TEKNOLOGI
Kemahiran IT
Masa Hadapan Memperkasakan Bumiputera
BERTEMPAT di premisnya di Unit 313, Block E, 9, Jalan 16/11, Pusat Perdagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya pada 20 November lalu, Nexperts Academy Sdn Bhd (Nexpert Academy) mengadakan sidang media rasmi.
Majlis
tersebut menampilkan YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani, Pengarah merangkap Perunding
Teknologi Maklumat Nexperts Academy, dan Ybrs Cik Shaazana Abdul Ghani,
Pengurus Pemasaran Teknologi Nexperts Academy.
YBrs Cik Shaazana Abdul Ghani (kanan).
Nexperts
merupakan sebuah institusi latihan bertauliah di bawah Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera, bersempena dengan pelancaran rasmi program Pensijilan
Profesional IT bertajaan Yayasan Peneraju (YP) bagi memperkasakan bakat Bumiputera
dalam bidang teknologi digital.
Program
ini membolehkan peserta Bumiputera layak mengikuti pensijilan profesional dalam
bidang kecerdasan buatan & pembelajaran mesin (AIML), pengkomputeran awan (cloud computing), keselamatan siber, dan
lain-lain - dengan pembiayaan yang disediakan oleh YP.
·
Peretas Etika Bertauliah EC-Council (EC-Council Certified Ethical Hacker - CEH).
·
Jaringan+ CompTIA (CompTIA Network+).
·
Awan+ CompTIA (CompTIA Cloud+).
·
Program Latihan Pelbagai Awan &
Jaringan (Network & Multi-Cloud
Training Programme).
·
Bootcamp AI
& Pembelajaran Mesin (AI & Machine
Learning Bootcamp).
Menariknya, pembiayaan ini boleh ditukar kepada tajaan penuh (biasiswa) sekiranya peserta mencapai 90 peratus kehadiran, dan lulus peperiksaan yang ditetapkan.
Turut
hadir YBrs Encik Abdul Vaheed, Ketua Pegawai Eksekutif Nexperts Academy, YBrs
Encik Yash Sharma (Jurulatih/Pengprogram), serta YBrs Encik Nikun J Bhatiya dan
Ybrs Encik Nijam Maniyar (Jurulatih).
Selain
Nazreen dan Shaazana, majlis sidang media berkenaan juga diisi oleh perkongsian
alumni yang telah berjaya dalam kerjaya mereka selepas menamatkan program ini.
Sejak
diperkenalkan pada Mac/Aprit 2025, inisiatif pembiayaan pendidikan oleh YP telah
menjadi pemangkin penting dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor
teknologi bernilai tinggi.
Menjelang
penutupannya pada Disember 2025, program ini telah memberi peluang kepada
Bumiputera berusia 16 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang, untuk
mengikuti latihan profesional dalam bidang AI, ML, keselamatan siber, jaringan,
dan pengkomputeran awan - bidang teras yang menggerakkan transformasi ekonomi
digital negara.
Walaupun
inisiatif ini berada dalam fasa penutupan, permohonan bagi pengambilan terakhir
masih dibuka. Nexperts turut menyediakan elaun latihan kepada peserta yang
layak di bawah program ini.
Skim
pembiayaan ini menawarkan mekanisme yang amat digalakkan peserta, termasuk 0
peratus bayaran balik (Silver-tier)
apabila syarat dipenuhi. Bagi kursus yang mempunyai peperiksaan, pembiayaan
menjadi tanpa bayaran balik apabila peserta mencapai kehadiran ditetapkan dan
lulus peperiksaan.
Bagi
kursus tanpa peperiksaan, pembiayaan bertukar kepada pembiayaan tanpa bayaran
balik setelah peserta menamatkan keseluruhan kursus. Maklumat lanjut boleh
dirujuk di laman rasmi YP.
Sebagai
salah satu penyedia latihan dilantik (ALTI), Nexperts Academy yang beroperasi
di Petaling Jaya, merupakan antara institusi yang menawarkan kursus berfokus
industri di bawah inisiatif ini, selain universiti dan penyedia latihan lain.
Peserta bebas memilih kursus dan penyedia latihan sebelum memohon pembiayaan
melalui YP.
Permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang pengkomputeran awan, jaringan, AI, keselamatan siber dan analitik data terus meningkat seiring perkembangan teknologi. Banyak syarikat melaporkan kewujudan peluang pekerjaan, tetapi kekurangan bakat tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.
Dalam
masa sama, risiko serangan digital semakin meningkat, menjadikan sektor
keselamatan siber brada pada tahap paling kritikal.
++++
Sebagai
sebahagian daripada penawaran, Nexperts Academy turut melatih peserta dalam Peretas
Etika Bertauliah EC-Council (CEH), kursus keselamatan siber terkemuka dunia
yang diiktiraf oleh EC-Council. Kursus ini memberi pendedahan mengenai teknik
serangan sebenar, membolehkan peserta berfikir seperti penggodam bagi mengukuhkan
pertahanan organisasi.
Keperluan
ini semakin ketara selepas beberapa syarikat tempatan dilaporkan menjadi mangsa
serangan perisian tebusan/pemeras, termasuk sebuah syarikat yang kehilangan data operasi
sepenuhnya sebelum penyerang menuntut bayaran tebusan dalam bentuk mata wang
kripto.
Situasi
ini mengukuhkan keperluan melahirkan lebih ramai profesional keselamatan siber
Bumiputera yang bersistem, dan terlatih.
Selain
keselamatan siber, Program Latihan Pelbagai Awan & Jaringan Bootcamp oleh Nexperts Academy merupakan
antara kursus paling popular di bawah pembiayaan YP.
Direka
untuk peserta yang bermula dari sifar, bootcamp
ini membolehkan mereka memperoleh dua pensijilan antarabangsa CompTIA (Jaringan+
dan Awan+), serta Azure Bersekutu Bertauliah Microsoft.
Gabungan
tiga pensijilan ini membuka pelbagai peluang kerjaya, termasuk sokongan IT,
jurutera jaringan, jurutera Meja Bantuan, selain laluan ke peranan lebih tinggi
seperti jurutera awan, jurutera jaringan tahap 2 atau pentadbir sistem.
Pensijilan
ini turut menjadi laluan kerjaya alternatif tanpa memerlukan diploma atau
ijazah dalam bidang IT, menjadikannya pilihan utama peserta baharu dan
pertengahan kerjaya.
Kurikulum
dibangunkan selaras keperluan industri memandangkan syarikat hari ini
bergantung sepenuhnya pada sistem rangkaian yang mantap.
Pada
masa sama, pertumbuhan data dan penggunaan aplikasi moden menjadikan pusat data
tradisional semakin mahal dan kompleks, mendorong lebih banyak organisasi
beralih kepada penggunaan awan. Peralihan ini melonjakkan permintaan terhadap
jurutera awan terlatih dan menjadikan pensijilan berkaitan antara yang paling
kritikal dalam proses transformasi digital negara.
Di
sepanjang program, peserta turut didedahkan kepada latihan industri dan
simulasi dunia sebenar bagi memastikan kesiapsiagaan memasuki pasaran kerja.
Pendekatan ini bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah membuka peluang
kepada bentuk pekerjaan fleksibel seperti freelancing dan konsultansi.
AI
Bootcamp & Pembelajaran Mesin yang
ditawarkan oleh Nexperts Academy turut tersenarai antara kursus paling tinggi
permohonan. Peserta mempelajari teknik analisis data, automasi dan pembangunan
penyelesaian berskala kecil, dan besar yang boleh diaplikasikan terus dalam
dunia sebenar.
Latihan
ini merangkumi kemahiran moden seperti pembangunan automasi, pemahaman model AI
dan pembinaan sistem yang mampu membuat keputusan berdasarkan input pengguna. Walau
bagaimanapun, AI hanya berfungsi mengikut parameter diluluskan pengguna seperti
ditetapkan oleh pemaju AI.
Ramai
peserta bukan IT mendapati kemahiran automasi meningkatkan prestasi kerja
harian mereka, mempercepatkan tugasan dan meningkatkan ketepatan produktiviti.
Golongan suri rumah yang ingin memulakan perniagaan kecil, misalnya, dapat
memanfaatkan teknik analisis data untuk menilai trend pasaran, membaca ulasan
produk dan mengenal pasti produk berpotensi tinggi - satu bentuk kreativiti
baharu yang membuka peluang pendapatan tambahan.
YBrs Encik Yash Sharma (kiri) bersama-sama YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani.
*****
Mengenai persoalan mengapa menjadi asas kalau boleh menjadi premium, Nazreen menjelaskan beliau percaya pendedahan kepada teknologi membolehkan individu menjadi lebih produktif, kreatif dan bernilai datam pasaran kerja moden.
“Bagi
profesional IT yang tidak memiliki pensijilan, program ini merupakan peluang
untuk keluar daripada perangkap kerjaya, memandangkan ramai yang kekal pada
tahap yang sama walaupun berpengalaman,” tambahnya.
Menurut
Nazreen lagi, pensijilan industri membuka laluan kepada kenaikan pangkat,
tawaran kerja baharu dan gaji lebih tinggi - faktor utama penyertaan peserta
dewasa, dan pertengahan kerjaya dalam program ini.
“Ramai
Bumiputera berpotensi besar, tetapi tiada akses kepada pensijilan teknologi
bertaraf global. Inisiatif ini membuka pintu kepada lebih ramai rakyat untuk
mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan kritikal industri di Malaysia
dan seluruh dunia,” ujarnya.
Dengan
inisiatif YP, tambah Nazreen, Experts Academy bukan hanya melatih peserta, tetapi
membantu mereka memasuki kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup, pendapatan dan
masa depan keluarga mereka.
Nexperts
Academy juga percaya pada kuasa potensi. Justeru, Program Geran Nexperts
diwujudkan untuk meningkatkan individu yang bermotivasi dengan menyediakan
mereka dengan sumber yang diperlukan untuk meneruskan pembelajaran lanjutan,
dan pembangunan kemahiran praktikal.
Misinya
adalah untuk menyokong bakat baharu muncul, iaitu mereka yang bersemangat untuk
berkembang, berinovasi dan memberi impak yang berkekalan dalam bidang mereka.
Sama ada anda seorang pelajar yang melangkah ke bab akademik baharu, atau
seorang profesional yang ingin meningkatkan kemahiran, geran ini sedia membantu
perjalanan anda.
Kepentingan
pembangunan bakat Bumiputera dalam pertumbuhan ekonomi digital negara ini turut
ditegaskan oleh Encik Vaheed.
Ekonomi
digital Malaysia, katanya, tidak dapat berkembang tanpa saluran bakat
Bumiputera yang mahir.
“Matlamat
kami mudah, iaitu membantu pelajar menjadi profesional bertauliah yang bersedia
untuk bekerja, relevan dengan industri dan mampu menyumbang kepada sektor
teknologi berpendapatan tinggi,” ujarnya.
Inisiatif
oleh YP ini, tambah Vaaheed bukan sahaja sekadar latihan, tetapi ia juga tentang
membina tenaga kerja masa depan yang dapat mengangkat martabat keluarga,
memperkukuh komuniti dan memperkasakan kemajuan Malaysia ke arah negara yang
dipacu AI.
Permohonan
bagi pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 5 Disember 2025.
Maklumat
kursus Nexperts Academy boleh disemak di halaman khas www.nexpertsgrants.com, manakala laman
rasmi akademi boleh dilayari di www.nexpertsacademy.com.
###
Maklumat
dan Permohonan:
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi
● enquiry@nexpertsacademy.com.
● WhatsApp +60 11 1221 6870 / +60 12 809 6872.
● https://www.nexpertsgrants.com /Laman Rasmi https://www.nextpertsacademy.com.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
Reviewed by Raja Yusoff
on
November 20, 2025
Rating: 5


.jpg)









