RTM Hiburkan Puasa Raya Anda dengan Keseronokan dan Pendidikan!

 

DALAM majlis Sidang Media ‘Puasa Raya!’ di Studio M1, Angkasapuri, Kota Media, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Februari 2025, RTM memperkenalkan barisan program khas yang akan disiarkan di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2025 dengan tema ‘Hayati Ramadan Syukuri Syawal’.

 

Program-program menarik tersebut boleh disaksikan melalui saluran TV1, TV2, Okey, TV6, Sukan RTM, dan 34 stesen radio RTM, serta diakses melalui RTMKlik.


Dendangan lagu Joget Kenangan Manis oleh Hisham yang mengisi acara selingan.

=========================================================================

Menurut YBrs Encik Nasrul Hakim Md Noh, Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV RTM yang memberikan taklimat, program puasa Raya RTM untuk 2025 dibahagikan kepada beberapa segmen Hayati Ramadan, dan Syukuri Syawal.

 

Hayati Ramadan, katanya, dimulakan oleh TV1 dengan program ‘Borak Dulu Baru Buka’ yang akan disiarkan secara langsung mulai 25 Februari, setiap hari, pada pukul 6.45 petang. Program ini akan dihoskan oleh Amin Idris, Khir Rahman, dan Wany Hasrita.

 

“Selain itu, program telefilem ‘Sebalik Balik’ akan disiarkan pada 22 Mac, menampilkan pelakon Shah Jaszle, Shiqin Kamal, Fathil Dani, Dalimawati, dan Wahid Senario,” ujar Nasrul.

                                            

YBrs Encik Nasrul Hakim Md Noh (kiri) dan YBrs Encik Saifuzzaman Yusuf menjawab soalan-soalan pihak media, rakan strategik dan penaja semasa sesi sidang media ‘Puasa Raya!’ di Studio M1, Angkasapuri, Kota Media, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Februari lalu. 

=========================================================================

Seterusnya, tambah beliau, telefilem ‘Mencari Al-Khaliq’ pula akan disiarkan pada 23 Mac, dibintangi Trisha Ooi, Ikhram Juhari, Watie Sadali, dan Riena Amirah.

 

TV1 juga mempersembahkan drama bersiri ‘Rumah Kasih Suraya’ bermula 24 Februari, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 1.30 petang.

 

“Drama ini mengisahkan cabaran Suraya Hanis, bekas peragawati yang mengurus rumah kebajikan, dibintangi Nad Zainal, Fauziah Ahmad Daud, Fad Anuar, Dato’ Jalalauddin Hassan, Nor Albaniah, Sobri Anuar, dan Adam Shahz,” jelas Nasrul. 

YBhg Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran RTM (berdiri tengah) ikut menyampaikan penerangan ringkas.

=========================================================================

Selain itu, dokumentari ‘Syahadah’ yang menampilkan kisah kehidupan inspirasi akan disiarkan bermula 2 Mac.

 

“Saluran TV2 pula menampilkan drama ‘Haluan’ yang mengisahkan bekas banduan yang berusaha untuk menebus kesilapan masa lalunya, dibintangi Rusdi Ramli, Joyce Harn, Dilla Ahmad, Tuah Adzmi, Arena Wan, Zain Hamid, dan Deen Maidin,” ujar beliau.

 

Menurut Nasrul lagi, program lain di TV2 termasuk telefilem ‘Tragedi Kuih Raya’ yang dibintangi Wafariena Roslan, Jasper Supayah, Muaz Fitri, dan Adam Shahz, serta program komedi ‘Apartmen Putra Khas Ramadan: Puasa Oh Puasa’ pada 5 Mac.

 

“Saluran Okey menyajikan drama ‘Menantu dari Amsterdam’, yang mengisahkan cinta yang terhalang oleh keluarga, dibintangi Danial Dashuki dan Nadiyah Shahab,” jelas beliau.

                            YBhg Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran RTM.

 =========================================================================

Selain itu, tambah Nasrul, telefilem ‘Sinar Ramadan’ yang dibintangi Watie Sadali dan Didi Astilah akan turut disiarkan.

 

“Saluran TV6 menawarkan nostalgia dengan program ‘Cahaya Lailatul Qadar’ dan ‘Ramadan Tanpamu, serta hiburan kerohanian melalui ‘Saujana Ramadan’,” ujar Nasrul.

