SANTUN SOSIAL

 

Jasa Bakti Yayasan Wilayah Persekutuan akan Diteruskan dengan Lebih Perkasa

 

PADA 1 Februari lalu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menyampaikan bantuan kepada 60 ibu yang melahirkan bayi, bersempena dengan sambutan pada Hari Wilayah Persekutuan 2025, dan pesakit kanak-kanak yang memerlukan bantuan di Hospital Tunku Azizah (Wanita dan Kanak-kanak), Kuala Lumpur (HTA).

 

Penyampaian bantuan berkenaan disempurnakan oleh YBrs Dr Abdul Basir V Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP.

 

Beliau diiringi YBrs Tuan Mohd Mustafa Ghazanfar, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, dan YBhg Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT Kumpulan YWP.

 

Tiga daripada 60 ibu yang baru bersalin yang disantuni pihak Yayasan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu di Bilik Seminar Wad 7B Hospital Tunku Azizah.

=========================================================================

Bantuan berkenaan membuktikan komited YWP sejak ditubuhkan pada 1986, dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan, dan pendidikan untuk seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memerlukan.

 

Sehubungan itu, tegas Dr Abdul Basir kepada media yang hadir, YWP akan terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan, dan individu yang prihatin sebaik melangkah memasuki 2025.

 

Menerusi majlis penyampaian tersebut, bantuan sebanyak RM18,000 diagihkan dalam bentuk hamper, dan bantuan kewangan. Gimik penyerahan dilakukan di Bilik Seminar Wad 7B HTA, bersama-sama tiga pasangan ibu dan bayi bertuah.


                                                  

YBrs Dr Abdul Basir V Kunhimohamed dan YBrs Tuan Mohd Mustafa Ghazanfar gembira melawat tiga bayi yang baru dilahirkan di Hospital Tunku Azizah (Wanita dan Kanak-kanak), Kuala Lumpur. 

=========================================================================

 

Abdul Basir, Mohd Mustafa atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mus, Dr Ida Harlina serta pegawai dan kakitangan perubatan HTA yang terlibat melaksanakan penyerahan sumbangan di Wad Pediatrik 10D.

                                                                   

Antara pesakit kanak-kanak dan ibu masing-masing di Wad Pediatrik 10D Hospital Tunku Azizah yang turut disantuni pihak Yayasan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu.

=========================================================================

Selesai majlis berkenaan, Basir bagi pihak YWP memberikan penghargaan khas kepada Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan HTA atas kerjasama erat memastikan kelancarannya kepada penerima yang layak.

 

“Kami juga mengucapkan terima kasih diucapkan kepada kakitangan perubatan HTA yang sentiasa memberikan penjagaan kesihatan terbaik, selain sokongan moral kepada pesakit wanita dan kanak-kanak yang ada,” tambah beliau.

                                         

YBrs Dr Abdul Basir V Kunhimohamed (kiri) menegaskan Yayasan Wilayah Persekutuan memanfaatkan sebaik-baiknya semua sumbangan kewangan yang diterima. Di  sebelah beliau ialah YBrs Tuan Mohd Mustafa Ghazanfar.

=========================================================================

Terdahulu, pada sebelah pagi hari yang sama di Masjid Negara, Kuala Lumpur, YWP turut menyerahkan bantuan sebanyak RM36,000 kepada 120 warga emas, asnaf, orang kurang upaya, dan para pejuang pendidikan yang uzur, dan yang ditimpa masaalah kelangsungan hidup, serta memerlukan bantuan kecemasan.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Leave a Comment

No comments:

Powered by Blogger.