EKONOMI
ANGKASA
Selangor Raikan Syawal 1446H, Hargai Rakan Strategik
YBhg
Dato’ Hj Mohd
Alias Hamzah, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, para penaja,
para ahli dan keluarga, serta wakil media yang sudi menghadiri Majlis Sambutan
Aidilfitri ANGKASA Selangor Bersama Rakan Strategik 2025/1446H pada 23 April
lalu.
Kira-kira 20,000 orang menghadiri majlis yang
diadakan di Dewan Serbaguna MBPJ SS3, Jalan SS 3/5, Kelana Jaya itu.
Turut hadir YBhg Datuk Seri Dr Abdul Fattah
Abdullah, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden International Cooperative
Alliance Asia and Pacific.
Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Dr Abdul
Fattah turut menyampaikan sijil penghargaan lepada wakil-wakil Rakan Strategik ANGKASA
Selangor, dan penaja yang hadir.
YBhg Dato’ Hj Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Selangor.
Antara mereka termasuklah YBhg Dato’ Mohamad
Khafey Ikhwan Abdul Latif dari KOP Eco Venture Selangor Bhd; YBhg Dato’ Sri
Chang Kok Meng, KOP Perdagangan Perindustrian Malaysia Bhd), YBhg Dato’
Anantharaj Appanan dan YBrs Encik Razi Pahlavi (Koperasi Xanderia Selangor Berhad),
YBrs Hj Rusly Nasution/Dato’ Hj Mohd Alias (KOP Alumni Hj Selangor Bhd), YBrs
Encik Mohd Fauzi Zailan (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Kota Kemuning Bhd),
YBrs Puan Suraya Ishak (KOP SMK Bukit Rahman Putra Bhd), dan YBrs Encik Badli
Sham Abu Bakar (Bank Rakyat Cawangan Kelana Jaya).
Sementara itu, YBhg Datuk Mohd Zamri Mazleh
dari Axia Saujana Sdn Bhd diwakili kakitangannya.
Wakil-wakil lain adalah YBrs Puan Halwa Fathi
(Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP MRSM Sungai Besar Bhd), YBrs Puan Nor Zakiah
Yahaya (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Subang Bestari Shah Alam Bhd), YBrs
Puan Hajah Noor Hayati Embong (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Saujana
Utama Sg Buloh Bhd),YBrs Dr Paiman Bawon (KOP Universiti Putra Malaysia Bhd),
YBrs Puan Che Al Mahera Che Ibrahim (Al Mahera & Co), YBrs Puan Rose Aliza
Sutrisno (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Perimbun Bhd), dan YBrs Encik
Salmi Rosli (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Taman Melawati Bhd).
###
Walau bagaimanapun, YB Dr Mohammad Fahmi
Ngah, Ahli Dewan Negeri Setia tidak dapat hadir.
Menariknya juga, majlis sambutan Raya
tersebut turut menyaksikan pengumuman filem Melayu tempatan berjudul Indera, yang dijangka menemui penonton
di pawagam seluruh negara bermula 7 Ogos 2025.
Indera
yang menampilkan Shaheizy Sam dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama
bersama-sama diterbitkan oleh Lomo
Pictures.
YBrs Cik Chelsea Chong (lima dari kiri), dan seorang lagi pelakon filem Indera, Duerra Mitilda (empat dari kiri) bersama-sama sebahagian daripada ahli KOP Perdagangan Perindustrian Malaysia Bhd pada 23 April lalu.
Turut hadir YBrs Encik Aron Koh, Pengasas
Bersama dan Penerbit Eksekutif Lomo Pictures; YBrs Cik Chelsea Chong, Pegawai
Komunikasi Korporat Lomo Pictures; serta seorang lagi pelakon Indera, Duerra Mitilda.
- - disediakan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: