PENDIDIKAN
Demi Kemajuan Pendidikan untuk Pacu Pertumbuhan Negara
KERJASAMA TIGA PENJURU UNITAR-UPNM-PRIHATIN
PADA 3 Oktober 2022 lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan, dan pendidikan tinggi bagi pemacuan pertumbuhan negara.
Kerjasama tiga penjuru PRIHATIN-UNITAR-UPNM ini:
- merupakan kerjasama dalam siri Jelajah Pendidikan Prihatin bagi membantu kategori pelajar B40 yang memenuhi syarat kemasukan ke UNITAR dan UPNM.
- juga kolaborasi dalam penganjuran program pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan bagi meningkatkan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar UNITAR.
- menjalankan kolaborasi latihan pemindahan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
- Melaksanakan program-program akademik dan program-program lain yang memberi faedah kepada kedua-dua institusi pengajian tinggi UNITAR-UPNM, misalnya Micro-Credentials.
Memorandum persefahaman Yayasan Prihatin Nasional dengan Universiti Antarabangsa UNITAR dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan, dan pendidikan tinggi bagi pemacuan pertumbuhan negara.
Acara penyerahan sumbangan MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak, berupa komputer riba, wang tunai, dan keperluan kelengkapan diri.
Turut hadir dan menyempurnakan majlis MoU, serta menyaksikan ia ditandatangani ialah Timbalan Menteri Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Pengerusi Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Menurut Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam ucapan beliau, UNITAR yang meraikan sambutan jubli peraknya yang ke-25 tahun ini, merupakan universiti maya pertama di Asia Tenggara yang mampu mewujudkan inisiatif dan aktiviti berasaskan teknologi, seperti pembelajaran dalam talian yang telah menjadi nadi, dan kepakaran UNITAR yang telah diiktiraf ramai dalam industri pendidikan.
“UNITAR kini memiliki Sekolah Pengajian Siswazah yang menempatkan segala program akademik dan inisiatif berkaitan pasca siswazah dengan lebih 50 profesor adjung, yang terdiri daripada para pemimpin industri ada kepakaran, berpengalaman, dan berwibawa,” tambah Profesor Tan Sri Ir Dr Sahol.
Beliau yakin pengetahuan mereka yang mendalam serta pengalaman yang luas dalam industri akan memberikan nilai tambah kepada segala bentuk kerjasama antara UNITAR, UPNM dengan PRIHATIN.
Acara penyerahan sumbangan MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak, berupa komputer riba, wang tunai, dan keperluan kelengkapan diri.
Hasil perbincangan antara UNITAR dengan UPNM,
kedua-dua universiti tersebut yang melalui pemeteraian MoU, mahu mewujudkan
kerjasama dan menerokai peluang untuk membangun, meyokong dan memperkaya
pembangunan penyelidikan, dan pendidikan tinggi dalam bidang yang akan memberi
manfaat kepada kedua-duanya seperti:
·
menjalankan kolaborasi latihan pemindahan
teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian;
·
melaksanakan sangkutan staf (staff attachment) kepada staf akademik,
dan bukan akademik;
·
membangunkan kolaborasi penyelidikan dalam
bidang-bidang tujahan yang berkaitan, dan,
·
melaksanakan program-program akademik dan
program-program lain yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak, misalnya Micro
Credentials.
Sementara itu, Naib Canselor UPNM, Leftenan
Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dalam ucapan beliau menyatakan pihaknya beraspirasi
dan sentiasa percaya bahawa setiap ahli masyarakat, khususnya anak-anak muda
yang berasal dari keluarga yang memerlukan, mesti diberikan sokongan sewajarnya,
dan peluang untuk memperoleh akses pendidikan terbaik.
“Dalam merealisasikan hasrat ini, UPNM berasa
bahawa UNITAR dan PRIHATIN adalah rakan-rakan strategik yang sesuai untuk
sama-sama berkongsi wadah sepunya bagi membina kemampuan mahasiswa sebagai
bakal pemimpin masa hadapan,” ujar Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya.
Tambah beliau, sebagai antara universiti
swasta terawal ditubuhkan di Malaysia, UNITAR amat terkenal dan disegani dengan
prestij, serta kehebatannya dalam penawaran pelbagai program pengajian.
“Ekosistem PdP dalam talian bertaraf global
yang menerima penarafan QS 5-Bintang pula ialah pencapaian yang menjadi bukti
kerja keras warganya,” jelas Datuk Hasagaya yang merasakan bahawa peningkatan
kapasiti UNITAR yang begitu luar biasa, menjadi insprasi dan contoh terbaik
dalam amalan tadbir urus kepada universiti lain termasuk UPNM.
“Sehubungan itu, saya percaya kerjasama UPNM
dengan UNITAR akan membuahkan hasil yang baik untuk memacu perkembangan positif
dalam penyelidikan, dan pendidikan tinggi,” tambah beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd
Aizuddin Mohd Ghazali pula menegaskan matlamat pihak beliau sebagai rakan
strategik adalah mengangkat martabat, serta menjayakan program-program
berteraskan pendidikan, untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia mendapatkan
ilmu pengetahuan, dan peluang melanjutkan pengajian ke menara gading.
Bersempena dengan MoU tersebut yang juga
sebahagian daripada aktiviti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM), turut
diadakan acara penyerahan sumbangan MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak, berupa komputer riba,
wang tunai, dan keperluan kelengkapan diri.
Sehubungan itu, tambah Dato’ Mohd Aizuddin dalam
ucapannya, MAIWP yang menjadi rakan strategik PRIHATIN sejak penubuhan, telah
banyak menyumbangkan dana bagi memastikan program-program PRIHATIN terlaksana,
seperti penyerahan sumbangan pada majis MoU ini.
“Saya harap PRIHATIN dapat memeteraikan
perjanjian dan bekerjasama dengan lebih banyak universiti awam mahupun
universiti swasta, serta agensi kerajaan bagi membantu meringankan beban lebih
ramai anak Keluarga Malaysia, masyarakat dan rakyat malaysia yang terkesan, dan
tidak bernasib baik, di samping dapat menyahut seruan kerajaan yang menekankan
prinsip Keluarga Malaysia,” tambah Mohd Aizuddin.
Beliau turut merasakan menerusi kerjasama
PRIHATIN bersama-sama UNITAR dan UPNM, pelbagai aktiviti dan program dapat
dirancang, dan dilaksanakan bersama-sama dalam pembangunan pelajar yang berdaya
saing ke arah melahirkan modal insan, dalam kalangan graduan untuk menjadi
pemimpin pada masa hadapan.
Jelajah Pendidikan Keluarga
Malaysia 2022 (JPKM) merupakan kesinambungan dari Jejalah Pendidikan Bumiputera
yang dianjurkan pada 2016-2018. Program berbentuk pameran pendidikan ini melibatkan
penyertaan seluruh universiti awam dan institusi kemahiran tinggi dalam negara.
JPKM 2022 juga merupakan
projek khas Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan
tinggi negara kepada seluruh masyarakat, terutama penduduk di kawasan pedalaman
ataupun luar bandar.
Sekretariat JPKM menjelajah
ke seluruh negara bagi mencari, mengenal dan membantu sasaran seramai 50,000
pelajar lepasan SPM tahun 2016-2021 yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang
kurang bernasib baik, dan kurang kemampuan dari segi kewangan di seluruh
negara.
Bagi program JPKM Peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama penuh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP), pihak PRIHATIN dan MAIWP membantu dan membimbing
anak-anak asnaf di Kuala Lumpur bagi menempatkan mereka di institusi pendidikan
yang sesuai, dan layak dengan keputusan mereka.
Justeru, JPKM yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri telah menyediakan peluang kedua bagi anak-anak
Keluarga Malaysia dalam mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang
terpilih agar dapat mengubah destini masa hadapan yang lebih cemerlang.
JENIS-JENIS BANTUAN JPKM PRIHATIN-MAIWP
- pemberian cermin mata percuma
- bantuan awal tunai pendidikan
- bantuan komputer riba
berjenama
- bantuan kelengkapan asas
ke IPT (beg bagasi)
- alat tulis dan buku nota
-
tuala, cadar dan selimut
- alat penjagaan diri
- pemacu keras luaran
No comments: