Kerana Kau Covid-19

 

 

Ajaibnya kau dan istimewa

semua arahan lain gagal menghentikan

semua tempat tidak murni

sebagaimana kau lakukan

walaupun tanpa suara dan rupa

 

Siapa kau sebenarnya

kenapa memberi kebaikan dan keburukan

yang membuat manusia dilema

 

Hari ini ramai manusia melihat

alam memulih indah kembali

tanpa menyedari

merekalah punca keburukan

gembira tetapi perlu memilih antara

bumi memulih dengan ekonomi memerih

 

Pusat judi dihentikan

tetapi, masjid pun sedemikian

kelab malam dimatikan

namun, surau pun sedemikian

 

Ketika meminta kau pergi

manusia risau alam tenat kembali

sewaktu meminta kelestarian

menyempit pula penerus kehidupan

 

Raja Yusof Ariffin

No comments:

Powered by Blogger.