=========================================================================
AMAL
‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ Sempena Ramadan daripada Insaf Malaysia
INSYA-ALLAH Ahad 2 Mac 2025 nanti adalah hari pertama Ramadan 1446 Hijrah, bulan mulia penuh keberkatan bagi umat Islam di Malaysia.
Walau bagaimanapun tidak semua daripada kita mampu meraikan kedatangannya dengan sempurna kerana hidup dalam serba kekurangan akibat kekangan kewangan.
Untuk itu, Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) yang sinonim dengan kerja-kerja amal, mengambil inisiatif melancarkan Tabung Beras Amal ‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ untuk menggalakkan masyarakat menyumbang.
Program tersebut telah dilancarkan pada 22 Februari lalu di Lobi Utama, busanamall@menara mara dari jam 2 petang sehingga 10 malam, dengan Busana Mall, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), busker dari MYBC, dan artis Anggun Music Production yang tampil memeriahkan suasana di sepanjang program berlangsung.
Menurut Pengasas dan Presidennya, YBrs Encik Ishak Abdul Kadir, objektif utama program ini ialah mengumpul dana untuk program ‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ yang kembali diadakan pada tahun ini.
“Beberapa tahun terakhir sebelum wabak maut pandemik COVID-19, Insaf Malaysia berjaya mengumpulkan 15 tan beras. Lantaran COVID-19, kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi, dan terpaksa berhenti,” jelas beliau.
####################################
“Namun
begitu, saya lakukan juga tahun lalu secara kecil-kecilan. Pada tahun ini
barulah secara besar-besaran untuk semua masyarakat menyumbang,” tambah Ishak.
Menurutnya
lagi, tabung sumbangan dibuka bermula pada 22 Februari, dan akan berlanjutan
sehingga Syawal nanti.
“Saya
berharap tabung dana ini dapat mengumpulkan sebanyak yang boleh kerana dibuka
lebih sebulan. Menerusi program ini, kami akan memberikan sekampit beras untuk
satu keluarga asnaf, keluarga B40, rumah-rumah anak yatim, warga emas, mualaf,
dan orang kelainan upaya atau OKU,” tambah Ishak.
*Kredit foto Megat Firus
=========================================================================
Selain
itu, katanya lagi, beras-beras ini turut akan digunakan untuk program Foodbank dan Dapur Insaf Malaysia bagi
penyediaan makanan berbuka puasa, dan bubur lambuk di sepanjang Ramadan.
Insaf
Malaysia juga mempermudahkan urusan penyumbang dengan memperkenalkan pindahan wang
menerusi QR Code akaun Maybank Insaf
Malaysia (562188306090).
“Saya
harap masyarakat akan terus menyokong program-program kami. Apa yang dilakukan
adalah bertujuan mengurangkan bebanan terhadap golongan-golongan yang
memerlukan. Kelebihan Ramadan ialah kita digalakkan melakukan amal kebaikan,
dan bersedekah terutama kepada golongan yang disebutkan tadi,” kata Ishak lagi.
YBrs Encik Ayob Abdul Majid, Presiden IRAMA (kiri) turut hadir.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk
rekod, menerusi data terkumpul, Insaf Malaysia yang berusia 16 tahun telah
membantu lebih 431 rumah kebajikan, serta lebih 1,309 murid-murid sekolah.
Turut
hadir YBrs Encik Ayob Abdul Majid, Presiden IRAMA.
- disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: