SOSIAL
Pencalonan JCI TOYM 2026
Masih Dibuka
Penganjur Galakkan
Penyertaan Semua Kaum
SIDANG Media Pelancaran JCI Ten Outstanding Young
Malaysians (JCI TOYM) 2026 (Wilayah Tengah) berlangsung pada 4 April lalu
di Pusat Latihan Mandarin Antarabangsa KunKwan (KIMTC), Sungai Besi, Kuala
Lumpur.
Dimulakan oleh Junior Chamber International
(JCI) Malaysia, platform pengiktirafan kebangsaan yang berprestij ini memberi
penghormatan kepada rakyat Malaysia yang luar biasa di bawah umur 40 tahun,
yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang, pencapaian luar biasa dalam bidang
masing-masing, serta sumbangan bermakna kepada masyarakat.
Sidang media yang diadakan diharap dapat
membantu menguatkan suara pemimpin muda ini, dan memberi inspirasi kepada
generasi pembawa perubahan seterusnya.
***********
Selain pelancaran rasmi kempen JCI TOYM 2026,
pelancaran kempen pencalonan peringkat kebangsaan, serta sesi perkongsian oleh
barisan pemimpin dan wakil penganjur turut diadakan.
Sidang media tersebut turut diisi dengan penampilan
istimewa dan sesi rangkaian atau forum bersama-sama penerima anugerah JCI TOYM
yang lalu, serta tokoh pemimpin belia terkemuka, sesi libat urus media, dan
sesi soal jawab khusus.
Dimudahcarakan oleh Alyssa Lee, sesi forum
dibarisi Kevin Khoo, penerima TOYM 2024; Kent Ng, penerima TOYM 2023 dan 2025;
TS Liu Cheng Hua, penerima TOYM 2024; dan Prof Juan Joon Ching, penerima TOYM
2020.
Dari kiri; Alyssa Lee, Kevin Khoo, Kent Ng, TS Liu Cheng Hua, dan Prof Juan Joon Ching yang menjayakan sesi forum.
Turut hadir Calvinn Tay, Presiden Tempatan,
Ketua JCI Tropicana; Marcus Choo, Pengerusi Penganjuran Sidang Media Asia
Tengah TOYM, JCI Malaysia 2026; Maegann Yap, Naib Presiden Eksekutif JCI
Malaysia, berucap mewakili Senator Vincent Leng, Presiden JCI Malaysia, dan
Nurul-Huda Mohamad Afandi, penerima TOYM 2019/Presiden JCI Kebangsaan Malaysia
2017.
Dengan tema ‘Satu Bangsa, Satu Wawasan’. TOYM
2026 bertujuan mengiktiraf belia Malaysia yang cemerlang (di bawah usia 40
tahun) yang menyerlah dalam bidang masing-masing, dan memberi sumbangan
bermakna kepada masyarakat.
Tempoh pencalonan bermula dari 1 Februari 2026
hingga 31 Mei 2026, dengan calon sasaran adalah usahawan, profesional, pembawa
perubahan, dan peimpin masyarakat.
Sementara itu, mesej utamanya pula adalah masa
depan Malaysia terletak pada pemimpin belia, pengiktirafan memberi inspirasi
untuk impak yang lebih besar, kepelbagaian adalah kekuatan utama Malaysia, dan
kepimpinan merentasi pelbagai industri dan latar belakang.
TOYM adalah projek JCI Malaysia dengan
penganjurnya JCI South Key. Sidang media dianjurkan oleh JCI Lead Tropicana.
bersama-sama JCI Entrepreneur. Penaja tempat pula KunKwan Sdn Bhd.
JCI merupakan sebuah rangkaian global yang terdiri daripada pemimpin muda yang aktif berusia 18 hingga 40 tahun, serta komited mencipta perubahan positif dalam komuniti mereka.
Dengan kehadiran di lebih 100 negara, JCI
menyediakan peluang pembangunan kepimpinan yang memperkasakan golongan muda
untuk mencipta impak positif yang mampan di seluruh dunia.
- - disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN







No comments: