=========================================================================

MYDIN Lancar Kongsi Meriah Semarakkan Semangat Perpaduan

TAHUN BAHARU CINA 2025

 

BERSEMPENA dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2025 pada 29 dan 30 Januari nanti, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan Kempen Kongsi Meriah, yang menawarkan promosi penjimatan, peraduan menarik, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

 

Kesemuanya tersenarai di sepanjang Kempen Kongsi Meriah 2025 yang berlangsung dari 1 Januari sehingga 12 Februari.

 

Perasmian kempen yang berlangsung meriah itu telah disempurnakan oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya di MYDIN Subang Jaya pada 16 Januari lalu.

                                                                                                                           YB Michelle Ng, ADUN Subang Jaya.

=========================================================================

Turut hadir YBrs Encik Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad (The Star), dan YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

 

Selain ucapan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer, Encik Seng Fatt, dan Michelle Ng, majlis berkenaan turut diisi dengan penyerahan sumbangan MYDIN Prihatin Kongsi Rezeki, sesi bergambar, lawatan Michelle, Seng Fatt, Ameer dan tetamu jemputan lain ke tapak ‘Snake Ladder Game’, dan pengagihan lokam.

 

Dalam ucapannya, Ameer menyatakan kempen ini menjadi manifestasi MYDIN sebagai syarikat tempatan yang sentiasa komited dalam menyemarakkan semangat perpaduan, dan

keharmonian merentasi pelbagai kaum, di samping menawarkan pelbagai promosi barangan, peraduan dengan ganjaran hebat, serta aktiviti menarik di sepanjang kempen berlangsung.

 

Signifikan dengan tahun ular, katanya lagi, MYDIN bersama-sama The Star turut menampilkan permainan yang cukup menarik dan kreatif, iaitu ‘Snake Board Game’ di mana peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan, dan pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards.

                                                                                                              

        YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

========================================================================

“Selain itu, 10 individu bertuah juga berpeluang memenangi ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880. Meneruskan tarikan kempen seperti tahun sebelum ini, 28 pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM118, di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang memenangi persembahan tarian singa secara percuma di rumah,” tambah Ameer.

 

Selain itu, beliau memberitahu pemegang kad MERIAH juga akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s dan Sensodyne.

 

“Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay akan menerima kredit sebanyak RM8. Pengguna aplikasi tersebut yang berbelanja sebanyak RM80 melalui aplikasi berkenaan juga akan menerima pulangan tunai bernilai RM8,” jelas Ameer.

 

Tambah beliau, sudah menjadi kelaziman MYDIN membantu golongan yang kurang bernasib baik, khususnya ketika tiba musim perayaan.

 

“Oleh itu, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin meneruskan program Kongsi Rezeki 2025 bagi 500 keluarga golongan B40 berbangsa Cina, yang telah dikenal pasti dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Hari ini, bantuan kotak makanan serta baucar tunai diberikan kepada sebahagian keluarga sebagai membantu persiapan mereka menjelang perayaan ini,” ujar Ameer lagi.

 

Sambil mengucapkan selamat menyambut tahun baharu Cina 2025 mewakili MYDIN, beliau turut menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan strategik seperti Abbot, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyen, dan juga The Star.

 

Ameer berharap sambutan tahun ini menjadi wadah kita rakyat Malaysia untuk kekal harmoni, dan saling menyemarakkan semangat muafakat.

 

Selain mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina, Michelle dan Seng Fatt gembira dapat terlibat memberikan sumbangan bermakna kepada mereka yang terlibat untuk menyambut 'hari besar' dengan gembira sewajarnya.

                                                                                    

========================================================================= 

Dalam ucapan masing-masing, mereka sama-sama mengharapkan keadaan yang lebih baik dapat dinikmati semua rakyat setempat, khasnya dan Malaysia, amnya.



YB Puan Michelle Ng Mei Sze (baju merah) turut mencuba permainan ‘Snake Ladder Game’.

=========================================================================



Gimik perasmian Kempen Kongsi Meriah oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze (tengah) bersama-sama YBrs Encik Chan Seng Fatt, dan YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin (kanan).

=========================================================================



YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin (baju batik) turut mencuba permainan ‘Snake Ladder Game’.

=========================================================================



YB Puan Michelle Ng Mei Sze (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

=========================================================================


Persembahan tarian singa turut memeriahkan majlis perasmian Kempen Kongsi Meriah pada 16 Januari lalu.

=========================================================================

Sebarang maklumat lanjut mengenai Kempen Kongsi Meriah 2025 boleh didapati dengan mengunjungi laman media sosial, atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my


-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN



Leave a Comment

No comments:

Powered by Blogger.