Ustaz Don Daniyal (kanan) menyampaikan pengisian rohani sebagai antara sesi menarik program Raikan Kasih Adina AlKhair 2025.
PENDIDIKAN
Adina AlKhair Malaysia Eratkan Komuniti,
Beri Harapan Kanak-Kanak Pesakit Kanser
DENGAN sokongan padu rakan-rakan
kerjasama dan komuniti setempat, Adina Charity Circle bersama-sama Persatuan
Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam dan AlKhair Malaysia, menganjurkan ‘Raikan
Kasih Adina AlKhair 2025’, pada 14 Disember lalu di Pentas Utama, Kompleks PKNS,
Shah Alam.
Dari kiri; Azan Addin dan Pot Amir Innuendo turut hadir menyumbang masa, bakat dan sokongan moral kepada Raikan Kasih Adina AlKhair 2025 secara sukarela.
‘Raikan
Kasih Adina AlKhair 2025’ merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan yang mahu menyokong
pesakit kanser kanak-kanak menerusi sumbangan keperluan asas, serta sokongan
emosi.
Berlangsung
dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, program tersebut merupakan kemuncak
pada Projek Pengumpulan Diapers untuk
Kanak-Kanak Kanser (Diapers Donation Drive)
yang telah dilaksanakan selama 14 hari.
Jumlah
keseluruhan kutipan lampin pakai buang yang berjaya dikumpulkan turut diumumkan
kepada orang ramai sebagai lambang solidariti, dan keprihatinan masyarakat
terhadap perjuangan kanak-kanak pesakit kanser.
Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri program Raikan Kasih Adina Alkhair 2025 di Kompleks PKNS pada 14 Disember lalu.
‘Raikan Kasih Adina AlKhair 2025’ antara lain diisi dengan aktiviti kanak-kanak bermula jam 10.30 pagi, diikuti majlis penyampaian sumbangan lampin pakai buang, dan susu bernutrisi kepada kanak-kanak kanser, serta sesi penghargaan khas kepada rakan-rakan kerjasama yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Ustaz Don Daniyal (kanan) menyampaikan pengisian rohani sebagai antara sesi menarik program Raikan Kasih Adina AlKhair 2025 di Kompleks PKNS pada 14 Disember lalu.
Program
tersebut turut diserikan dengan pengisian rohani oleh Ustaz Don Daniyal, serta
persembahan istimewa oleh Azan Addin, Pot Amir Innuendo dan Radhi Khalid, yang
hadir menyumbang masa, bakat dan sokongan moral secara sukarela.
Pihak
penganjur mengucapkan penghargaan tinggi dan ucapan terima kasih kepada semua
rakan kerjasama, iaitu Cinta Gaza Malaysia, Ajwa Bakery, Biofitrah, Badan
Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT), Pertubuhan KAB, Yayasan EZ Prihatin,
Pertubuhan Kebajikan Sedulur, Rumah Ngaji Mekah, HUMAM Relief, Merryah Kitchen,
The Charms Team, Grads, Mydin Mart Seksyen 13, serta Kumpulan Ibu Bapa dan
Sokongan Kanak-kanak Kanser (Kids), para sukarelawan dan penyumbang individu
yang telah menyumbang tenaga, kepakaran dan kepercayaan, yang menjadi tulang
belakang kejayaan program.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
-














