Dari kiri; Ybrs Cik Shaazani Abdul Ghani, YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani, Ybrs Encik Abdul Vaheed, YBrs Encik Yash Sharma, YBrs Encik Nikunj J Bhatiya, dan Ybrs Encik Samir Nijam Maniyar.

+++++



TEKNOLOGI

 

Kemahiran IT Masa Hadapan Memperkasakan Bumiputera

 

BERTEMPAT di premisnya di Unit 313, Block E, 9, Jalan 16/11, Pusat Perdagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya pada 20 November lalu, Nexperts Academy Sdn Bhd (Nexpert Academy) mengadakan sidang media rasmi.

 

Majlis tersebut menampilkan YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani, Pengarah merangkap Perunding Teknologi Maklumat Nexperts Academy, dan Ybrs Cik Shaazana Abdul Ghani, Pengurus Pemasaran Teknologi Nexperts Academy.


         

                YBrs Cik Shaazana Abdul Ghani (kanan).

                                                                       

                                                                         YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani (kiri).

                                                                        =====

Nexperts merupakan sebuah institusi latihan bertauliah di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bersempena dengan pelancaran rasmi program Pensijilan Profesional IT bertajaan Yayasan Peneraju (YP) bagi memperkasakan bakat Bumiputera dalam bidang teknologi digital.

 

Program ini membolehkan peserta Bumiputera layak mengikuti pensijilan profesional dalam bidang kecerdasan buatan & pembelajaran mesin (AIML), pengkomputeran awan (cloud computing), keselamatan siber, dan lain-lain - dengan pembiayaan yang disediakan oleh YP.

·         Peretas Etika Bertauliah EC-Council (EC-Council Certified Ethical Hacker - CEH).

·         Jaringan+ CompTIA (CompTIA Network+).

·         Awan+ CompTIA (CompTIA Cloud+).

·         Program Latihan Pelbagai Awan & Jaringan (Network & Multi-Cloud Training Programme).

·         Bootcamp AI & Pembelajaran Mesin (AI & Machine Learning Bootcamp).

 

Menariknya, pembiayaan ini boleh ditukar kepada tajaan penuh (biasiswa) sekiranya peserta mencapai 90 peratus kehadiran, dan lulus peperiksaan yang ditetapkan.

 

Turut hadir YBrs Encik Abdul Vaheed, Ketua Pegawai Eksekutif Nexperts Academy, YBrs Encik Yash Sharma (Jurulatih/Pengprogram), serta YBrs Encik Nikun J Bhatiya dan Ybrs Encik Nijam Maniyar (Jurulatih).

 

Selain Nazreen dan Shaazana, majlis sidang media berkenaan juga diisi oleh perkongsian alumni yang telah berjaya dalam kerjaya mereka selepas menamatkan program ini.

 

Sejak diperkenalkan pada Mac/Aprit 2025, inisiatif pembiayaan pendidikan oleh YP telah menjadi pemangkin penting dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi.

 

Menjelang penutupannya pada Disember 2025, program ini telah memberi peluang kepada Bumiputera berusia 16 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang, untuk mengikuti latihan profesional dalam bidang AI, ML, keselamatan siber, jaringan, dan pengkomputeran awan - bidang teras yang menggerakkan transformasi ekonomi digital negara.

 

Walaupun inisiatif ini berada dalam fasa penutupan, permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka. Nexperts turut menyediakan elaun latihan kepada peserta yang layak di bawah program ini.

 

Skim pembiayaan ini menawarkan mekanisme yang amat digalakkan peserta, termasuk 0 peratus bayaran balik (Silver-tier) apabila syarat dipenuhi. Bagi kursus yang mempunyai peperiksaan, pembiayaan menjadi tanpa bayaran balik apabila peserta mencapai kehadiran ditetapkan dan lulus peperiksaan.

 

Bagi kursus tanpa peperiksaan, pembiayaan bertukar kepada pembiayaan tanpa bayaran balik setelah peserta menamatkan keseluruhan kursus. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi YP.

 

Sebagai salah satu penyedia latihan dilantik (ALTI), Nexperts Academy yang beroperasi di Petaling Jaya, merupakan antara institusi yang menawarkan kursus berfokus industri di bawah inisiatif ini, selain universiti dan penyedia latihan lain. Peserta bebas memilih kursus dan penyedia latihan sebelum memohon pembiayaan melalui YP.

 

Permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang pengkomputeran awan, jaringan, AI, keselamatan siber dan analitik data terus meningkat seiring perkembangan teknologi. Banyak syarikat melaporkan kewujudan peluang pekerjaan, tetapi kekurangan bakat tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.

 

Dalam masa sama, risiko serangan digital semakin meningkat, menjadikan sektor keselamatan siber brada pada tahap paling kritikal.

                                                                                                                   

                                              

 Antara perkongsian oleh beberapa alumni yang telah berjaya dalam kerjaya mereka selepas menamatkan program.

                                                                               ++++

Sebagai sebahagian daripada penawaran, Nexperts Academy turut melatih peserta dalam Peretas Etika Bertauliah EC-Council (CEH), kursus keselamatan siber terkemuka dunia yang diiktiraf oleh EC-Council. Kursus ini memberi pendedahan mengenai teknik serangan sebenar, membolehkan peserta berfikir seperti penggodam bagi mengukuhkan pertahanan organisasi.

 

Keperluan ini semakin ketara selepas beberapa syarikat tempatan dilaporkan menjadi mangsa serangan perisian tebusan/pemeras, termasuk sebuah syarikat yang kehilangan data operasi sepenuhnya sebelum penyerang menuntut bayaran tebusan dalam bentuk mata wang kripto.

 

Situasi ini mengukuhkan keperluan melahirkan lebih ramai profesional keselamatan siber Bumiputera yang bersistem, dan terlatih.

 

Selain keselamatan siber, Program Latihan Pelbagai Awan & Jaringan Bootcamp oleh Nexperts Academy merupakan antara kursus paling popular di bawah pembiayaan YP.

 

Direka untuk peserta yang bermula dari sifar, bootcamp ini membolehkan mereka memperoleh dua pensijilan antarabangsa CompTIA (Jaringan+ dan Awan+), serta Azure Bersekutu Bertauliah Microsoft.

 

Gabungan tiga pensijilan ini membuka pelbagai peluang kerjaya, termasuk sokongan IT, jurutera jaringan, jurutera Meja Bantuan, selain laluan ke peranan lebih tinggi seperti jurutera awan, jurutera jaringan tahap 2 atau pentadbir sistem.

 

Pensijilan ini turut menjadi laluan kerjaya alternatif tanpa memerlukan diploma atau ijazah dalam bidang IT, menjadikannya pilihan utama peserta baharu dan pertengahan kerjaya.

 

Kurikulum dibangunkan selaras keperluan industri memandangkan syarikat hari ini bergantung sepenuhnya pada sistem rangkaian yang mantap.

 

Pada masa sama, pertumbuhan data dan penggunaan aplikasi moden menjadikan pusat data tradisional semakin mahal dan kompleks, mendorong lebih banyak organisasi beralih kepada penggunaan awan. Peralihan ini melonjakkan permintaan terhadap jurutera awan terlatih dan menjadikan pensijilan berkaitan antara yang paling kritikal dalam proses transformasi digital negara.

 

Di sepanjang program, peserta turut didedahkan kepada latihan industri dan simulasi dunia sebenar bagi memastikan kesiapsiagaan memasuki pasaran kerja. Pendekatan ini bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah membuka peluang kepada bentuk pekerjaan fleksibel seperti freelancing dan konsultansi.

 

AI Bootcamp & Pembelajaran Mesin yang ditawarkan oleh Nexperts Academy turut tersenarai antara kursus paling tinggi permohonan. Peserta mempelajari teknik analisis data, automasi dan pembangunan penyelesaian berskala kecil, dan besar yang boleh diaplikasikan terus dalam dunia sebenar.

 

Latihan ini merangkumi kemahiran moden seperti pembangunan automasi, pemahaman model AI dan pembinaan sistem yang mampu membuat keputusan berdasarkan input pengguna. Walau bagaimanapun, AI hanya berfungsi mengikut parameter diluluskan pengguna seperti ditetapkan oleh pemaju AI.

