EKONOMI
Nikmati Cookies Raya Sebelum Ramadan, Menanti Pelancaran Butik Biskut DMG
SELAIN Pengasas dan Pengerusi Kumpulan DMG Holding, YBhg Dato’ Sri Muhammad Abdul Ghani, turut menghadiri majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya pada 9 Januari lalu di premisnya, di Taman Industri Halal MARA (MHI), Batu Caves, Selangor termasuklah YBhg Datuk (Dr) Hassan Saad, Pengerusi DMG Food Industries Sdn Bhd (DMG); dan YBhg Datin Yuzaira Yusoff, Pengerusi Puspanita, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
YBrs Prof Madya Ts Dr Sabaianah Bachok, Penasihat Produk Makanan DMG; YBrs Dr Zariri Abdul Rahman, Akademi PKS & Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM; Chef Zainal Saad; YBrs Puan Intan Farhana Dato’ Husin (MyGalore Sdn Bhd - MyGalore); YBrs Tuan Haji Ayub Abdul Majid (Muzik Berhad KoIrama - KoIrama); YBrs Tuan Mohd Shahirul Khalid Mohamad (Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara - PEMAAF), YBrs Tuan Haji Mohd Jemain Sakat (Perniagaan Minda Ria), YBrs Puan Dayang Azrinie Abu Bakar (Dayang Infinity Empire), dan YM Megat Hadzlie Adlan YM Raja Ad (Pertubuhan Warisan Keturunan Megat Raja) juga hadir.
Sementara itu, Kumpulan Pengurusan DMG diwakili Puan Darisah Nasri, Mohamad Sis Ahmad, Puan Masnita Abdul Fatah, dan Tuan Haji Zul.
SeSebahagian daripada tetamu jemputan yang menghadiri majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya pada 9 Januari lalu.
++ ++++
7.
Chef Zainal Saad (kiri sekali) dan YBhg Datin Yuzaira Yusoff melakukan gimik perasmian majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya pada 9 Januari lalu di Taman Industri Halal MARA, Batu Caves, Selangor.
8
C. Majlis tersebut yang dikendalikan oleh Fazli Zainal, penyanyi terkenal tanah air sebagai pengacara, diadakan menjelang pelancaran Butik Biskut DMG (DMG – The Cookies Boutique) pada 21 Januari 2026 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
#####
Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk (Dr) Hassan
berharap projek Cookies Raya akan
mencapai kejayaan dengan usaha berterusan, dan sokongan padu semua pihak yang
terlibat.
Menjawab soalan apakah pendorong beliau mengambil projek
Cookies Raya, Hassan memberitahu idea
telah dikemukakan kepadanya pada 2023.
“Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memulakannya
kerana tiada rakan sepasukan yang serasi, hinggalah bertemu dengan Chef Zainal,
dan beberapa rakan lain yang “boleh masuk”. Jadi, tahun 2026 ini menjadi titik
tolaknya,” jelas Hassan.
Tambah beliau, meskipun Cookies Raya, tetapi jualannya adalah di sepanjang tahun di
beberapa pasar raya pilihan.
Dato’ Sri Muhammad dalam ucapan beliau bersyukur
dapat meneruskan minat selepas bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia hampir
lima dekad lalu.
“Saya bersyukur kerana ternyata ‘idea’ menceburi
pelbagai jenis perniagaan, termasuk berkecimpung dalam industri pengeluaran
biskut, tidak salah kerana telah memiliki sebuah kilang biskut di MHI, Kampung
Batu Muda, Batu Caves ini,” ujarnya yang memulakan DMG pada 1982, sebelum
secara rasmi 13 tahun kemudian.
Memiliki pasukan yang diyakini tepat kini, apatah
lagi disokong oleh MOTAC, serta kini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Muhammad,
81 tahun, bersemangat untuk terus menjalankan perniagaan biskut DMG.
Berlangsung di premis DMG, Taman Industri Halal MARA, Batu Caves, Selangor pada 9 Januari lalu.
Dengan 25 jenis cookies,
DMG mensasarkan jualan 100,000 bungkus buat permulaan pada tahun 2026 ini.
Bersama-sama bantuan dan kerjasama MOTAC, serta LLM,
Muhammad dan Hassan menegaskan DMG kini bersedia menjadi antara pihak yang turut
menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Cuma, YBrs Tuan Ir Hanif Alias sebagai wakil LLM tidak
dapat menghadiri majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Datin Yuzaira yang turut berucap ringkas juga
menyatakan sokongan padu pihaknya dan MOTAC membantu DMG menjayakan projek Cookies Raya.
Majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya tersebut turut menyaksikan pelancaran ‘Rendang Tok
Warisan Diraja – Chef Zainal Saad” bersama-sama YM Hadzlie Adlan, majlis
pengiktirafan rasmi sebagai Penasihat Eksekutif kepada Produk Makanan DMG
kepada Prof Madya Ts Dr Sabaianah Bachok, Penyerahan Dokumen & Memorandum
Persetujuan (MoU), Penyerahan Dokumen Tourism Malaysia, dan LLM, serta
Penyerahan MoU MASMED UiTM, PEMAAF, KoIRAMA, MyGalore (AEON Co), dan Dayang
Infinity Empire.
Sebahagian daripada cookies Raya DMG yang ditampilkan dalam majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya pada 9 Januari lalu.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFN
6.
Reviewed by Raja Yusoff
on
January 12, 2026
Rating: 5


