 

Bagi Syukuri Syawal pula, RTM menyajikan pelbagai program istimewa. Saluran TV1, misalnya, akan menyiarkan ‘Borak Dulu Baru Buka Khas Aidilfitri’ pada 1 Syawal, diikuti ‘Temasya Aidilfitri’ yang menampilkan penyanyi terkenal seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli, Datin Alyah, Amelina, Sarah Suhairi, Xpose Band, Dina Nadzir, dan Datuk Azizul Khamis.

 

“TV2 pula akan menyiarkan ‘Eh, Esok Hari Raya!!!’ yang dihoskan oleh Bell Ngasri dan Didie Alias, serta persembahan oleh Tomok, Nabila Razali, Fauziah Latif, dan Aisha Retno.

                     

Penyanyi popular Wany Hasrita (kiri) dan pelakon Trisha Oii (kanan) antara artis yang turut hadir.

=========================================================================

“Program-filem istimewa juga akan ditayangkan pada bulan Syawal termasuklah Suci dalam Debu (1 April), Jackie Chan’s First Strike (4 April), dan filem Tamil Rocketry The Namby Effect (6 April) di TV2,” jelas Nasrul.

 

Saluran Okey pula akan menyajikan lima telefilem terbaik di sepanjang Syawal dalam slot Layar Okey, termasuklah ‘Cik Pon Bakal Talak Satu’ yang dibintangi Nani dan Rahman, dan 'Perempuan Melawan Lara' yang dibintangi Aishah Azman, Nafiez Zaidi, dan Qaid Aqwa.

 

Saluran TV6 akan menyiarkan empat program khas pada 1 April, termasuk telefilem ‘Sorong Papan Tarik Papan’ pada 11.00 pagi, dan ‘Berakhirnya Satu Penantian’ pada 9.00 malam.

 

“Program Raya yang istimewa juga akan disiarkan di saluran Sukan RTM, dengan program ‘Planet Sukan: Edisi Raya’ pada 4 April yang menghiburkan peminat sukan,” jelas Nasrul.

 

Sementara itu, stesen radio RTM tidak ketinggalan dengan program-program khas seperti ‘Jelajah Ramadan 2025’ yang akan berlangsung di seluruh negara bermula 28 Februari di Sabah hingga 20 Mac di Melaka.

 

“Sebanyak 34 stesen radio RTM akan menyajikan pelbagai program khas seperti drama radio, tazkirah, borak santai, tadarus al-Quran, dan sketsa,” jelas YBrs Encik Saifuzzaman Yusuf, Pengarah Bahagian Program Radio RTM.

 

Stesen radio RTM di seluruh negara, katanya, turut menyiarkan program khas seperti ‘Seloka Raya Keluarga Kak Sal’ di NASIONALfm, dan ‘Ghazal Termasyur Raya’ di JOHORfm, serta program-program menarik seperti ‘Ronda Raya’ di PERLISfm’, ‘Tausiyyah Khas Aidilfitri’ di PERAKfm, dan ‘Pesanan Ramadan’ di SABAHfm.

                                      

YBhg Datuk Suhaimi Sulaiman, bersama-sama sebahagian artis dan pegawai RTM, serta selebriti Amin Idris selepas majlis Sidang Media 'Puasa Raya' di Angkasapuri pada 6 Februari lalu.

======================================================================== 

Justeru, RTM mengajak semua untuk menyaksikan dan mendengarkan pelbagai program yang disebutkan tadi.

 

Turut hadir YBhg Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran RTM yang ikut menyampaikan penerangan ringkas.

 

Menariknya, beliau turut menyanyikan serangkap lagu Joget Kenangan Manis selepas dijemput oleh penyanyi Hisham semasa persembahan selingan.

 

Antara artis yang hadir termasuklah Trisha Ooi, Aishah Azman, Nafiez Zaidi, Didi Astillah, Wany Hasrita, Taqim Zaki, Harris Aliff, dan Nizam Jentik Jentik, serta seleberiti Amin Idris.

 

Selain Joget Kenangan Manis Hisham, hadirin turut dihiburkan dengan dendangan lagu Ramadhan Penuh Cinta oleh Iman Darwisy; dan Hahaha Hari Raya daripada Farha.

                                       

    Sidang Media ‘Puasa Raya!’ dikendalikan oleh Izz Azlan, penyampai NASIONALfm.

                                                   

- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN.

No comments:

Powered by Blogger.