EKONOMI
TUJUH DEKAD CO-OPBANK PERTAMA KEKAL RELEVAN
PADA 7 Jun 2021
depan, Co-opbank Pertama (CBP) genap berusia 71 tahun. Ia telah diiktiraf oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah bank pada
September 2014.
Sehingga kini, CBP memiliki 26 cawangan di seluruh negara, yang
menawarkan pelbagai produk Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat,
Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan, serta Takaful dan Wasiat.
Bersempena dengan Ramadan 1442 Hijrah, dan tanda kesyukuran,
pada 23 April lalu, CBP menganjurkan majlis iftar yang meraikan 30 pelajar dan
golongan asnaf, serta pengamal media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
(WTCKL, yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra - PWTC).
Para pelajar tersebut dari Sekolah Kebangsaan Danau Kota,
dan Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 1 yang menerima sumbangan duit Raya, dan
kelengkapan sekolah.
Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi CBP, Kamari Zaman
Juhari mengatakan CBP sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan
seperti gelandangan, golongan asnaf, anak yatim, pelajar sekolah, dan
lain-lain.
Menurut Kamari, jenis bantuan dan bentuk sumbangan yang
diberikan berbeza, serta bergantung pada keperluan dan permintaan. Tambah
beliau, ia merupakan tanggungjawab sosial BCP kepada masyarakat setempat di
setiap cawangan CBP.
Dalam majlis itu, Kamari turut menyampaikan plak penghargaan
kepada wakil-wakil media cetak dan media elektronik atas kerjasama, dan
sokongan kepada CBP selama ini.
Tegas Kamari, media banyak membantu dan memainkan peranan
penting demi memastikan jenama CBP kekal relevan dalam kalangan masyarakat
sejak tujuh dekad lalu.
Turut menyerikan majlis iftar itu ialah penyampaian tazkirah
selama kira-kira 45 minit oleh PU Raihan.
No comments: