AMAL
Penyampaian Sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Run Razak
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pengurusan Masjid Al-Muqarrabin, dan semua urus setia yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak pada 15 Mac 2025.
Selama kira-kira dua jam, program tersebut berlangsung di Masjid Almuqarrabin, Jalan Liku, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Di samping mengucapkan syukur kerana Allah SWT mengizinkan penganjuran program, Dato’ Seri Dr Wan Azizah mengingatkan bahawa Ramadan merupakan bulan yang mulia lagi barakah.
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyampaikan ucapan beliau.
=========================================================================
“Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ialah bulan kesabaran (bulan Ramadan) dan pengajaran. Ganjaran kesabaran ialah Syurga. Di awal Ramadan disediakan kerahmatan, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya dibebaskan daripada api neraka",” ujar beliau.
Ramadan yang datang kepada kita setahun sekali, tambah Dr Wan Azizah, membawa berbagai-bagai keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Sesungguhnya para muslimin dan muslimat yang ikhlas kepada Allah, ujarnya lagi, akan berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi penuh berakah ini.
“Hal tersebut dikatakan sedemikian kerana pada bulan ini, umat Islam berpeluang melaksanakan pelbagai amal ibadat yang fardhu dan sunat dengan menghayati semaksimum mungkin bagi mengumpul pahala yang berlipat ganda yang Allah janjikan,” tegas beliau.
Sebelum menyempurnakan perasmian program, bersempena dengan Ramadan 1446 Hijrah yang sudah masuk pertengahan, Wan Azizah berharap agar semua selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh azam dan tekad untuk merebut pahala.

“Akhirnya, perkataan yang indah adalah ALLAH,
lagu yang merdu adalah AZAN, media yang terbaik adalah AL-QURAN, senaman yang
sihat adalah SOLAT, diet yang sempurna adalah PUASA, kebersihan yang
menyegarkan adalah WUDUK, perjalanan yang indah adalah HAJI, khayalan yang baik
adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT. Semoga bulan Ramadan yang suci ini membawa
iman, dan takwa kepada kita semua,” ujar Wan Azizah.
Turut hadir, YBrs Tuan Ismail Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL; YBhg Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia; YBrs Puan Suzana Alias, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JWP; YBhg Datuk Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP; YBrs Tuan Haji Hanifuddin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan; YBrs Tuan ACP Aidil Bolhassan, Ketua Polis Daerah Cheras; YBrs Puan Asyqoh Yusof, Pengurus Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak; YBrs. Ustaz Ahmad Muzakkir Ahmad Hadiri, Naqib Masjid Al-Muqarrabin; Pengarah-Pengarah Jabatan, DBKL, Pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi, Pengerusi-Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan; dan masyarakat setempat.
-
disunting
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
*foto kredit Wilayahku
No comments: