SASTERA BUDAYA

 

MUZIUM TEKSTIL NEGARA TERUSKAN PAMERAN BAJU KURUNG

 

ISTIMEWANYA ‘Pameran Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman’ di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara (MTN), Kuala Lumpur ialah kerana ia diteruskan walaupun meskipun terganggu beberapa kali akibat wabak pandemik COVID-19 masih melanda.

Pada awalnya, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menganjurkan pameran tersebut pada 10 November 2020 hingga 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, ia terpaksa ditunda ekoran larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas PKP ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tarikh ‘Pameran Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman’ diubah kepada 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021. Namun begitu, larangan PKP sekali lagi membantutkannya.

PKP kemudian kembali menjadi PKPB semula mulai 5 Mac 2021. Muzium di seluruh negara dibenarkan beroperasi semula tiga hari kemudian, Justeru, JMM melanjutkan ‘Pameran Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman’ sehingga 30 Jun 2021 di tempat yang sama.

Pameran yang terbahagi kepada tiga segmen, iaitu Sejarah Baju Kurung, Potongan Baju Kurung, dan Evolusi Baju Kurung ini memperaga pelbagai baju kurung yang menjadi identiti nasional rakyat Malaysia.

Baju kurung ditampilkan dalam versi baju kurung Teluk Belanga, dan baju kurung Cekak Musang, dengan tumpuan utamanya ialah dari segi reka bentuk potongan, ciri-ciri, dan cara pemakaian baju kurung yang digayakan oleh lelaki, dan wanita.

MTN dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang (mengikut waktu operasinya, kecuali pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah, dan Isnin pertama setiap bulan).

Jadi, pameran menghimpunkan 50 koleksi yang menampilkan evolusi busana baju kurung dari dahulu hingga sekarang ini boleh dikunjungi mengikut hari dan masa yang telah disebutkan tadi.

Teknik persembahan ‘Pameran Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman’ terbahagi kepada peragaan pada mannequin dan torso, penggunaan sokongan koleksi secara sendeng, dan berbentuk T, selain mempamerkan gaya pemakaian baju kurung yang dipadankan dengan kain sarung secara ombak mengalun, tindih kasih, kain berdagang, dan berdagang luar.

‘Pameran Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman’ dikendalikan oleh Salmiahwati Djaafar sebagai kurator, dan Azila Rohani@Rosani (penolong kurator).

Antara yang dipamerkan ialah baju kurung Cekak Musang yang dihasilkan daripada kain tenun Pahang Diraja dengan teknik bunga colek benang emas, potongan berpesak, berkekek dan berkolar dengan hiasan lima butang.

Selain itu, baju Belah Labuh yang diperbuat daripada songket dengan motif bunga cengkih dengan potongan baju berbelah di hadapan, dan berkekek serta dijahit dengan jahitan belah kangkung turut dipamerkan.

Pengunjung pameran juga boleh melihat baju kurung Cekak Musang yang dihasilkan daripada songket bermotif bunga Cina bertabur lengkap dengan kekek, pesak, kocek tampal dan kolar berkancing tiga.

Turut dipamerkan ialah baju kurung moden daripada kain broket mempunyai kekek, pesak dan dicantumkan dengan jahitan kelim Betawi.

Selain itu, ada juga baju Layang daripada songket bermotifkan bunga pecah lapan, buah cermai dan pucuk rebung merupakan pakaian pada bahagian luar baju. Dan baju kurung Teluk Belanga daripada kain kes bermotif bunga-bungaan dengan potongan berpesak dan berkekek.

Bukan sahaja baju kurung, baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki turut dipamerkan. Antaranya ialah baju Melayu Teluk Belanga daripada kain broket berjalur menegak





















 

No comments:

Powered by Blogger.