SASTERA BUDAYA
VAMPIRES PUN
GILA KUASA!
Saya
bersangka baik bahawa penghasilan filem ini dapat memuaskan hati/memenuhi cita-cita
pembikinnya, selain memberi peluang pekerjaan kepada warga industri. Itu
turut
membantu kemajuan industri filem Melayu tempatan.
Ada
rakan secara sinis mengatakan yang jelas dalam filem ini bagi citra Kuala Lumpur
(KL)
ialah paparan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) sahaja.
Bagi
saya, pembikin seolah-olah hanya mahu menggunakan KL sebagai latar tempat
cerita.
Kadang-kadang terasa seperti latar tempatnya ‘antah berantah’ - entah di mana.
Secara
peribadi, saya tertarik dengan lakonan Reen Rahim sebagai Reem Najwa, wartawan
majalah (terlalu cantik sebagai wartawan); Denes Kumar (Khai, jurufoto/rakan sekerja
Reem), dan Donny Alamshyah (Agus/antagonis).
Akhirnya,
saya merumuskan bahawa filem ini membawa kisah kebaikan menentang
kejahatan
(yang akan berterusan sehingga kiamat), tetapi disampaikan dengan
bersusah-payah,
dalam percubaan menampilkan kelainan.
Meskipun
agak sukar diterima, percubaan lari daripada klise ini wajar dipuji. Mengaitkan
Raja
Bersiong boleh dianggap sebagai menarik minat, terutamanya pengkaji, dan/atau
peminat
mitos itu.
Watak
Agus yang melarikan diri/tidak mati setelah pendampingnya, Harad (Yuzz Mohd.
Nor)
dan Van Kordi (Pablo Amirul) ditewaskan oleh Shah (Josiah Hogan), Ratu Citra
Sari
(Raja Ilya), Indera (Aeril Zafrel), Alang (Mustaqim Bahadon), Panglima Awang
(Jeff
Omar),dan
Maya (Ismi Melinda), serta kemusnahan Pisau Bersiong merupakan simbolik pada kejahatan
yang berterusan sehingga kiamat. Hal itu tersirat dalam dialog Shah kepada Ratu
Citra Sari, serta rakan-rakannya pada akhir cerita.
Shah
ialah ketua perajurit Ratu Citra Sari yang bercinta dengan manusia, selain
memastikan
hubungan antara manusia dengan vampires
sentiasa aman.
Antara
masalah filem Melayu tempatan ialah ceritanya tidak berpijak di bumi nyata.
Namun
begitu, ada yang mengaut untung besar. Begitu halnya dengan KL Vampires.
Saya
juga bersangka baik dan berharap pembikinnya mahu membawa kisah kebaikan
menentang
kejahatan. Memang klise, tetapi tidak salah yang baik diulang-ulang.
Jalan
cerita dan watak-watak ditampilkan berbeza untuk mengelakkan kebosanan. Di
situlah
kesukarannya kerana lari daripada kelainan memerlukan kemahiran menulis.
Kelainan
itu semakin enak dinikmati jika semakin biasa/mahir.
Benarkah
puntianak (vampire) wujud, apatah
lagi di Malaysia? Jika ada tanda soal,
ertinya
masih menjadi perdebatan. Selama berabad-abad, manusia tidak pernah
mengetahui
kewujudan vampires dalam kalangan
mereka. Dalam dunia sebenar,
vampire sentiasa dianggap
sebagai mitos. Selalunya dalam kalangan masyarakat, ia
lebih
kepada kisah yang diceritakan pada waktu malam.
KL Vampires mengisahkan vampires mengganas di KL. Tidakkah itu
jauh daripada
kenyataan?
Khabarnya, permohonan dana untuk menerbitkan filem ini tidak dilayan
kerana
pihak pendana mengatakan tiada vampires
di Malaysia.
Pengarahnya
sendiri mengakui dia amat meminati filem-filem fiksyen seperti Star Wars
dan
Close Encounters of the Third Kind.
Tidakkah kedua-duanya kisah khayalan?
Daven.
mendapat idea menghasilkan KL Vampires.
Jelasnya,
pada 2012 dia terbaca tulisan blogger
bernama Nazri Vovinski mengenai vampire.
Dalam tulisannya yang agak lucu, Nazri menyebut kewujudan vampires di
Malaysia.
Daven. pula bermimpi mengenai vampire
jahat yang mahu menguasai dunia,
lalu
bertekad mengarah filem mengenainya.
Tambah
Daven., setelah melakukan penyelidikan tentang vampire, dia berjumpa
dengan
Nazri untuk urusan lakon layar KL
Vampires. Menurut Nazri, dia gagal
memperoleh
dana bagi pembikinan filem berkenaan kerana pendana menganggap
kisah
vampire hanya khayalan. Lakon layar
turut diolah oleh penulis bersama-sama,
Saiful
Zaidrin
Daven.
terus menyelidik sehingga terbaca mitos Raja Bersiong, lantas mendapat idea
mencipta
jagat vampire di Malaysia. Penggambaran
dijalankan di Kuala Lumpur (35
hari),
dan beberapa buah lokasi di Jogjakarta seperti Istana Air Taman Sari (20 hari)
pada
2016.
Ada
yang teruja apabila mengetahui penerbit membawa koreografer filem Indonesia,
The Raid Redemption, Mus Danang (Pak E).
Selain Donny, turut berlakon ialah Cecep
Arif
Rahman (Rudi Hikayat). Mereka, termasuk Raja Ilya, yakin KL Vampires mampu
tampil
luar biasa dengan kehadiran Donny dan Cecep.
Lakonan
Donny membekas, tetapi kemunculan Cecep hanya seketika dan wataknya
dibunuh
oleh Agus. Koreografi adegan pertarungan oleh Pak E, dan Wong Choon Meng
(Malaysia),
serta Donny barangkali akan lebih baik jika tiada imej janaan komputer
atau
CGI, dan tali.
KL Vampires mengisahkan dua buah
kumpulan vampires yang merupakan
keturunan
Raja
Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, tetapi darah sintetik.
Kerajaan
vampires yang terkuat ketika itu
dipimpin oleh Ratu Citra Sari, dengan
bantuan
Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai Agus, anak Panglima Adi Wijaya, yang
mengkhianati
Raja Bersiong, ayah Ratu Citra Sari.
Kira-kira
200 tahun lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya, serta bala
tenteranya
dengan menimbus mereka di dalam tanah menggunakan menteranya. Agus
cuba
membangkitkan semula tentera-tentera tersebut, yang hanya dapat dilakukan
dengan
Pisau Bersiong, dan mentera khas.
Selepas
bersusah-payah dalam perebutan pisau itu, bagaimana akhirnya ia dimiliki
Encik
Jamal (Azri Iskandar), editor majalah Reem dengan wajah mencurigakan?
Bagaimana
pisau itu masih ada, meskipun telah dimusnahkan oleh Ratu Citra Sari?
Barangkali
Jamal itu ‘seseorang’. Bagaimana Reem juga berdarah vampire? Mungkin
filem
ini akan disambung.
No comments: