Filem - Avengers Infinity War

GABUNGAN ADIWIRA DIBELASAH

Watak Thanos, pemerintah zalim dari Titan dalam filem sekuel adiwira, ‘Avengers: Infinity War’, yang sasa gagah perkasa, dipegang oleh Josh Brolin, anak aktor terkenal ‘Hollywood’era 80-an, James Brolin.
James dan Josh dikenali sebagai pelakon watak protagonis, walaupun memegang watak pembantu. Watak protagonis biasanya tidak mati meskipun tewas terlebih dahulu.
Dua tahun selepas Avengers terbubar dalam ‘Captain America: Civil War’(2016) dan kemusnahan Asgard, Thanos serta anak-anak angkatnya, Cull Obsidian (Terry Notary), Ebony Maw (Tom Vaughan-Lawlor), Proxima Midnight (Carrie Coon), dan Corvus Glaive (Michael James Shaw) yang gagal dihalang oleh Heimdall (Idris Elba), Bruce Banner/Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth) dan adiknya, Loki (Tom Hiddleston), mendatangi bumi untuk memungut kesemua batu infiniti – batu angkasa lepas (daripada Loki), batu jiwa, batu kenyataan, batu masa, daripada Stephen Strange/Dr. Strange (Benedict Cumberbatch), serta batu pemikiran, daripada Vision (Paul Bettany), dan Wanda Maximoff/Scarlett Witch (Elizabeth Olsen) bagi memenuhi impian memiliki kuasa, serta menguasai planet tersebut.
Avengers mesti bersatu semula dan bergabung dengan ‘Guardians of the Galaxy’ untuk menghalang niat Thanos itu yang turut memusnahkan sebahagian alam semesta.Thanos tetap utuh walaupun dikeronyok oleh kira-kira 20 orang adiwira, yang diketuai Tony Stark/Iron Man (Robert Downey Jr.), serta Dr. Strange, Wong (Benedict Wong), dan Hulk yang memberitahu Strange di Sanctum Sanctorum tentang kedatangan antagonis itu.
Selepas Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), gabungan itu disertai ketua Avengers, Steve Rogers/Captain America (Chris Evan), Natasha Romanoff/Black Widow (Scarlett Johansson), dan Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie) yang menyelamatkan Vision dan Maximoff, keduanya ahli Avengers, daripada serangan hendap Midnight dan Glaive di Scotland; James ‘Rhodey’ Rhodes/War Machine (Don Cheadle), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman) – dengan bantuan adiknya, Shuri (Letitia Wright); ketua Dora Miljae, Okeye (Danai Gurira), dan ketua suku gunung Wakanda, Jabari, iaitu M’Baku (Winston Duke), serta Eitri (Peter Dinklage), dan Rocket Racoon (Bradley Cooper) sebelum Thor yang disangka telah mati muncul semula bersama-sama kapak-tukul sakti ciptaan Eitri, Stormbreaker, setelah tukulnya, Mjolnir musnah di Ragnarok (Thor diselamatkan oleh Guardians of the Galaxy).
Thanos masih hidup walaupun dadanya ditembusi Stormbreaker. Menariknya, permulaan dan penamat ‘Avengers: Infinity War’ memaparkan pertarungan Thanos dan Thor. Cuma, Thor hampir melunasi dendam/memenuhi tekadnya. Thanos tidak mati kerana terlalu gagah selepas memiliki kesemua batu infiniti, termasuk batu pemikiran, yang terakhir dirampas daripada Vision, dan Maximoff. Namun demikian, para peminat jangan kecewa kerana filem ini ada sekuel yang dijangka menjengah pawagam mulai 3 Mei 2019.
Selepas menghilang ke planet lain, Thanos sembuh dan berpuas hati. Walau bagaimanapun, tubuh Wilson, T’Challa, Parker, Strange, Vision, dan Maximoff menjadi debu.
Tubuh ketua Guardians of the Galaxy, Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), serta anak-anak buahnya, Drax the Destroyer (Dave Bautista), Bucky Barnes/White Wolf (Sebastian Stan), Mantis (Pom Klementief), dan Groot (Vin Diesel – membuat hulu Stormbreaker) juga melebur. Dua orang lagi ahli, Nebula (Karen Gillan – juga anak angkat Thanos yang membesar dengan Gamora), dan Rocket, terselamat.
Quill mendendami Thanos kerana membunuh kekasihnya, Gamora (Zoe Saldana). Gamora ialah anak angkat Thanos yang terpaksa dikorbankan untuk memperoleh batu jiwa. Melebur itu menandakan mereka ditawan oleh Thanos.
Adiwira-adiwira yang terselamat bagaimanapun, terpisah. Nebula dan Stark terdampar di Titan, sementara Rogers, Thor, Banner, Romanoff, Rhodes, Rocket, Okoye, dan M’Baku berada di Wakanda.
‘Avengers: Infinity War’ tidak hanya filem adiwira penuh aksi, tetapi lambakan adiwira seperti yang pengkritik sentuh. Durasi hampir dua jam setengah tidak cukup memberi keseimbangan kepada semua adiwira.Wilson dan Rocket misalnya, kurang ditampilkan.
Banyak unsur jenaka dalam dialog, perbuatan dan situasi menimbulkan pertanyaan adakah filem ini bercorak aksi komedi. Dalam durasi 149 minit dan menelan kos $300-$400 juta (antara filem paling mahal), gelagat adiwira, terutama semasa bertemu kali pertama, menggelikan hati. Disengajakan? Kekecewaan Banner kerana gagal menjadi Hulk turut melucukan. Mengapa Hulk ‘bersembunyi’, kecuali pada permulaan filem sebelum ditewaskan oleh Thanos, dan kembali ke bumi dengan kuasa Bifrost oleh Heimdall?
Namun demikian, selain ‘pecah panggung’, ia mendapat ulasan positif pengkritik, yang menggelarkannya sebagai ‘klasik lambakan’, serta memuji para pelakon (terutamanya, Josh), kesan visual, dan kisah penuh emosi, meskipun durasinya wajar lebih panjang, serta beberapa watak dikritik.

No comments:

Powered by Blogger.