SOSIAL
Aznil
Nawawi Kongsi Pengalaman Empat Dekad Kemahiran Komunikasi
PERSOALAN
bagaimana seseorang mampu menarik perhatian, menyampaikan mesej dengan
meyakinkan dan turut membina kepercayaan khalayak menjadi antara asas program
komunikasi profesional SHOW ADA KELAS - The Signature Communication
Experience, yang dikendalikan secara eksklusif oleh ikon penyiaran tersohor
negara, YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi.
Diperkenal
buat julung kali oleh Icon Entertainment (ICON), program ini menggabungkan
perkongsian ilmu, demonstrasi, latihan praktikal dan elemen hiburan berteraskan
pengalaman Datuk Aznil selama lebih 40 tahun dalam industri penyiaran.
Program
pembangunan modal insan yang dijadual berlangsung pada 28 November 2026 di
Plenary Theatre, KLCC pada jam 3 petang hingga 5 petang, mengetengah komunikasi
sebagai kemahiran yang boleh dipelajari, dilatih dan dipertingkat, bukan
sekadar bakat semula jadi atau kebolehan bercakap di hadapan khalayak.
Dalam
persekitaran yang semakin bergantung pada komunikasi secara bersemuka dan
digital, keupayaan menyampaikan idea dengan jelas dan meyakinkan penting dalam
pelbagai bidang, termasuk pengucapan awam, pembentangan profesional, rundingan
perniagaan, kepimpinan dan penciptaan kandungan.
YBhg. Datuk Aznil Haji Nawawi (kiri) dan Sdr. Iman Tang.
Para
peserta akan didedahkan dengan lima modul utama, iaitu Komunikasi Bermula dengan
Keyakinan, Seni Berkomunikasi yang Meyakinkan, Executive Presence, Storytelling
yang Berkesan, dan Menjadi Individu yang Dipilih.
Modul
berkenaan merangkumi teknik mengatasi kegugupan, penggunaan bahasa badan,
kawalan suara, penyusunan mesej, kemahiran pembentangan, penceritaan berkesan
serta pembinaan penjenamaan diri, dan kredibiliti profesional.
Pendekatan
didik hibur (edutainment) yang menggabungkan pendidikan dan hiburan
turut menjadi antara elemen utama program berkenaan. Melalui kaedah berkenaan,
peserta bukan sahaja memperoleh pendedahan pada konsep komunikasi, malah
berpeluang memahami penggunaannya dalam situasi sebenar menerusi demonstrasi,
latihan praktikal, dan sesi interaktif.
Selaku
panel utama yang mengendalikan SHOW ADA KELAS - The Signature Communication
Experience, Aznil menyifatkan program yang dianjurkan bukan tentang menjadi
popular, tetapi menjadi pilihan.
“Dalam
SHOW ADA KELAS - The Signature Communication Experience juga saya tidak
mengajar cara bercakap, tetapi mengajar cara didengar. Jadi, secara amnya
program ini dirangka bagi membantu peserta pelbagai latar belakang meningkatkan
keyakinan, dan menguasai teknik komunikasi yang boleh dimanfaatkan dalam
kehidupan profesional,” jelas beliau semasa sidang media baru-baru ini.
“Saya
fikir inisiatif ini selari dengan dunia yang semakin bergantung pada komunikasi
secara bersemuka dan digital, keupayaan menyampaikan idea dengan jelas dan
meyakinkan mempunyai kepentingan merentas bidang dari pengucapan awam, dan
pembentangan profesional kepada rundingan perniagaan, kepimpinan serta
penciptaan kandungan,” tambah Aznil.
Menerusi
penguasaan seni komunikasi melalui lima modul utama yang dirangka secara
praktikal dan berstruktur, katanya lagi, penekanan program adalah tentang
keyakinan diri merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari, dilatih dan
dikuasai.
Sementara
itu, Pengasas ICON, YBrs Sdr Iman Tang, yang turut hadir, memberitahu pendekatan
pembelajaran yang menggabungkan ilmu dan hiburan menjadi antara tarikan utama SHOW
ADA KELAS - The Signature Communication Experience, khususnya dalam
menyampaikan kemahiran komunikasi melalui pengalaman yang interaktif.
“Kami
tertarik dengan pendekatan edutainment yang menggabungkan unsur humor,
dan interaksi dalam proses pembelajaran. Kami melihat ia sebagai satu
pendekatan menarik untuk diketengah kepada peserta,” ujarnya.
“Bayangkan
anda berpeluang menimba ilmu secara langsung atau eksklusif daripada ikon
penyiaran negara yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri. Peserta akan
didedahkan dengan pelbagai teknik, termasuk cara mengatasi kegugupan,
menggunakan bahasa badan, mengawal suara, menyusun mesej, membuat pembentangan,
serta membina kemahiran penceritaan dan penjenamaan diri,” kata Iman lagi
sambil menambah peluang ini hanya diperoleh dalam SHOW ADA KELAS - The
Signature Communication Experience.
Program
ini menyasarkan penyertaan dari pelbagai latar belakang, termasuk penjawat
awam, eksekutif korporat, usahawan, pelajar institusi pengajian tinggi, guru,
pensyarah, pemimpin belia, ketua organisasi dan pencipta kandungan.
Harga
tiket berharga RM288 dan RM388 dengan caj tambahan RM50 untuk E-sijil, RM100
untuk Sijil Fizikal, dan RM 200 untuk sesi Meet & Greet.
Dengan
gabungan pengalaman industri, latihan praktikal dan pendekatan pembelajaran
berteraskan hiburan, SHOW ADA KELAS - The Signature Communication Experience,
membawa kemahiran komunikasi ke ruang pembangunan profesional yang lebih luas,
sekali gus memberi peluang kepada individu dan organisasi untuk memperkukuh
keupayaan menyampaikan idea dengan yakin, dan berkesan.
Tiket platform: www.ticket2u.com.my/showadakelas.
-
disesuaikan untuk siaran oleh RAJA
YUSOFF ARIFFIN
Kredit
Foto: Bangsawan Pictures



No comments: