###################################################################################
PENDIDIKAN
Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Murid Sekolah Menengah Harian Parlimen Bandar Tun Razak
“SAYA yakin para penerima sumbangan pada hari ini adalah dalam kalangan pelajar yang cerdik dan pintar. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya,” ujar YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Dalam ucapannya semasa menyempurnakan perasmian majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Murid-murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan, 25 Februari lalu, beliau menegaskan tanggungjawab menentukan masa depan anak-anak tidak hanya terletak pada bahu pendidik sahaja.
“Ibu bapa dan pelajar perlu dibekalkan dengan usaha yang gigih, disertai doa dan tawakal kerana ketiga-tiganya adalah ramuan penting untuk mencapai kejayaan,” tambah Dato’ Seri Dr Wan Azizah, sambil menegaskan pendidikan sangat penting, bukan sahaja untuk diri anak-anak itu sendiri, sebaliknya mampu merubah nasib keluarga agar lebih baik pada masa akan datang.
Beliau yang juga isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, merakamkan ucapan terima kasih kepada SMK Bandar Tasik Selatan, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar dan PPD Pudu yang memberi kerjasama bagi menjayakan program berkenaan.
Sesungguhnya, ujar Dr Wan Azizah lagi, PPD Bangsar dan Pudu merupakan rakan strategik Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dalam usaha kerajaan mengharapkan ibu bapa menitikberatkan pendidikan kepada anak-anak untuk meraih kejayaan pada masa depan.
=========================================================================
Seramai 282 murid daripada hampir 3,000 murid di semua sekolah menengah harian di Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan persekolahan berbentuk sebuah beg sekolah, set peralatan alat tulis dan sumbangan wang tunai.
Sebelum ini, majlis penyerahan sumbangan persekolahan telah diadakan di Dewan Mastika Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang melibatkan semua sekolah rendah, dan menengah, dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak yang telah memperuntukkan sebanyak RM450,000 bagi menjayakan Back To School, iaitu antara acara tahunan yang diadakan setiap kali tiba musim cuti persekolahan.
=========================================================================
“Saya ingin berpesan kepada semua murid agar memberikan tumpuan pada pelajaran, dan pendidikan kerana pendidikan adalah elemen penting yang mampu mengubah masa depan seseorang,” tegas Wan Azizah yang turut berharap sumbangan yang diberikan menjadi kenang-kenangan, serta pemangkin semangat untuk murid-murid belajar dengan lebih tekun, serta menumpukan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.
Penyerahan sumbangan ini adalah yang pertama kali, khusus kepada semua murid tingkatan 5 di 10 sekolah harian di Parlimen Bandar Tun Razak. Ia merupakan ilham dan keprihatinan Wan Azizah sendiri yang mahukan kelainan kepada penerima sumbangan, iaitu murid-murid tingkatan 5 pada 2025.
=========================================================================
Ia bertujuan meraikan murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan memulakan musim persekolahan dengan penuh ceria, sekali gus meringankan beban ibu bapa, serta memberi penghargaan, dan sokongan kepada masyarakat di Parlimen Bandar Tasik Selatan.
Selain SMKBTS, turut menerima sumbangan ini termasuklah murid-murid SMK Alam Damai, SMK Orkid Desa, SMK Sungai Besi, dan SMK Desa Petaling.
Turut hadir YBhg Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; YBrs Encik Nazri Haji Husin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bangsar dan Pudu; YBrs Encik Saifulizan Harun, Pengurus Besar Yayasan Gerbang; dan YBhg Tuan ACP Aidil Bolhassan, Ketua Polis Daerah Cheras.
YBhg Puan Zahura Md Amin, Pengetua SMK Bandar Tasik Selatan juga hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.
Pada pagi 25 Februari, katanya lagi, beliau ke SMK Desa
Petaling dan SMK Sungai Besi. Jadi, jumlah kesemua murid penerima merangkumi empat
sekolah dalam masa dua hari sahaja melebihi 600 orang.
“Pada hari ini, 282 murid SMK Bandar Tasik Selatan
menerima sumbangan berbentuk sebuah beg sekolah, wang tunai dan alat tulis. Menariknya,
pada beg sekolah tersebut dilekatkan nama masing-masing, tingkatan terkini,
logo sekolah, dan logo Malaysia MADANI,” jelas Azman dalam majlis di Dewan
Bestari, SMK Bandar Tasik Selatan itu.
=========================================================================
Persembahan Koir Kod Tangan oleh Murid Pendidikan Khas yang dilatari lagu Gemuruh, nyanyian Faizal Tahir.
=========================================================================
Tambah beliau, reka bentuk tersebut yang diilhamkan
oleh Wan Azizah bukan sahaja untuk mencipta kelainan, tetapi dijadikan
kenang-kenangan kepada murid, terutama setelah tamat persekolahan nanti.
“Sesungguhnya kenang-kenangan semasa zaman
persekolahan adalah kenangan yang indah, dan pasti akan diingati sehingga ke
anak cucu,” ujar Azman yang turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak yang amat peka dan prihatin pada setiap kali tiba
musim persekolahan.
“Saya menyeru semua pihak untuk melihat segala usaha
yang telah dilakukan oleh pemimpin kita pada hari ini. Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim dan keluarganya merupakan pemimpin yang sangat mencintai ilmu. Beliau
amat mementingkan pendidikan kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, dan
sebagainya,” ujar beliau yang berpendapat Dato’ Seri Anwar harus dijadikan contoh
insan yang mempunyai ilmu pengetahuan luas.
=========================================================================
YBhg Puan Zahura Md Amin, Pengetua SMK Bandar Tasik Selatan menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.
Atas keprihatinan Perdana Menteri dan keluarganya, ujar
Azman lagi, semua sekolah di negara ini tanpa mengira sekolah kebangsaan atau
jenis kebangsaan dibantu agar anak-anak tidak tercicir, dan mampu menikmati pendidikan
yang baik sehingga ke menara gading.
Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Murid-murid
Tingkatan 5 itu turut diserikan dengan persembahan Silat Gayong Fatani, persembahan
Koir Kod Tangan oleh Murid Pendidikan Khas, dan persembahan istimewa Excelente
2125.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: