MASUK ke bulan kedua 2025, Yayasan Wilayah Persekutuyan (YWP) meneruskan komitmennya dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, serta membantu golongan kurang kemampuan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik.
Sehubungan itu, bertempat di Ruang Mayor's Courtyard, Lot 11 Jalan Tangsi, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, YWP mengadakan Majlis Penyerahan Dermasiswa IPTA YWP Tahun 2025 pada 16 Februari.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dr Abdul Basir V Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP.
YBhg Dr Abdul Basir V Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP menyempurnakan penyerahan.
=========================================================================
Turut hadir YB Ir Ts Tuan Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju; serta YBrs Tuan Muhamad Mustafa Ghazanfar dan YBrs Puan Rohani Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP; YBrs Cik Nur Qistina Md Yusof, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan pelbagai agensi lain. Tuan Zahir juga adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP.


Program Dermasiswa IPTA YWP merupakan salah satu inisiatif YWP dalam usaha membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Skim ini merangkumi pelajar pada peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang bertujuan memastikan mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan dalam menampung kos sara hidup, dan yuran pengajian.
Pada tahun ini, seramai 103 pelajar IPTA telah menerima manfaat daripada skim ini, dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM257,000. Setiap penerima menerima sumbangan antara RM2,000 hingga RM3,000 secara one-off.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan YWP dalam membangunkan modal insan berkualiti dan berdaya saing, selaras dengan komitmen YWP sejak penubuhannya pada 1986 dalam menyokong inisiatif pembangunan sosial, pendidikan, dan kebajikan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Selain Dermasiswa IPTA, majlis ini turut menyaksikan penyampaian bantuan di bawah Skim Prihatin YWP, iaitu bantuan khairat kematian kepada waris ahli Skim Prihatin.
Sejak dilancarkan pada 2012, skim ini telah memberi manfaat kepada 4,621 individu. Pada majlis yang sama, seramai 15 waris telah menerima bantuan berjumlah RM13,500 sebagai sebahagian daripada usaha YWP meringankan beban kewangan waris dalam mengurus pengebumian dan hal-hal berkaitan.
Sehubungan itu, YWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DBKL, Pusat Pengurusan Zakat-PPZ, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-JPWPKL, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan-MAIWP, serta semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis, termasuk pihak media yang turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan inisiatif ini kepada masyarakat.
-
disesuaikan untuk
siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: