SASTERA BUDAYA
LAGI KISAH MENUNTUT ILMU HITAM
Pocong telah dikenali sebagai hantu dari Indonesia
yang berbalut kain putih seperti bantal peluk yang wajahnya boleh dilihat.
Orang yang telah meninggal dunia mempunyai alamnya sendiri, sesuai dengan kepercayaan
anda.
Pastinya pocong itu merupakan kewujudan makhluk
halus/jin atau apa pun istilahnya yang ‘berhias’ sedemikian. Ia lebih suka
menampakkan diri pada seseorang sahaja, bukan sekumpulan orang. Jadi, berjaga-jagalah
jika anda bersendirian. Ia akan mengganggu jika anda meminta bantuan orang
ramai.
Mereka yang pernah bertemu dengan pocong
memberitahu, dalam jarak beberapa meter, baunya seperti jenis-jenis minyak
tertentu. Namun begitu, setelah dekat, baunya seperti bangkai. Jika anda tidak
menyedari tanda itu, ia suka meniup dari belakang dengan bau mulut seperti
belum menggosok gigi. Ia juga suka menarik perhatian dengan meludah.
Benar-benar wujud atau dongeng, pocong turut
menjadi bahan cerita dalam karya sastera, termasuk filem. Antara yang terbaharu
ialah Pocong the Origin dari Indonesia. Filem bercorak seram itu
diterbitkan pada tahun ini, di bawah arahan Monty Tiwa yang dibintangi Nadya
Arina, Samuel Rizal, Della Dartyan, dan Surya Saputra sebagai watak utama. Pocong
the Origin mula ditayangkan di seluruh Indonesia pada 18 April 2019.
Monty turut menulis lakon layar Pocong the
Origin bersama-sama Eric Tiwa. Filem ini juga menampilkan Tyo Pakusadewo
sebagai Ki , Reza Nangin, Anom Perkasa, Chacha Marisa, Yeyen Lidya, Egi Fedly,
Yama Carlos, Yusri Fahriza, dan Ananta Rispo.
Bagi saya, filem ini lebih kepada misteri daripada
seram. Secara keseluruhan, persembahannya menarik. Bukan sahaja kerana minat
saya, filem road movie ini juga mampu menarik penonton lain.
Walau bagaimanapun, bukan saya sahaja. Ramai yang
rimas kerana di sepanjang durasi, tona Pocong the Origin
suram/remang-remang. Mengapa dihasilkan sebegitu? Mungkin penataan cahayanya
yang sedemikian untuk menyesuai/menimbulkan mood cerita.
Namun demikian, logik dalam filem perlu juga diperhatikan.
Ada tempat dan adegan tetentu yang wajar cerah atau sebaliknya. Bukan di
sepanjang durasi. Logikkah kalau di warung pun remang-remang? Pelanggan mana
yang mahu mendatanginya?
Tidak salah mengambil idea dari filem francais, Batman
yang kerap menampilkan tona suram Gotham City. Walau bagaimanapun, itu hanya
apabila adegan melibatkan kota tersebut. Kecerahan dapat dirasai pada
adegan-adegan lain yang sesuai. Ikutlah logik dalam filem, bukan di luar filem.
Jika wajar kelam suram, sedemikianlah. Begitu juga jika sebaliknya.Mengapa
menggunakan perkataan the origin dalam judulnya? Adakah itu menunjukkan
pocong sebenar? Pocong mana yang sebenarnya dalam filem ini?
Ada dua pocong dalam Pocong the Origin –
cara pergerakannya juga berbeza. Satu daripadanya bergerak melompat-lompat, satu
lagi bergerak terapung laju ke hadapan. Setakat yang saya tahu, pocong bergerak
secara melompat-lompat atau meloncat-loncat.
Dirman (Anom Perkasa), penghulu Kampung Cimacan
membunuh diri. Dia yang turut menuntut ilmu hitam, banaspati, membunuh diri.
Jenazahnya tidak dikebumikan. Dia menjadi pocong yang turut mengganggu Yama
(Samuel Rizal), Sasthi (Nadya Arina), dan Jayanthi (Della Dartyan).
Pergerakannya melompat-lompat/terloncat-loncat ke
hadapan. Walau bagaimanapun, ia ditikam oleh Ki Endang (Tyo Pakusadewo), abang
kepada Ananta (Surya Saputra), ayah Sasthi yang mendapat tahu pocong boleh
dihapuskan dengan sejenis senjata sahaja. Ki Endang orang yang tahu ilmu
perubatan tradisional.
Rupa-rupanya ia bukan pocong yang wajar dibunuh.
Jadi, Ki Endang bersama-sama Yama dan Jayanthi telah ‘tertipu’. Mereka
menyangka pocong itu mayat Ananta. Hal ini menarik walaupun bukan baharu dalam
filem. Filem ‘Hollywood’ kerap melakukan ‘twist’ sedemikian. Filem negara lain,
termasuk Malaysia pun ada.
Mengapa pocong Ananta terapung ketika bergerak laju
ke hadapan (seolah-olah memakai kasut roda berenjin), tidak melompat-lompat/meloncat-loncat?
Ia juga tidak dikebumikan. Orang kampung Cimacan membantah pengebumiannya di
kampung itu.
Ketika bulan merah mengambang penuh, ilmu banaspati
menjadi semakin kuat. Menarik juga kesudahan cerita menampilkan adegan Sasthi
membawa jenayah ayahnya meninggalkan Cimacan entah ke mana.
Anana telah dijatuhi hukuman mati oleh pihak
berkuasa. Sasthi, anak tunggal Ananta perlu membawa jenazah lelaki itu untuk
dikebumikan di kampung halamannya, Cimacan.
Namun demikian, berlaku keanehan sebelum itu.
Ananta tidak mati walaupun telah dua kali dijatuhi hukuman tembak sampai mati.
Rupa-rupanya penuntut ilmu hitam banaspati hanya boleh mati di tangan warisnya
sendiri.
Sasthi datang ke penjara untuk menuntut mayat
ayahnya itu, tanpa peduli ayahnya seorang pembunuh atau tidak. Dalam pergelutan
yang berlaku tanpa diduga di penjara itu memaksa Sasthi menembak ayahnya untuk
mempertahankan diri. Akibatnya, Ananta benar-benar mati.
Ditemani Yama, pemandu penjara, Sasthi perlu tiba
di Cimacan sebelum senja. Malangnya, keadaan menjadi sukar kerana mereka
menghadapi pelbagai gangguan aneh di sepanjang perjalanan. Pemilik warung yang
mengusir Yama kerana membawa mayat Ananta, anak gadisnya menangis kerana
ketakutan, dan enjin kereta mati tiba-tiba, sekumpulan orang membawa keranda
diketuai pemuda berlidah panjang mahu mengambil mayat Ananta. Sebenarnya, semua
itu hanya ilusi.
Jayanthi, wartawan Pos Metro mahu mendapatkan
berita sensasi dari kisah Ananta. Sebenarnya, dia bersaudara dengan mangsa
bunuh Ananta.
No comments: