SOSIAL
IJM Land Serah Rumah Baharu di
Seremban, Sandakan
PADA 5 Mei lalu di Seremban, IJM Land
Berhad (IJM Land) meraikan ulang tahun ke-15 inisiatif tanggungjawab sosial korporat
(CSR) teras syarikat, iaitu Program ‘MyHome’, dengan penyiapan dan penyerahan
dua buah rumah yang telah dibaik pulih, masing-masing di Seremban, Negeri
Sembilan dan Sandakan, Sabah.
Dilancarkan pada tahun 2010, Program MyHome diwujudkan dengan matlamat utama untuk meningkatkan kualiti hidup isi rumah yang terpinggir, dan kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.
Dengan
memberi penekanan kepada penyediaan tempat tinggal yang kondusif, program ini
telah memberi impak positif kepada 23 buah isi rumah di sepanjang tempoh 15
tahun pelaksanaannya.
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sosial IJM Land, tetapi turut menzahirkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada komuniti menerusi infrastruktur kediaman berkualiti tinggi.
Menyemai Harapan Baharu Melalui Program MyHome di Seremban
Pada
31 Mac 2025, IJM Land terus memperluaskan pelaksanaan Program MyHome dengan
mengambil langkah proaktif membina semula kediaman milik Encik Chan Ngan Chong,
61 tahun, yang terletak di Kampung Baru, Batu 8, Labu, Seremban.
Usaha
ini bukan sahaja menzahirkan komitmen syarikat dalam memperkasa komuniti
terpinggir, malah menjadi impak positif yang dicapai menerusi pendekatan
holistik program ini.
Kediaman
asal keluarga empat beranak ini berada dalam keadaan uzur, dan tidak selamat didiami
lagi. Kediaman tersebut hanya mempunyai sebuah bilik tidur kecil, serta
mengalami
kerosakan
struktur yang serius, termasuk dapur yang tidak lagi berfungsi, kerosakan kesan
serangan anai-anai, serta risiko ancaman keselamatan kepada penghuni.
Pemeriksaan
teknikal yang dijalankan mengesahkan bahawa rumah tersebut berisiko tinggi
untuk runtuh dalam tempoh setahun jika tidak dibaik pulih.
Kesukaran
yang dialami Encik Chan semakin dibebani keadaan kesihatannya. Selepas diserang
strok pada tahun 2022, beliau tidak lagi mampu bekerja dan kini bergantung sepenuhnya
kepada isterinya, Puan Puniamah, 60 tahun, yang dahulunya bekerja mencuci
pinggan, dan terpaksa meninggalkan pekerjaan demi menjadi penjaga sepenuh masa
suaminya.
Dalam
situasi kewangan yang serba kekurangan, keluarga ini turut dibebani tunggakan
bil elektrik yang mencecah lebih RM4,000 - satu lagi beban yang turut diatasi
IJM Land sebagai sebahagian daripada sokongan menyeluruh program ini.
Oleh kerana situasi yang mendesak, IJM Land telah melaksanakan pembinaan semula kediaman secara menyeluruh.
Rumah
baharu yang diserahkan kini merangkumi:
a) Tiga bilik tidur, berbanding dua dalam reka bentuk asal, bagi memenuhi keperluan ruang keluarga yang membesar;
b)
Satu unit tandas dan bilik mandi yang lengkap dan selesa;
c) Dapur berfungsi sepenuhnya, serta ruang tamu dan ruang makan yang diperluas bagi menyediakan persekitaran hidup yang lebih harmoni;
d) Landskap persekitaran dan elemen keselamatan ditambah baik, menjadikan kediaman lebih kondusif, selamat dan mesra warga emas.
Dalam usaha memastikan kediaman tersebut lengkap untuk dihuni, IJM Land juga menyediakan perabot asas, serta kelengkapan elektrik penting, termasuk kipas, lampu dan perkakas dapur.
Kelengkapan
asas tersebut turut membantu keluarga ini memulakan fasa kehidupan baharu dalam
suasana yang lebih kondusif, dan selesa.
Rumah
Baharu untuk Warga Emas di Sandakan
Di
Sandakan, rumah satu tingkat milik Encik Wong See Kong, 82, yang dihuni bersama-sama
seorang anak perempuannya, sebelum ini mengalami kerosakan serius termasuk
bumbung bocor, dapur yang tidak stabil, siling berkulat, pendawaian elektrik
yang terdedah, dan tiada akses kepada air bersih.
Dengan
pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hasil kerja anaknya di sebuah kedai runcit,
keluarga Encik Wong tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki kediaman mereka.
Melalui
MyHome, rumah mereka telah diperbaharui secara menyeluruh, termasuk:
a)
membaik pulih dan membina semula dapur dengan bahan yang selamat
b)
menggantikan siling berkulat dan mengecat semula keseluruhan rumah
c)
memasang sistem bekalan air bersih dan dapur gas baharu
d)
menaik taraf pendawaian elektrik
e)
meletakkan lantai simen dan membersihkan ruang dalaman
f)
memasang pagar dan pintu pagar baharu bagi tujuan keselamatan
Kini,
rumah tersebut menjadi tempat tinggal yang bersih, selesa dan selamat bagi
keluarga Wong.
Meneruskan
Misi di Seluruh Malaysia
MyHome
merupakan inisiatif utama di bawah program IJM Cares, yang memperkukuh komitmen
IJM Land terhadap tanggungjawab sosial.
Menurut
YBhg Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, MyHome bukan sekadar
program CSR, tetapi juga usaha pihaknya memberi semula kepada masyarakat yang
telah menyokong kejayaannya.
“Kami
percaya bahawa perubahan sebenar bermula dengan memahami keperluan asas keluarga,
iaitu dengan menyediakan rumah yang selamat dan terjamin. Sejak 15 tahun lalu,
kami telah membantu lebih 20 keluarga membina semula kehidupan mereka, dan
dengan kerjasama rakan strategik, kami akan terus memperluaskan jaringan kami dalam
komuniti setempat,” ujar Datuk Chai.
Bermula di Seremban 2, program ini dijalankan di seluruh kawasan operasi IJM Land termasuk di Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Dengan
penglibatan subkontraktor, pembekal dan rakan tempatan, IJM Land memperkukuhkan
jaringan kerjasama demi menyediakan kediaman yang eksklusif, dan kondusif.
“Impian
kami adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat memiliki rumah yang bukan
sahaja selamat, tetapi juga selesa,” tambah Chai.
Dengan
pengalaman lebih 30 tahun, IJM Land dikenali melalui pembangunan hartanah yang
memenangi pelbagai anugerah di Malaysia, dan antarabangsa.
Portfolio
IJM Land merangkumi projek kediaman, komersial dan pelaburan yang bersepadu,
termasuk pembangunan mercu tanda seperti Royal Mint Gardens di London.
Melalui pendekatan yang mementingkan kelestarian, inovasi dan kecemerlangan reka bentuk, IJM Land terus menjadi penanda aras dalam industri hartanah, sambil membawa impak positif kepada masyarakat dan ekonomi setempat.
Encik Wong See Kong (tengah) bersama-sama kakitangan IJM Land Berhad di hadapan rumah baharunya di Sandakan.
=====
Untuk
maklumat lanjut, sila layari: www.ijmland.com atau ikuti IJM Land
di LinkedIn
-
disediakan untuk
siaran oleh RAYUSA
No comments: