MUZIK

 

Bintang Blood Brothers: Bara Naga Turut Jayakan CIMB OCTOFest Pertama Kali Peringkat Nasional 

 

PENYANYI muda, serta popular Meerqeen dan Syafiq Kyle akan berganding bahu menjayakan CIMB OCTOFest yang pertama kali diadakan pada peringkat nasional.

 

Para peminat bukan sahaja boleh menemui mereka secara percuma, malah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM85,000 menerusi aktiviti Zumba, Fun Run serta HIIT, dan menikmati persembahan muzik secara langsung.

 

CIMB OCTOFest merupakan sebuah festival komuniti yang bakal berlangsung di sepanjang empat hujung minggu di empat buah bandar pada bulan Oktober ini.

 

Bermula di Pulau Andaman, Pulau Pinang dari 9 hingga 11 Oktober, OCTOFest kemudian akan menjelajah ke KotaSAS, Kuantan (16-18 Oktober), dan Penjara Kota, Johor Bahru (23-25 Oktober), sebelum menamatkan siri jelajahnya di LaLaport Kuala Lumpur (30 Oktober-1 November).

 

Para pengunjung juga boleh menantikan persembahan artis-artis tempatan termasuk ALPHA, Scha Nuril, Sai, Vikram dan Danny Khoo.

 

Tarikan utama di OCTOFest adalah telefon OCTO gergasi, iaitu telefon OCTO terbesar yang pernah dibina. Pengunjung boleh menyertai Mission Happiness dengan menyelesaikan beberapa misi interaktif yang menyeronokkan di sekitar tapak festival untuk berpeluang menebus ganjaran kejutan.

 

Kempen dalam talian Mission Happiness juga sedang berlangsung, sekali gus memberikan pengguna Aplikasi CIMB OCTO lebih banyak peluang memenangi ganjaran eksklusif melalui transaksi QR Pay yang layak, termasuk Kit Kebahagiaan OCTO (OCTO Happiness Kits), barangan eksklusif OCTOFest, dan kotak misteri (blind box) OCTO edisi terhad.

 

Pengunjung juga boleh meneroka dan menyokong perniagaan tempatan sambil menikmati pelbagai makanan tempatan, serta produk gaya hidup termasuk pakaian, wangian dan aksesori.

- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

Kredit Foto: CIMB

 

No comments:

Powered by Blogger.