KESIHATAN

 

‘Bekas Anda’, Kaedah Agak Lucu Atasi Masalah Jerawat

 

DODODOTS, jenama penjagaan kulit Malaysia yang terkenal dengan tampalan kecantikannya yang menggembirakan dan kreatif, sekali lagi menjadi tajuk utama kerana mengumumkan pelancaran produk terbaharu pada 1 April lalu, menggabungkan dua perkara yang kita tidak suka dengari dalam kehidupan seharian, iaitu lipas dan kesan hubungan masa lalu.

 

Nama yang menjadi persoalan bagi produk tampalan jerawat terbaharu ini adalah Bekas Anda. Dengan reka bentuk seperti lipas, Dododots (disebut doh-doh-dots) mengeluarkan tompok kecantikan dalam bentuk serangga tersebut.

 

Bekas Anda sengaja diumumkan pada 1 April yang juga sering disebut sebagai April Fool untuk mengelirukan 350,000 pengikutnya. Projek ini, yang diketuai Magdalene Lim, Pengurus Dododots Singapura dan Australia menyatakan pihaknya mahu menambah sentuhan jenaka pada hari istimewa ini.

 

Setiap produk yang dilancarkan oleh Dododots, kata Magdalene, sentiasa menekankan tindakan, kebaikan dan kasih sayang terhadap diri sendiri.

 


Dengan reka bentuk menyerupai lipas, Dododots (disebut doh-doh-dots) mengeluarkan tompok kecantikan dalam bentuk serangga tersebut.

                                                           +++++++++++++++++

“Ini agak berbeza kerana semuanya dalam semangat gurauan yang tidak bersalah, jenaka dan sentiasa berkongsi ketawa dengan orang yang kita hargai, dan fikirkan setiap hari,” katanya.

 

Produk yang dimaksudkan, Your Ex menampilkan 10 orang bayi dan dua ekor lipas raksasa. Ia direka bentuk untuk kelihatan seperti lipas yang merayap pantas keluar dari pek, dan ke tangan sesiapa sahaja yang memegang pek tersebut.

 

“Jika ada masa dan tempat untuk bergurau, ini adalah produk dan peluang yang sempurna untuk menyampaikan pakej penjagaan kepada sekumpulan rakan yang selalu bergurau, dan tidak begitu serius dalam kehidupan,” tambah Magdelene yang mengatakan meskipun belum pasti orang akan memakai tampalan ini, tetapi jika memakainya, ia tetap berfungsi dengan sempurna untuk menutup, dan melindungi jerawat mereka.

 

Antara kelebihan lain, katanya lagi, ialah anda boleh mengeluarkan tampalan, dan melihat makhluk perosak kecil itu hilang pada keesokan harinya.

 

Sama ada anda sedang menghadapi perpisahan atau mencari hadiah lelucon yang sempurna, tambah Magdalene, Dododots adalah ciptaan Malaysia serta cetusan idea Esther Wong dan Ethan Wong, iaitu rakan-rakan yang membesar dengan berjuang melawan masalah jerawat, dan mahu orang lain yang bermasalah serupa, berasa gembira dan selesa dalam kulit mereka sendiri.

 

“Kedua-dua graduan sains tersebut menyatukan pengetahuan bioteknologi perubatan, biologi alam sekitar dan mikrobiologi mereka untuk mencipta tompok jerawat yang inovatif ini pada tahun 2021,” jelasnya lagi.

 

Hasilnya ialah tampalan kecantikan Dododots yang inovatif yang diperbuat daripada seratus peratus bahan hidrokoloid, tetapi berwarna sepenuhnya dengan pelbagai bentuk dan reka bentuk pertama di dunia sebagai alternatif yang menyegarkan kepada tampalan lutsinar tradisional.

 


Magdelina Lim, Pengurus Dododots Singapura/Australia.

###################

Tompok jerawat menggunakan bahan pembalut luka gred klinikal yang sama yang digunakan oleh doktor pada pesakit selepas pembedahan menjadikannya bukan sahaja menyeronokkan, tetapi berfungsi. Tampalan Dododots diluluskan oleh FDA, serta diperakui ISO dan CE dan sesuai untuk semua jenis kulit dan umur.

 

Meskipun produk inovatif boleh didapati melalui kedai dalam talian jenama itu, tetapi permintaan untuk produk hampir serta-merta mendorong Dododots memperkenalkan mesin layan diri sendiri untuk menawarkan kemudahan di lapangan kepada pelanggannya.

 

Mesin layan diri ini muncul kali pertama pada 2023, dan boleh didapati di Asian Avenue di Sunway Pyramid, Pusat Beli-belah MyTOWN, serta Paradigm Mall JB di Malaysia, dan Plaza Singapura di Singapura.

 

Perkongsian Dododots dengan rangkaian kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka Guardian juga meluaskan kehadiran jenama itu ke lebih 600 buah kedai di jalan-jalan raya, pusat beli-belah popular di Malaysia dan Singapura, serta dalam ruang e-dagang.  

 

-       disunting untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


No comments:

Powered by Blogger.