 

Ramai peserta bukan IT mendapati kemahiran automasi meningkatkan prestasi kerja harian mereka, mempercepatkan tugasan dan meningkatkan ketepatan produktiviti. Golongan suri rumah yang ingin memulakan perniagaan kecil, misalnya, dapat memanfaatkan teknik analisis data untuk menilai trend pasaran, membaca ulasan produk dan mengenal pasti produk berpotensi tinggi - satu bentuk kreativiti baharu yang membuka peluang pendapatan tambahan.

                                            

        YBrs Encik Yash Sharma (kiri) bersama-sama YBrs Puan Nazreen Begum Abdul Ghani.

                                                                                 *****

Mengenai persoalan mengapa menjadi asas kalau boleh menjadi premium, Nazreen menjelaskan beliau percaya pendedahan kepada teknologi membolehkan individu menjadi lebih produktif, kreatif dan bernilai datam pasaran kerja moden.

 

“Bagi profesional IT yang tidak memiliki pensijilan, program ini merupakan peluang untuk keluar daripada perangkap kerjaya, memandangkan ramai yang kekal pada tahap yang sama walaupun berpengalaman,” tambahnya.

 

Menurut Nazreen lagi, pensijilan industri membuka laluan kepada kenaikan pangkat, tawaran kerja baharu dan gaji lebih tinggi - faktor utama penyertaan peserta dewasa, dan pertengahan kerjaya dalam program ini.

 

“Ramai Bumiputera berpotensi besar, tetapi tiada akses kepada pensijilan teknologi bertaraf global. Inisiatif ini membuka pintu kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan kritikal industri di Malaysia dan seluruh dunia,” ujarnya.

 

Dengan inisiatif YP, tambah Nazreen, Experts Academy bukan hanya melatih peserta, tetapi membantu mereka memasuki kerjaya yang mampu mengubah taraf hidup, pendapatan dan masa depan keluarga mereka.

 

Nexperts Academy juga percaya pada kuasa potensi. Justeru, Program Geran Nexperts diwujudkan untuk meningkatkan individu yang bermotivasi dengan menyediakan mereka dengan sumber yang diperlukan untuk meneruskan pembelajaran lanjutan, dan pembangunan kemahiran praktikal.

 

Misinya adalah untuk menyokong bakat baharu muncul, iaitu mereka yang bersemangat untuk berkembang, berinovasi dan memberi impak yang berkekalan dalam bidang mereka. Sama ada anda seorang pelajar yang melangkah ke bab akademik baharu, atau seorang profesional yang ingin meningkatkan kemahiran, geran ini sedia membantu perjalanan anda.

 

Kepentingan pembangunan bakat Bumiputera dalam pertumbuhan ekonomi digital negara ini turut ditegaskan oleh Encik Vaheed.

 

Ekonomi digital Malaysia, katanya, tidak dapat berkembang tanpa saluran bakat Bumiputera yang mahir.

 

“Matlamat kami mudah, iaitu membantu pelajar menjadi profesional bertauliah yang bersedia untuk bekerja, relevan dengan industri dan mampu menyumbang kepada sektor teknologi berpendapatan tinggi,” ujarnya.

 

Inisiatif oleh YP ini, tambah Vaaheed bukan sahaja sekadar latihan, tetapi ia juga tentang membina tenaga kerja masa depan yang dapat mengangkat martabat keluarga, memperkukuh komuniti dan memperkasakan kemajuan Malaysia ke arah negara yang dipacu AI.

 

Permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 5 Disember 2025.


                                                 


Maklumat kursus Nexperts Academy boleh disemak di halaman khas www.nexpertsgrants.com, manakala laman rasmi akademi boleh dilayari di www.nexpertsacademy.com.

 

###

 

Maklumat dan Permohonan:

 

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi

  enquiry@nexpertsacademy.com.

  WhatsApp +60 11 1221 6870 / +60 12 809 6872.

  https://www.nexpertsgrants.com /Laman Rasmi https://www.nextpertsacademy.com.



 

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN


No comments:

Powered by Blogger.