SOSIAL
PRIHATIN, DXN SANTUNI MANGSA BANJIR BESAR KAMPUNG BESTARI JAYA
MANGSA banjir besar Kampung Bestari Jaya pada 17 dan 18 Disember 2021 lalu menerima sumbangan dalam Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), dan DXN Holdings Berhad (DXN).
Pada 6 Februari 2022 lalu, kira-kira 392 orang daripada mereka hadir mendapatkan sumbangan tersebut di kampung berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.
Dalam ucapan beliau, Tan Sri Noh menegaskan agensi-agensi Kerajaan, syarikat korporat, serta individu perlu menunjukkan keprihatinan mereka dengan memberikan sokongan tanpa mengira aspek dana kewangan, sumbangan barangan mahupun tenaga dalam membantu penduduk yang terkesan akibat wabak penyakit mahupun bencana banjir yang melanda.
Sebahagian daripada sumbangan untuk mangsa banjir besar Kampung Bestari Jaya 17-18 Disember 2021 sedang diturunkan dari lori.
Se Sebahagian daripada mangsa banjir besar Kampung Bestari Jaya 17-18 Disember 2021 yang hadir menerima sumbangan.
6.
Program yang turut dihadiri Tan Sri Daud Bakar dan Datuk Abdul Malik Abdullah.
Tan Sri Noh Omar menyampaikan ucapan dan pesanan beliau.
Salah seoang mangsa banjir besar Kampung Bestari Jaya 17-18 Disember 2021 sedang mengemas kini pendaftarannya untuk mendapatkan bantuan.
WWakil penduduk berucap menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada penganjur Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN, dan Tan Sri Noh Omar.
3.
Tan Sri Noh Omar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada lima mangsa banjir dalam sesi simbolik penyerahan Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN di Kampung Bestari Jaya, 6 Februari 2022 lalu
“Para pemimpin masyarakat juga perlu menunjukkan teladan dengan turun padang bersama-sama menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir besar bagi membantu, dan mengurangkan beban hidup mereka,” ujar Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.
Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN merupakan satu
daya usaha hasil kolaborasi strategik badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi
korporat yang cakna dengan keadaan mangsa-mangsa banjir besar 17-18 Disember
2021.
Program berkenaan dilaksanakan bagi menyahut
seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama, dan hidup sebagai
‘Keluarga Malaysia’ yang saling membantu.
Ekoran program yang berkesan untuk membantu
lebih ramai mangsa banjir, DXN berbesar hati menambah peruntukan sebanyak RM1
juta. Justeru, jumlah keseluruhan sumbangan dana meningkat menjadi RM2.56 juta
untuk tujuan gerak kerja misi khas Pasca Banjir Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN.
Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif DXN,
Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali menjelaskan
bahawa Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN telah berlangsung sejak
penghujung 2021 selepas tragedi banjir besar tersebut.
“Dalam menggalas tanggungjawab sebuah yayasan
yang memegang tunjang aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ hasil cetusan idea Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, PRIHATIN akan terus
menyalurkan bantuan, dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir,” tambah Mohd
Aizuddin.
Oleh yang demikian, katanya lagi, menerusi
usahasama strategik ini, PRIHATIN dan DXN dapat membantu, dan menjalankan gerak
kerja yang pantas, di samping menghulurkan sumbangan untuk memenuhi keperluan,
dan meringankan beban mangsa.
“Insya-Allah, PRIHATIN dan DXN akan terus
komited dan konsisten membantu mangsa banjir besar ini,” tambah Aizuddin dalam
majlis yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Tan Sri Daud Bakar dan Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia
(FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah.
PRIHATIN melihat hasil hubungan dengan
syarikat korporat seperti DXN ini akan terus diperkasakan menerusi pelbagai
program yang dirancang bersama-sama pada 2022.
PRIHATIN merupakan organisasi kebajikan yang
ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin, dan tidak
mampu, terutamanya dalam golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik,
melibatkan tiga teras utama, iaitu pendidikan keusahawan, dan kepimpinan.
Ia juga menjadi penggerak utama membantu
kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program
bercorak kemasyarakatan di seluruh negara.
1.
2.
4.
5.
7.
8.
9.
No comments: