Untuk Bufet Ramadan 2025 AnCasa Hotel Kuala Lumpur

Sentuhan ‘Air Tangan Bonda’ Chef Kak Yam

 

BULAN mulia penuh berkat, Ramadan al-Mubarak tahun ini dijangka bermula pada 2 Mac 2025. Bersempena dengan itu, AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AnCasa Hotel HKL) menawarkan satu pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan bufet Ramadan yang menyajikan lebih 200 jenis juadah istimewa.

 

Menariknya, setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang, dan keaslian ‘air tangan bonda’ pasti menggamit kenangan nostalgia bersama-sama keluarga tersayang.

 

Untuk tahun ini, gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel KL dibawakan khas bersempena dengan Ramadan 1446 Hijrah, untuk mengembalikan sajian ‘Air Tangan Bonda’ yang pasti akan membawa kelainan, dan keunikan rasa memikat hati setiap pengunjung.

                                                                                                                                                          

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Siapakah Chef Kak Yam? Beliau adalah chef legenda di AnCasa Hotel KL suatu ketika dahulu. Beliau yang terkenal dengan kemahirannya menyediakan hidangan masakan Melayu asli, telah menggabungkan resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun, memberikan pengalaman berbuka yang autentik, dan menyentuh jiwa.

 

Untuk para pelanggan, nikmatilah! Gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel KL pasti akan memberikan satu rasa yang mengagumkan. Setiap hidangan yang dihidangkan adalah hasil seni masakan yang menyatukan rasa, aroma, dan kenangan masa lalu.

 

Terdapat pelbagai hidangan ‘air tangan bonda’ yang pasti menggugah selera dalam bufet Ramadan AnCasa Hotel KL. Satu daripadanya adalah AnCasa Briyani, yang kaya dengan rempah dan aroma yang memikat.

 

Dipadankan dengan Kambing Gulai Kawah, serta Daging Kandar yang lembut dan penuh rasa, akan membangkitkan pengalaman rasa yang tidak terlupakan.

 

Sementara itu, Ayam Kuzi yang empuk pula pasti menyempurnakan sajian dengan rempahnya yang kaya, dan menyegarkan.

                                                                                                                                                                                      

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ikan Patin Masak Asam Tempoyak pula memikat dengan rasa tempoyak berkrim, yang dipadankan dengan keasaman yang menyegarkan.

 

Udang Goreng Kunyit yang rangup dan berperisa turut menjadi pilihan sempurna untuk melengkapkan hidangan ini.

 

Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati Jantung Pisang Lemak Cili Padi yang kaya dengan rasa santan, serta Acar Rampai yang segar, hingga hidangan ini semakin lengkap dan memuaskan.

 

Sup Gearbox Kambing yang kaya dengan rasa rempah turut disajikan, bersama-sama hidangan istimewa lain seperti Apam Balik AnCasa, Sotong Kangkung, Pasembor, Aneka Kerabu, Aneka Laksa, pelbagai jenis Sambal Tradisi, dan Aneka Sushi yang pasti memenuhi citarasa setiap pengunjung.

                                                                             

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akhir sekali, nikmati pelbagai pencuci mulut yang menggugah selera, seperti Kuih-Muih Tradisional, Agar-Agar, Puding, Kek, dan Pancuran Coklat. Sajian-sajian ini pasti akan memanjakan selera setiap pengunjung, serta memberikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan keunikan rasa, dan tradisi.

 

Supaya berbaloi, AnCasa Hotel KL turut menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk seluruh keluarga. Buktinhya, bufet Ramadan ini hanya berharga RM98 untuk dewasa, RM78 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM58 untuk kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.

 

Baucer tempahan awal boleh didapatkan dengan harga RM88 sebelum 21 Februari 2025. Tempahan boleh dilakukan dengan mudah melalui talian 03 2026 6060 sambungan 7703, atau 011 3179 4121.

                                                                                

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AnCasa Hotel KL juga memperkenalkan promosi eksklusif Set Amboi Bibik Melaka di Restoran Madam Zee. Set hidangan istimewa ini menyajikan pelbagai juadah tradisional Peranakan Melaka, antaranya Ayam Goreng Belacan, Sambal Udang Petai, Ikan Asam Pedas Melaka, Fucok Goreng Cili Cuka, Telur Cincalok dan Nyonya Pai Tee.

 

Set Amboi Bibik Melaka ini ditawarkan pada harga RM52+ seorang dengan tempahan minimum empat orang, dan memerlukan tempahan awal 48 jam untuk memastikan kelancaran penyediaan.

 

Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2026 6060 samb. 7705 atau 014 290 0407.




-         disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN






















No comments:

Powered by Blogger.