Dari kiri; YBhg Puan Sri Datuk Hajah Zabedah Hj Abdullah, YDH Che Puan Tengah Dato' Indera Hjh Rohaya Dato' Hj Abd Rahim, YBrs Dr Hjh Wan Fauziah Meor Yahaya, YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, YM Tengku Sepachendra Tengku Abd Rashid, dan YM Dato' Tengku Shireen bt Almarhum Dato' Paduka Tengku Suleiman.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
=======================================

ADDIN

 

LKPIM Perkukuh Usaha Tingkatkan Taraf Hidup Wanita Dengan Penghayatan Islam

 

SELARAS dengan penubuhannya 64 tahun lalu, Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Malaysia (LKPIM) kekal komited memperkukuh usaha meningkatkan taraf hidup wanita melalui penghayatan Islam.

 

Penubuhan LKPIM diasaskan oleh Yang Maha Mulia Almarhumah Tunku Puan Besar Kursiah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Permaisuri Agong yang pertama di Malaysia pada 17 Oktober 1961.


YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH, DKYR, SHMS, SSDK, PSM, PAT, JP Hon PhD (UUM), Hon PhD (KUIN), HonPhD (UPNM), Tunku Temenggong Kedah.

###################################################################################

Dalam sidang media di Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur pada 16 Februari 2025, YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH, DKYR, SHMS, SSDK, PSM, PAT, JP Hon PhD (UUM), Hon PhD (KUIN), HonPhD (UPNM), Tunku Temenggong Kedah menitahkan agar LKPIM terus bergerak menurut landasan yang ditetapkan dalam perlembagaan.

 

Ini menyaksikan gerakan massa kepimpinan di seluruh negara yang terdiri daripada 15 perhubungan negeri, 70 daerah, dan 103 cawangan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebahagian daripada ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, dan wakil media yang menghadiri majlis. 

##########################################

Antara 15 kepimpinan LKPIM pada peringkat perhubungan negeri termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Sabah - Cawangan Tawau.

 

Harapan besar itu tidak mustahil dipenuhi. Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz yakin dengan kekuatan ahli yang aktif seramai 22,150 orang, LKPIM akan mampu terus melakar sejarah yang membanggakan dalam usaha menaiktaraf kehidupan wanita Islam dari aspek pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan hidup.



YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan titah ucapan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selaras Fasal 5 tujuan penubuhan LKPIM, terdapat 10 perkara yang harus dicapai, iaitu:

-         meninggikan taraf kebajikan, serta membaiki mutu kehidupankeluarga dan masyarakat Islam.

-         mempertahankan hak-hak perempuan Islam.

-         mengadakan beberapa aktiviti yang akan membawa kepada perkembangan intelek, dan penghayatan ajaran Islam.

-         memberi sumbangan pendidikan, akhlak, rohani dan jasmani wanita Islam.

-         menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahli dalam apa juga bidang yang difikirkan sesuai.

-         menjalankan kerja-kerja kebajikan bagi faedah mereka yang kurang kemampuan, dan mereka yang ditimpa kemalangan tanpa menjalankan kegiatan bagi pertubuhan faedah bersama yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta Penubuhan 1966.

-         menjadikan sebuah pusat bagi menyuarakan hak-hak tertentu bagi perempuan-perempuan Islam mengikut landasan yang ditentukan oleh agama Islam.

-         bergabung atau menjalankan pertalian erat dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang bertujuan serupa dalam atau di luar Malaysia, serta bekerjasama dengan kerajaan pusat, dan badan-badan berkanun bagi kepentingan masyrakat, dan agama Islam.

-         menggemblengkan tenaga dan daya usaha untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

-         mengumpulkan dana bagi membiayai aktiviti lembaga.


YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri sekali) semasa sesi sidang media.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keberkesanan organisasi menghadapi dunia yang semakin global, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz turut menitahkan agar setiap peringkat kepimpinan LKPIM menguasai teknologi dengan memanfaatkan platform digital, dan media sosial untuk meningkatkan kesedaran, menjalankan kempen derma dalam talian, dan membangunkan aplikasi atau laman web interaktif yang memudahkan penyertaan program, dan kebajikan.

 

Amalan ini bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan pengurusan, tetapi juga membantu LKPIM meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, dan agihan bantuan.

 

Beberapa inisiatif berterusan turut diketengahkan untuk 2025 ini. Antaranya:

i)                    Projek Teratak Warga Emas Inisiatif ini menawarkan persekitaran yang selesa dan berkualiti bagi warga emas yang terabai, dan memerlukan tempat perlindungan. Kira-kira RM800,000 telah berjaya dipungut hasil usaha berterusan kepimpinan LKPIM melalui majlis amal, dan sumbangan orang ramai serta hasil pendapatan daripada sewaan bilik Teratak Warga Emas. Hasilnya, sebuah banglo satu tingkat berjaya dibeli di Sungai Petani, Kedah dan pelancarannya akan dibuat sebelum akhir 2025.

ii)                   Penyewaan Bangunan & Bilik yang lebih selesa - Inisiatif ini menyediakan kemudahan sewa bilik yang lebih mesra pengguna di Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah untuk pelajar atau kaum wanita. Inisiatif ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan LKPIM.

iii)                 Bantuan Kebajikan - Tahun lalu, antara misi besar yang disertai ialah misi bantuan pasca banjir di Kedah, Kelantan dan Terengganu. LKPIM telah menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, pakaian wanita, dan tenaga pembersihan.

iv)                 Visi Lima Tahun - Kepimpinan LKPIM sedang merangka pelan strategik bagi memperkukuh peranan LKPIM dalam membela kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat. Selain itu, kerjasama strategik juga sedang dipergiatkan dengan pelbagai pihak bagi memastikan impak program kebajikan yang dijalankan.

 

Dengan bantuan liputan media yang meluas, LKPIM berharap usaha ini dapat menarik lebih ramai rakan strategik, termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, serta individu prihatin yang ingin turut serta dalam usaha membantu masyarakat.

 

Justeru, LKPIM akan dapat terus memperkasakan peranan dan tanggungjawabnya dalam memperjuangkan kebajikan wanita di Malaysia.

 

Sementara itu, dalam ucapan sebagai Yang Dipertua LKPIM, Tunku Puteri Intan Safinaz menganggap majlis makan dan beramah mesra yang diadakan, menjadi sebuah platform istimewa untuk semua ahli tambah mengeratkan ikatan persaudaraan yang telah lama terjalin.

 

“Dalam suasana santai dan mesra ini, kita berpeluang untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berharga, sambil memperkukuh hubungan antara negeri,” titah baginda.

 

Tunku Puteri seterusnya bersyukur LKPIM memiliki 15 Perhubungan Negeri (PN) yang terdiri daripada 70 Daerah dan 103 Cawangan di mana jumlah keseluruhan ahli adalah sebanyak RM22,150. Cawangan Sandakan akan dibuka dan dirasmikan dalam masa terdekat.

 

“Saya yakin majlis ini bukan sahaja memberi ruang untuk kita berehat seketika daripada tuntutan tugas seharian, tetapi juga untuk tambah mengeratkan kerjasama dalam usaha memperkasakan LKPIM menjalankan karja-karja kebajikan, serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan,” tambah baginda.

                                         

YTM Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz (duduk) turut sudi merakamkan kenangan bersama-sama wakil media yang hadir.

=========================================================================

Sambil mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada hadirin, Tunku Puteri menegaskan semua orang membawa wawasan dan aspirasi yang berbeza, tetapi bermatlamat serupa untuk meningkatkan kesejahteraan, dan meningkatkan taraf hidup wanita di seluruh dunia.

 

Baginda berharap majlis yang diadakan ini dapat mengukuhkan hubungan sedia ada, serta memberi inspirasi dan motivasi kepada semua ahli untuk terus maju dalam segala usaha yang dilakukan dalam LKPIM.

 

Turut hadir YBhg Puan Sri Datuk Hajah Zabedah Hj Abdullah, Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka; YDH Che Puan Tengah Dato’ Indera Hjh Rohaya Dato’ Hj Abd Rahim, Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang; YBrs Dr Hjh Wan Fauziah Meor Yahaya, Setiausaha Agung Kehormat LKPIM; YM Tengku Sepachendra Tengku Abd Rashid, Bendahari Agung Kehormat LKPIM; YM Tengku Sepachendra Tengku Abd Rashid, Bendahari Agung Kehormat LKPIM; YAM Tunku Datin Annie Daklah Almarhum Tuanku Munawir, Naib Yang Dipertua I LKPIMdan YM Dato' Tengku Shireen Almarhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman, Naib Yang Dipertua II LKPIM. 

-         disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 * kredit foto Hanif Ariffin

 


Leave a Comment

No comments:

Powered by Blogger.