PELANCONGAN

 

KTMB Rai Pengamal Media, Perkukuh Kerjasama Erat

 

PADA 7 Februari lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan majlis makan petang bersama-sama pengamal media di Hotel Melia, Kuala Lumpur sebagai menghargai sokongan tidak berbelah bahagi mereka di sepanjang perjalanan yang menyaksikan perubahan, dan cabaran di KTMB.

 

Majlis makan petang yang dikenali sebagai Train & Tea: Media with KTMB itu dihadiri lebih 50 wakil media daripada pelbagai agensi. Antaranya Radio Televisyen Malaysia, Berita Harian, Berita Nasional Malaysia, TV3, Kosmo!, Harian Metro, dan New Straits Times.

 

Bersempena dengan jamuan petang penghargaan tersebut, KTMB turut mengambil kesempatan mengalu-alukan, dan memperkenalkan semula YBhg Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin atas pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB kali yang keempat.

 

“Petang ini menandakan detik penting dalam mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh media dalam kejayaan, dan daya tahan dalam industri rel. Kami amat berterima kasih atas sokongan media,” ujar Datuk Mohd Rani.

                                                                                                                                             

YBhg Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin menyampaikan 'titipan murni' beliau semasa majlis Train & Tea: Media with KTMB pada 7 Februari lalu.

***********************************************************************************************************

Sehubungan itu juga, beliau yang turut berharap agar pada tahun ini KTMB akan terus menerima dedikasi yang tidak berbelah bahagi, liputan yang berwawasan, dan semangat kerjasama media ketika ia terus mengorak langkah sebagai pengendali pengangkutan rel di negara ini.

 

“Melalui kerjasama strategik yang dibina antara KTMB dengan media massa sebagai saluran maklumat yang unggul, majlis ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak,” tambah Mohd Rani dalam ucapannya dalam majlis berkenaan.

 

Beliau berharap perkongsian KTMB-media ini berterusan, dengan berkongsi naratif yang menarik, serta mempromosikan pertumbuhan dan kejayaan acara perniagaan bersama-sama.

                                    

YBhg Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berharap perkongsian KTMB-media berterusan positif.

***********************************************************************************************************

KTMB merupakan pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara di sepanjang 1,655km rangkaian kereta api dengan 84 stesen, dan 68 perhentian di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Ia menyediakan perkhidmatan penumpang (ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter), dan barangan (KTM Kargo).

 

Majlis yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu turut dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah, Spin the Wheel dan Peragaan Pakaian Terbaik. Para pemenang membawa pulang barangan elektronik, tiket MySawasdee, hamper, dan produk-produk keluaran Rail Boutique KTMB.

                                    

Perjalanan majlis turut diserikan dengan persembahan banyak lagu merdu popular, termasuk Widuri, Hijau, Aku Cinta Padmu, dan Masing-masing oleh kumpulan Matahari Band. 

***********************************************************************************************************

Turut hadir YBhg Dato’ Mohamed Amin Mohd Kassim, Ahli Lembaga Pengarah KTMB, dan YBrs Ir Mohd Nizam Mohamed Amin, Ketua Pegawai Teknikal KTMB.

-       - 


YBhg Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin bersama-sama para pegawai KTMB, dan para wakil media bergambar kenang-kenangan seusai majlis 
Train & Tea: Media with KTMB pada 7 Februari lalu. 

***********************************************************************************************************

Antara tetamu jemputan (atas) dan wakil media (bawah) yang menghadiri majlis Train & Tea: Media with KTMB pada 7 Februari lalu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

*kredit foto Kos Serani

No comments:

Powered by Blogger.