Dari kiri; YBhg Prof Dato’ Dr Norbik Bashah Idris, Datuk Azman Bidin, dan Datin Raskidah Ali bersama-sama Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena (dua dari kiri)
PELANCONGAN
Perasmian Norras Travel &
Tours Sdn Bhd yang Membawa Kita Banyak ‘Berjalan’
YBHG Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri
menyempurnakan perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd (NTSB) di Hotel
Grand Barakah, Ampang pada 18 April 2025.
Sesi
tersebut diadakan bersempena dengan majlis Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri,
anjuran Koperasi Norras Berhad (KBN).
Majlis
yang ditaja bersama oleh NTSB, Ihsan Ifintech Sdn Bhd, dan NB Holdings Sdn Bhd
itu turut dihadiri YBhg Prof Dato’ Dr Norbik Bashah Idris, Pengerusi KBN; YBrs
Puan Ayumi, wakil NTSB; YBhg Datin Raskidah Ali, pengasas Dewan Perniagaan
Wanita Islam Malaysia dan pengasas Trishya & Co, serta Lovena, Duta NTSB.
Menurut
Ayumi, NTSB menawarkan lebih 50 destinasi percutian dari dalam negara dan luar
negara dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga boleh menghubungi mereka
untuk memilih bajet sendiri.
Mengenai pakej luar negara, katanya, NTSB menawarkan pelbagai pakej antarabangsa, dalam usaha memenuhi misi dan visi syarikat.
YBhg Datin Raskidah Ali bersama-sama sahabat yang hadir, antaranya artis veteran, Maria Arshad (kiri sekali, pakaian oren).
======
“Misi
dan visi kami adalah memberikan pengalaman perjalanan yang tidak akan dilupakan,
dan menjadi peneraju dalam industri pelancongan,” ujar Ayumi.
Dalam
ucapannya, beliau mengumumkan pakej perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada 22 Mei
nanti, sambil menawarkan harga diskaun sehingga jam 6 petang 18 April 2025.
Datuk
Azman pula dalam ucapan ringkas beliau, mengucapkan tahniah kepada NTSB dan
berharap syarikat berkenaan akan terus maju hasil sokongan semua.
Sementara
itu, Datin Raskidah begitu teruja semasa memperkenalkan Lovena kepada pihak
media. Sebagai permulaan, katanya, anak kecil berusia enam tahun itu akan
terbabit dalam TikTok mempromosikan Aceh.
Tarian Aceh sebagai tarian pembukaan majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri pada 18 April 2025.
“Sebelum
ke Pakistan dan Switzerland, kita bermula dengan Aceh. Lovena akan ‘membintangi’
TikTok bermain bersama-sama ikan lumba-lumba, dan snorkel,” jelas beliau.
Selepas
tragedi tsunami besar, tambah Raskidah, laut di perairan Aceh memang sangat
bersih dan jelas hingga ke dasar. Memang sesuai untuk aktiviti snorkel.
“Saya dan Novena akan ke sana pada 24 April ini. Lovena juga nanti akan dibawa menunaikan umrah, sambil mempromosikan jubah kanak-kanak,” ujar beliau.
Bukan
sekadar mempromosikan Aceh, tambah Raskidah, kunjungan mereka akan turut memberikan
penghormatan kepada mangsa tsunami.
“Aceh
selepas tsunami memang luar biasa. Kami akan menaiki feri ke Pulau Sabang yang
mirip Maldives. Ia belum diterokai. Untuk perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada
22 Mei nanti, ramai yang telah membuat tempahan,” jelas Raskidah.
Selama kira-kira empat jam, Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri dimulakan oleh nyanyian pembukaan dengan lagu Raya oleh Jen Retno, bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Dato’ Dr Norbik, tarian pembukaan oleh kumpulan dari Aceh, persembahan santai/muzik Raya melibatkan tetamu jemputan dan pihak media, selain sudah pastinya jamuan Raya.
Datin Raskidah Ali (kiri) bersama-sama Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena berusia enam tahun, dan ibu Lovena.
==================
Pelakon
veteran Maria Arshad turut menghadiri acara yang dikendalikan oleh Jen sebagai
pengacara, dan Sdr Mazli (pemuzik yang meniup seksofon).
Haqiem
Rusli juga hadir, tetapi penyanyi muda popular itu hanya hadir tanpa tampil di
pentas menyanyi.
+++
untuk keterangan lanjut, sila hubungi +01 234567890 dan +09 876543210, serta test@norrastravelandtours.com.
- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: