SASTERA BUDAYA

KONSERT JELAJAH MEGA DATO' SRI SITI NURHALIZA

'
Jerayawara Dato' Sri Siti Nurhaliza (Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour)' akan menjadi konsert jelajah terbesar beliau, merangkumi dua fasa dalam jangkamasa dua tahun. Bermula dengan negara-negara jiran kita, Indonesia (di Jakarta) dan Singapura, serta semestinya kembali ke negara kelahiran, Malaysia (Kuala Lumpur).
Pihak produksi dan pengurusan Siti Nurhaliza juga sedang berbincang untuk menghidupkan kembali detik Royal Albert Hall London, dan beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.
Ini mimpi yang menjadi kenyataan. Siti terharu atas komitmen banyak pihak dalam menjayakan konsert jelajah ini, serta tidak mungkin dapat melakukannya sendirian.
Siti percaya dengan sokongan peminat-peminat setia beliau, Sitizoners, serta peminat yang menantikan kemunculannya, konsert jelajah dan perancangan ini bakal menjadi sesuatu yang hebat.
Konsert 'Jerayawara Dato' Sri Siti Nurhaliza' juga merupakan platform Siti untuk.membawa nama, muzik dan budaya Malaysia ke Indonesia, dan mungkin lebih banyak tempat lain selepas ini.
Jangan ketinggalan menjelajah bersama-sama Siti dalam perjalanan muzik  yang bakal merakamkan lebih daripada 20 tahun keberadaan beliau dalam bidang seni suara tanah air. Mari bersama-sama meraikan detik untuk menikmati vokal, muzik dan legenda ini sendiri dalam konsert jelajah terbesar beliau.
Menerusi 'Jerayawara Dato'   Sri Siti Nuhaliza', Siti bersuara. Sebuah perjalanan muzikal yang akan membawa khalayak bernostalgia dengan satu demi satu lagu hit beliau, dan digubah semula untuk menggoncang debaran rasa, serta membuatkan para peminat dapat bersama-sama menikmatinya.
Setiap segmen persembahan akan menampilkan yang terbaik dari yang terbaik; untuk segmen Etnik/Tradisional, Balada, Carta Unggul, dan Unplugged, semua muzik dihasilkan dan diatur semula oleh pemuzik 'extraordinaire', Aubrey Suwito bersama-sama bandnya, All Star. Aubrey memilih sendiri para pemuzik pengiring jelajah muzik ini merangkumi pemuzik kota New York sehinggalah kepada pemuzik luar biasa tempatan yang telah bersama-sama Siti sejak mula perjalanan kerjayanya.
Konsert ini juga akan mengundang penyanyi lelaki Indonesia yang hebat, Tulus. Gabungan kedua-dua suara yang luar biasa ini pasti menghasilkan detik ajaib. Tulus bakal membawakan lagu-lagu hitnya yang pasti tidak wajar dilepaskan oleh para peminat setia.

Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082.

Maklumat konsert

Tarikh:
21 Februari 2019, Istora Senayan, Jakarta.
2 Mac 2019, Singapore Expo, Singapura.
16 Mac 2019, Arena Axiata, Kuala Lumpur.
Harga tiket:
RM1,295 (Meet & Greet), RM495 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold), RM155 (Silver), RM105 (Bronze).

No comments:

Powered by Blogger.