BUDAYA


 Model pasangan-pasangan pengantin bersama-sama ibu bapa dan saudara mara olok-olok mereka.

                                                   =============================

‘Jom Kenduri Kahwin’ Hari Terbuka Perkahwinan 2026 Panduan untuk Bakal Pengantin

 

BERLANGSUNG dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, pasangan yang sedang merancang hari bahagia menjadi tetamu utama ‘Jom Kenduri Kahwin’ Hari Terbuka Perkahwinan 2026 pada 19 Julai lalu.

 

Tanpa bayaran masuk, program anjuran Royale Chulan Kuala Lumpur (Royale Chulan) dengan kerjasama Villa Busainna ini berlangsung di Taman Mahsuri, Royale Chulan di Jalan Conlay.

 

‘Jom Kenduri Kahwin’ menawarkan pelbagai inspirasi perkahwinan, promosi eksklusif serta penyelesaian perkahwinan yang lengkap daripada penyedia perkhidmatan yang dipercayai.

 

Ia menghimpunkan segala keperluan perkahwinan di bawah satu bumbung bagi memudahkan bakal pengantin merancang majlis impian mereka.

                                       

                                Model pasangan-pasangan pengantin bergaya di pelaminan.


Direka khas untuk memberi inspirasi kepada bakal pengantin, Hari Terbuka Perkahwinan (HTP) 2026 ini membolehkan pengunjung meneroka pelbagai konsep dekorasi perkahwinan, menikmati sesi merasa hidangan perkahwinan, bertemu dengan pakar-pakar industri serta menikmati pelbagai promosi eksklusif yang hanya ditawarkan di sepanjang acara berlangsung.

 

Antara tarikan utama HTP 2026 termasuklah pelancaran Pakej Mahligai Kasih oleh Royale Chulan dengan harga bermula serendah RM88 bersih seorang (minimum 500 tetamu), sekali gus menjadikan impian mengadakan majlis perkahwinan di hotel bertaraf lima bintang lebih mudah dijadikan kenyataan.

 

Bakal pengantin juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai Pakej Seri Pengantin yang bermula daripada RM99 bersih seorang (minimum 250 tetamu), serta Pakej Akad Nikah Heritage bermula daripada RM5,999 untuk sehingga 100 tetamu.

 

Setiap pakej perkahwinan direka bagi memberikan nilai terbaik, serta kemudahan lengkap kepada bakal pengantin. Antaranya adalah penggunaan eksklusif Taman Mahsuri selama empat jam, menu bufet perkahwinan berserta perkhidmatan pelayan, pelamin mini yang anggun, sistem siar raya standard, penggunaan skrin LED secara percuma (pakej terpilih), meja pengantin dan meja tetamu khas, kek tiruan untuk upacara memotong kek, sesi merasa hidangan, bilik menunggu tetamu khas, penginapan percuma satu malam di Bilik Pengantin berserta sarapan, serta kadar istimewa bilik untuk ahli keluarga, dan tetamu pengantin.

                                        

                            Contoh meja hidangan untuk para tetamu majlis resepsi perkahwinan.


Pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari, seperti promosi eksklusif pakej perkahwinan, sesi merasa menu perkahwinan secara percuma, rundingan perkahwinan percuma bersama-sama Pakar Perkahwinan Royale Chulan dan Villa Busainna, pameran dan sesi merasa kek perkahwinan, pertunjukan fesyen pengantin, persembahan hiburan secara langsung, Bengkel Gubahan Bunga Pengantin (DIY Bridal Bouquet Workshop), Cabutan Bertuah, aktiviti Spin & Win, dan tawaran eksklusif bagi tempahan yang dibuat sepanjang HTP.

 

HTP turut menghimpunkan lebih daripada 20 vendor perkahwinan yang dipilih khas bagi membolehkan bakal pengantin membandingkan produk dan perkhidmatan, menikmati promosi eksklusif, serta merancang setiap aspek majlis mereka di satu lokasi.


                                                    Kumpulan Kompang Fatani Samudra.

 

Antara vendor yang mengambil bahagian adalah Paparazzi Photo Booth, Glambooth, D&D Beauty House, Nuranishenna, CLICK PRO STUDIO, Cetak Cetak Photobooth, Ruang Cerita, Gadis Wavy, Julia Salon, Kompang Fatani Samudra, Kazoku Gift & Event, Byek Studio, FiMa Studio, Pastries & Co,. Seri Mandala by Antava Projects, Nadia Ludin, SukaSnap.photobooth, Malaya Perfumery, Arisu Piano Wedding, dan Picturesque Production PLT.

 

Vendor-vendor ini menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan perkahwinan termasuk busana pengantin, solekan, fotografi, videografi, reruai foto, hiburan, dekorasi, wangian, sistem bunyi dan pencahayaan, cenderamata, makanan dan minuman, serta pelbagai penyelesaian perkahwinan yang lengkap.

 

Pasangan yang membuat tempahan pakej perkahwinan di sepanjang HTP akan menikmati pelbagai promosi eksklusif, serta insentif tempahan Istimewa yang hanya ditawarkan pada hari tersebut.

                                          

                      Antara contoh juadah untuk majlis resepsi perkahwinan yang dipamerkan.


Berlandaskan falsafah ‘Meraikan Cinta, Mengabadikan Kenangan’, Royale Chulan percaya bahawa setiap majlis perkahwinan bukan sekadar sebuah acara, malah merupakan detik sekali seumur hidup yang wajar diraikan, dan dikenang sepanjang hayat.

                                     

                                                  Tarian iringan oleh tiga penari cilik.


Semua ini sebagaimana yang dinyatakan oleh YBrs Cik Jamie, Penolong Pengurus Eksekutif Royale Chulan dalam ucapan mewakili Pengurus Besarnya, bahawa HTP 2026 diadakan untuk membantu bakal pengantin melihat sendiri pelbagai pilihan pakej perkahwinan, konsep kenduri, hidangan istimewa serta idea menarik daripada rakan vendor pihaknya di bawah satu bumbung.

 

Jamie turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Villa Busainna dan semua vendor yang mengambil bahagian, atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan HTP 2026.

 

Teks dan Foto: Raja Yusoff Ariffin

 

 


 


 


 

 


No comments:

Powered by Blogger.