PELANCONGAN

 

REVOLUSI PENDIGITALAN PELANCONGAN MALAYSIA

IVT Pacu Industri Menuju Tahun Melawat Malaysia 2026

 

INDUSTRI pelancongan negara hari ini berkembang pesat. Satu daripada bukti dan tanda kepesatan itu ialah pelancongan maya interaktif (interactive virtual tourism - IVT) yang tampil sebagai perintis, dengan memperkenalkan platform inovatif yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

 

IVT merupakan platform konsultasi maya yang selamat dan direka khas untuk meningkatkan kepercayaan, memperkukuh keterlibatan pelanggan, serta menghapuskan penipuan dalam transaksi pelancongan.

 

Peralihan ke arah platform digital semakin ketara, di mana ekonomi digital Malaysia telah menyumbang lebih 22.6 peratus kepada Keluaran dalam Negara Kasar atau KDNK negara pada 2023 dan melebihi 25 peratus pada 2025.

 

Jualan pelancongan dalam talian terus berkembang pesat, mengatasi model perniagaan tradisional.

 

IVT mengambil peluang ini dengan menawarkan platform konsultasi maya dalam masa nyata yang selamat, meningkatkan kepercayaan pengguna, mencegah penipuan, dan meningkatkan kadar jualan untuk agensi pelancongan.

                                                                          

                                                                            

                                            YBhg Dato’ Seri Dr Mohd Khalid Harun.

=======================================================================

Pada 12 Februari 2025 di Hotel Corus Kuala Lumpur, telah berlangsung Taklimat Media Pelancongan Maya Interaktif (IVT) yang turut dihadiri YBhg Dato’ Seri Dr Mohd Khalid Harun, Presiden MATA; YBhg Dato’ Jeffri Sulaiman, Timbalan Presiden MATA; YBrs Encik Ahmad Jafri Ngah Ali, Ahli Jawatankuasa Majlis Eksekutif MATA; serta YBhg Dato’ Kaartik Kulanthavelu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Instan Exhibition Sdn Bhd; dan YBrs Encik M Vijjayandran, CEO Vypa Malaysia Sdn Bhd.

 

Pada umum dan hakikatnya, IVT membolehkan interaksi langsung secara bersemuka antara pelancong dengan profesional pelancongan yang disahkan, memastikan pengalaman tempahan yang selamat, dan boleh dipercayai.

                                      

                              YBhg Dato’ Kaartik Kulanthavelu menyampaikan taklimat.

=======================================================================

Peningkatan kes penipuan pelancongan mendorong IVT menyediakan penyelesaian selamat dengan membolehkan pengguna mengesahkan ejen sebelum membuat sebarang komitmen.

 

Secara menyeluruh, ada empat manfaat utama IVT, iaitu meningkatkan kepercayaan pelanggan, pencegahan penipuan, peningkatan jualan untuk agensi, dan kemudahan & aksesibiliti.

 

Dalam meningkatkan kepercayaan pelanggan, pelancong boleh berunding secara terus dengan ejen pelancongan yang disahkan sebelum membuat tempahan.

 

Pencegahan penipuan pula bertujuan menghapuskan ejen palsu, dan penipuan pelancongan melalui interaksi langsung yang disahkan.

 

Bagi peningkatan jualan untuk agensi, perniagaan pelancongan boleh menukar prospek kepada pelanggan dengan lebih berkesan melalui keterlibatan masa nyata.

 

Akhirnya sekali, dalam kemudahan & aksesibiliti, pelancong boleh merancang perjalanan dari mana-mana sahaja melalui konsultasi video.

 

Dengan beberapa kelebihannya, platform ini dijangka akan mengubah landskap pelancongan Malaysia, menawarkan cara yang lebih lancar dan selamat bagi pelancong untuk merancang percutian mereka, serta membantu agensi pelancongan membina hubungan pelanggan yang lebih kukuh.

 

Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Seri Dr Mohd Khalid antara lain menyatakan IVT bukan sekadar platform, tetapi penyelesaian kepada salah satu cabaran terbesar dalam industri pelancongan, iaitu kepercayaan.

                                       

                    YBrs Encik M Vijjayandran turut menyampaikan taklimat mengenai IVT.

=======================================================================

“Dengan membolehkan komunikasi langsung antara pelancong dengan ejen, kami menjadikan tempahan pelancongan lebih selamat, dan telus berbanding sebelum ini,” ujar beliau.

 

Dengan lebih 90 peratus rakyat Malaysia menggunakan Internet dan transaksi dalam talian dalam sektor pelancongan terus meningkat, tambah Dr Mohd Khalid, IVT adalah langkah penting dalam mendigitalkan industri pelancongan Malaysia.

 

“Agensi pelancongan, pengendali pelancongan, dan pihak berkuasa pelancongan boleh memanfaatkan platform ini untuk menarik lebih ramai pelancong, dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia,” tegas beliau.

 

Hal ini dipersetujui Dato’ Kaartik dan Encik Vijjayandran dalam taklimat mereka, sementelah ketika Malaysia bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

IVT, tegas mereka, akan dan mampu tampil sebagai pemain utama dalam menyokong transformasi digital industri pelancongan.

                                                                            

Antara wakil media yang menghadiri majlis Taklimat Media Pelancongan Maya Interaktif (IVT) pada 12 Februari 2025.

=======================================================================

Dengan mengadaptasi pelancongan maya interaktif, tambah mereka lagi, agensi pelancongan, pengusaha pelancongan, dan pihak berkuasa pelancongan dapat meningkatkan kredibiliti, menarik lebih ramai pelanggan, serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

 

Justeru, Khalid serta Kaartik dan Vijayyandran menyeru ahli perniagaan dan profesional dalam industri pelancongan menyertai era baharu pelancongan ini.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IVT, dan manfaatnya kepada perniagaan anda, layari www.mata.travel, atau email kepada info@mata.travel.

 

-       - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


No comments:

Powered by Blogger.