LAPAN RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP DALAM ‘LOCKDOWN’
DUA puluh tiga pelakon handalan akan
muncul menjayakan kisah realiti kehidupan semasa wabak pandemik maut di Astro
Ria dua hari lagi.
Mereka membintangi ‘Lockdown’, terbitan syarikat produksi U2
Media Sdn Bhd. Drama bersiri ini membawakan pelbagai ragam dan kisah suka duka
rakyat Malaysia meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu di sepanjang tempoh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih dikenali sebagai PKP.
Lapan cerita berbeza bakal
dipersembah menerusi paparan 10 episod yang diinspirasikan daripada situasi
sukar yang perlu diharungi segenap masyarakat sejak diuji oleh penularan COVID-19.
Cerita asal dan skrip drama ‘Lockdown’ diilhamkan oleh pengarah
prolifik, Erma Fatima, dan mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul
tanggungjawab sebagai pengarahnya.
Penceritaan setiap kisah dalam ‘Lockdown’ bakal menampilkan lakonan
mantap penuh emosi 23 pelakon handalan.
Antara mereka termasuklah nama besar
seperti Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Izzue
Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat,
Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah,
dan Balkisyh Semundur Khan.
‘Lockdown’
akan disiarkan pada setiap Isnin sehingga Khamis, jam 11 malam mulai 26 Julai
2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104), serta boleh distrim menerusi
aplikasi Astro GO, dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
No comments: