahan Zamani-Khai, CSR
bersama-sama anak-anak yatim Pusat Jagaan As Samad, dan berbuka puasa, para
jemputan serta wakil media dan pengunjung Plaza Sungei Wang menyaksikan
demonstrasi memasak bersama-sama Aiman Salim & Ozzie Manan, serta
persembahan pembukaan, Ekspresi Tari
Batik.
Kempen seni budaya ini turut diisi oleh ‘Syiok Fest
Lebaran’ bermula dari 22 April sehingga 1 Mei 2022. Terdapat lebih 1,000 reruai
menyertainya, yang turut menampilkan beberapa selebriti terkenal.
‘Seni Raya Batik’ di Plaza Sungei Wang berlangsung dari
25 Mac 2022 sehingga 1 Mei 2022.
Antara pengisian lain termasuklah demonstrasi ‘Silat
Cekak Hanafi’, ‘Tarian Senandung Aidilfitri’, ‘Orkes Melayu Rojer’, ‘Tarian Hari
Raya Datang Lagi’, dan ‘Raya Live
Band’ bermula 2 April 2022 sehingga 17 April 2022.
Para pengunjung juga boleh menebus Paket Raya Reka Bentuk
Batik edisi terhad pada kadar serendah RM88* dalam sebanyak DUA resit. Dengan belanja
serendah RM168*, pengunjung boleh menebus Bag Tote Plaza Sungei Wang yang
eksklusif.
Mereka yang datang berkereta, nikmati parkir dengan kadar
serendah RM50 dan ke atas dalam DUA resit terkumpul.
No comments:
Post a Comment