Bufet Ramadan WTCKL Dibuka Bermula 7 Mac 2025
‘LAMAN TRADISI’
PADA 15 Januari lalu, berlangsung majlis pelancaran ‘Laman Tradisi’ Bufet Ramadan dan rebiu media di Tingkat 2, Pelantaran WTCKL.
‘Laman Tradisi’ adalah tema Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeriahkan kedatangan Ramadan 1446 Hijrah yang penuh barakah dengan bufet istimewa, dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari bermula jam 6 petang hingga 10 malam.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuklah YBrs Encik Hadi Wahab, Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL; YBhg Profesor Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, dan YBhg Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL.
YM Tengku Adnan Tengku Mansor, mantan Menteri Wilayah Persekutuan juga hadir menyaksikan majlis sebagai tetamu khas.
Majlis berkenaan turut diisi dengan tayangan video tanggungjawab sosial korporat (CSR) USIM, video Infaq Kasih 2024, penyampaian token bagi rakan-rakan kerjasama CSR, menandatangani plak antara Dato’ Sri Dr Irmohizam dengan Dato’ Ts Dr Sharifuddin, diakhiri prebiu Ramadan, dan makan tengah hari di Legar, WTCKL.
Mengenai Infaq Kasih untuk Syawal 1446/2025, pihak media diberitahu bahawa penganjur memfokuskan kepada golongan miskin bandar yang mendiami Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Mereka akan diraikan dalam majlis iftar khas pada 21 Mac 2025, iaitu kira-kira seminggu menjelang Syawal, di WTCKL.
Dalam hal menu Ramadan WTCKL pula, setiap hidangan yang disajikan diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul. Justeru, WTCKL dengan bangga mempersembahkan kehebatan pasukan kulinarinya, yang diketuai Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, bagi menyajikan hidangan istimewa yang pastinya akan membuka selera untuk berbuka puasa.
WTCKL menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini, dengan lima rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia.
Seleksi menu menampilkan ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang
minang; kambing goreng berempah; ketam masak Kam Heong; gulai kawah daging;
lala dan kerang masak sambal; kupang goreng lada hitam, dan sotong sambal
petai.
Terdapat juga 16 gerai yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa
merangkumi aneka sup berempah, aneka kerabu, kambing panggang, masakan barat,
rojak, apam balik, kudapan, dan pelbagai jenis minuman.
Tidak dilupakan hidangan paling popular WTCKL yang sentiasa menjadi
pilihan tetamu setia, iaitu bubur lambuk istimewa WTCKL.
Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati menampilkan Nasi
Kandar Saddam yang cukup popular di Kuala Lumpur. Ia menjadi sebahagian
daripada hidangan istimewa Ramadan dengan ayam goreng bawang, dan daging masak
hitam yang menyelerakan, dihidang bersama-sama telur rebus, dan sayur pilihan. Selain
itu, menu istimewa dengan Nasi Mandy dan Kunafa dari Restoran Mandy Al Yemen.
Harga bufet Ramadan dengan promosi Early
Bird akan dijual pada harga RM118 nett seorang, manakala harga asal bufet
ramadan Laman Tradisi adalah RM148 nett seorang. Bagi warga emas dan
kanak-kanak harga standard, iaitu RM85 nett seorang.
Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran
Riverside, atau hubungi talian 03 2614 6701/6702, ataupun klik pada pautan
berikut https://riverside.wtckl.com/.
Jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL
turut menawarkan pilihan pakej berbuka puasa korporat untuk dewan banquet.
Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP,
pentas, sistem pembesar suara, dan skrin LED. Harga bermula RM158 nett dengan
minimum 200 pek.
Paling istimewa, WTCKL menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan
selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta imam
yang mengetuai solat jemaah maghrib, isyak dan tarawih.
Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat letak kereta semasa Ramadan
dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Raikan Ramadan Lestari Bersama WTCKL Eksklusif pada Ramadan ini, raikan
bulan suci ini dengan lebih lestari dengan Tiffin
Carrier WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm
manakala saiz besar berdimensi 16 sentimeter pada harga RM79.
Setiap tahun WTCKL turut mempunyai edisi terhad yang juga bersaiz 12
sentimeter pada harga RM69 sahaja. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh
membawa pulang makanan bufet Ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan
menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk
bersahur.
Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu siri Generic,
siri Ramadan, dan siri Batik.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Hadi Wahab menerusi talian 012-7890129 WTCKL
hadi@wtckl.com, atau
Syalikha, Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL menerusi talian 017-3393583
syalikhawtckl.com, www.worldtradecenterkl.com.
WTCKL merupakan Ahli Akreditasi
Premier World Trade Centers Association (WTCA) vang merupakan pusat Acara
Perniagaan terkemuka Malaysia.
Terletak di kawasan strategik
di Kuala Lumpur, WTCKL menawarkan kemudahan tanpa tandingan yang direka khas
bagi hubungan global dan kemajuan ekonomi. Infrastruktur modennya termasuk
dewan pameran yang luas, bilik persidangan yang serba guna serta pejabat yang
mempunyai khidmat moden, memenuhi pelbagai keperluan perniagaan dan mendorong
inovasi.
Selain kemudahan fizikal, WTCKL
menyediakan perkhidmatan perdagangan menyeluruh yang merangkumi perhubungan
perniagaan dan acara rangkaian, semua bertujuan untuk meningkatkan hubungan
perniagaan global dan memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila
layari www.worldtradecenterkl.com.
- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: