Pelbagai Menu Malaysia-Thailand Menanti Anda di MATHAF 2026 Giant Seri Kembangan
MATHAF atau Festival
Makanan Halal Malaysia Thailand (Malaysia Thailand Halal Food Festival) merupakan
karnival makanan popular yang menjelajah seluruh negara untuk menghimpunkan
pelbagai juadah tular, serta masakan halal dari Malaysia dan Thailand.
Ia telah diadakan
sejak 2016. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada para pengunjung pada setiap
kali penganjurannya.
Untuk 2026, MATHAF
telah diadakan di beberapa lokasi seperti Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang
pada 6 hingga 10 Mei; AEON Mall Rawang (17-21 Jun), AEON Big Puchong Utama
(24-28 Jun), Lotus Cheras, Setapak (1-5 Julai), dan Econsave Prima Saujana,
Kajang (8-12 Julai).
Terkini dan sedang
berlangsung, MATHAF 2026 diadakan di Giant Seri Kembangan sejak 17 Julai lalu
hingga 26 Julai nanti.
Pelbagai jenis
makanan dan minuman terkenal, serta terkini sedia menanti pengunjung pada harga
yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi sekarang.
Nasi Daging, antara menu Azadan's Kitchen di MATHAF 2026.
Dibuka dari jam
11.00 pagi hingga 11.30 malam, MATHAF membuka peluang kepada para pengunjung bertemu
dengan beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Dilla Ahmad, Kiah Propa,
Taiyuddin Bakar, Azadan Rabbani, serta Idlan Raja Lawak dan Diva BB. Mereka
semua turut menyertai MATHAF 2026 kali ini dengan penjualan produk
masing-masing.
Azadan Rabbani
misalnya, telah menyertai MATHAF buat tahun ketujuh. Beliau yang juga salah
seorang anggota nasyid legenda Rabbani menampilkan Azadan’s Kitchen, dengan
bantuan seorang penolong, dan dua penyaji/pekerja.
Azadan’s Kitchen
dengan taglinenya, Sedap. Halal. Harga Berpatutan: Rasa Padu, Harga Mesra!
menyajikan Nasi Daging pada harga RM10.00 sepinggan, Nasi Ayam (RM8.00), Nasi
Bajet (RM6.00), Sup Ekor (RM15.00), serta Satay Ayam (RM1.30 secucuk) dan Satay
Daging (RM1.50).
Tidak hanya
Azadan, menantu lelakinya juga turut berniaga minuman di MATHAF Giant Seri
Kembangan ini, iaitu Baby Bangkok Tea: Sajian Istana Thai.
Azadan’s Kitchen
turut menerima sebarang tempahan menerusi aplikasi WhatsApp 01132621042.
Ayuh! Masa masih
ada. Apa ditunggu lagi. Mereka yang tinggal berhampiran Giant Seri Kembangan
atau berjauhan, kunjungilah MATHAF 2026 bersama-sama ahli keluarga, sanak
saudara dan rakan-rakan.
Oleh kerana sering
berpindah lokasi, anda disyorkan untuk merujuk media sosial MATHAF 2026 di
Instagram untuk mengetahui destinasi mereka yang seterusnya!
Anda boleh
mengikuti perkembangan lokasi terkini, dan melihat video juadah tular di akaun
TikTok MATHAF.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN








No comments: