MUZIK

 

Irama Keroncong Penuhi Panggung Sari Istana Budaya

 

TIGA penyanyi veteran tanah air, iaitu Dato’ Yusni Hamid, Dato’ Khaty Ibrahim, dan Dato’ Awie mendendangkan lagu popular masing-masing dalam irama keroncong pada Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia (KAIKM) di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos lalu.


Dato’ Yusni, 71 tahun, atau nama sebenarnya, Aisah Mohd Shariff mengalunkan Kau yang Ku Nanti daripada album solo pertama beliau, Ku Tak Mengerti pada 1982 yang menjadi lagu penutup konsert anjuran Irama Studios itu.

 

Dato’ Khaty, 64 tahun, yang nama sebenar beliau, Khadijah Ibrahim menyanyikan Ku Pendam Sebuah Duka daripada album berjudul serupa pada tahun 1987, turut diiringi anak perempuannya, Siti Hajar yang menjadi salah seorang penyanyi latar.

 

Dato’ Awie, 55 tahun, atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman yang juga antara penyanyi rock unggul tanah air, mendendangkan Ratuku daripada album solo beliau, Awie Live Unplugged (1995).

                                                             

                                Aksi Dato' Awie sewaktu meng'keroncong'kan lagu hit solonya, Ratuku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh kerana menganggap keroncong ada keunikan serta keistimewaan tersendiri, dan antara genre muzik yang cukup berpengaruh dalam kalangan masyarakat kita, Irama Studios menganjurkan KAIKM dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital, serta Mycreative Ventures Sdn Bhd.

 

Persembahan para penyanyi dalam konsert berkenaan diiringi pemuzik yang cukup prolifik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu. Orkestra tersebut merupakan kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada 2004, seiring dengan penubuhan Irama Studios sendiri.

                                                                                          

Mahzan Manan turut bertindak sebagai konduktor muzik persembahan untuk lagu-lagu Bisikan HatiKenang Daku dalam DoamuPerwiraInginkan KedamaianWinter SonataCinta AbadiRatukuMalam Bulan Dipagar BintangSelamat Tinggal Bungaku, dan Kau yang Ku Nanti.


Tegas Haji Mahzan Manan selaku pengasas Irama Studios, yang paling utama ialah keinginan pihak beliau agar irama keroncong terus bersemarak, dan perkasa dalam era sekarang kerana keunikan, dan keistimewaannya yang  tersendiri.

 

KAIKM juga tidak dikhususkan untuk peminat tegar sahaja. Irama Studios mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk ikut mengenali, seterusnya menikmati irama keroncong yang tidak wajar dilupakan. Ia cuba membuka mata dan menghimbau kembali lagu-lagu lama yang nostalgik menerusi lantunan vokal penyanyi-penyanyi hebat tanah air,” jelas Haji Mahzan.

                                     

Dato' Awie dan Datin Alyah mendendangkan antara lagu popular Tan Sri P Ramlee-Puan Sri Saloma, Malam Bulan Dipagar Bintang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Justeru, Irama Studios menjemput Khaty, Awie dan Datin Alyah yang tidak sinonim dengan irama keroncong. Mereka disokong oleh tiga orang pelapis dari generasi baharu, iaitu Rasyidah Abd. Rahim (juara Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (juara Bintang Nostalgia 2013), dan Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong).

 

Alyah yang juga isteri kepada penggubah lagu dan penerbit album terkenal, Datuk Ramli MS, membuka KAIKM dengan lagu popular Allahyarham Datin Rafeah Buang, iaitu Bisikan Hati.

 

Sebelum muncul dengan Kau yang Ku Nanti sebagai lagu penutup konsert tersebut, Yusni turut mendendangkan Kenang Daku dalam Doamu (Tan Sri S. M. Salim), dan Senandung Lagu Lama (Kartina Dahari).

 

Dato' Awie dan Datin Alyah mendendangkan antara lagu popular Tan Sri P Ramlee-Puan Sri Saloma, Malam Bulan Dipagar Bintang.


Kathy turut berduet dengan Rizal mendendangkan lagu kesukaan ramai beliau bersama-sama legenda Datuk Ramli Sarip pada 1991, iaitu Doa Buat Kekasih.

 

Awie yang bergurau apabila mengatakan beliau salah gelanggang kerana menyanyi keroncong, kemudian berduet dengan Alyah mendendangkan lagu lama popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma, iaitu Malam Bulan Dipagar Bintang.

 

Namun demikian, para penonton yang menanti kemunculan juara Big Stage 2019, Han Byul, kecewa kerana penyanyi kelahiran Korea tersebut tidak dapat beraksi pada saat-saat akhir ekoran masalah teknikal, walaupun khabar telah berlatih dengan bersungguh-sungguh.

 

Secara keseluruhannya, saya memilih Jamilah sebagai penyanyi terbaik untuk KAIKM. Rasyidah juga merdu, tetapi kadang-kadang kedengaran mirip suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Suara Rizal yang turut mengalunkan lagu Selamat Tinggal Bungaku, nyanyian S. M. Salim, dan Oh Pelangi tidak kurang mantap, tetapi tiada lenggok tubuh.

 

Selain Oh Pelangi, terdapat beberapa lagi lagu yang tidak ‘mesra telinga’. Meskipun bersuara merdu dan lenggok tubuh penyanyi tulen keroncong, tetapi Jamilah mendendangkan lagu yang tidak popular, iaitu Inginkan Kedamaian, dan Puteri Gunung Ledang. Cuma, ketiadaan Byul membolehkan beliau menyanyikan lagu terkenal, Winter Sonata dalam bahasa Melayu, dan Korea.

 

Sepatutnya Byul mendendangkan lagu berkenaan, dan Cinta Abadi. Sebaliknya, Rizal diberikan tanggungjawab sebagai penyanyi pengganti untuk lagu nyanyian asal Dato’ DJ Dave itu.

 

Musafir Lalu dan Bersyukurlah dendangan Rasyidah dengan begitu baik juga bukan lagu terkenal. Begitu pun, nyanyiannya untuk Perwira (nyanyian asal Saloma) yang sangat popular memang merdu, dan memikat.      

 

Mahzan turut bertindak sebagai konduktor muzik persembahan. Beliau bertanggungjawab untuk lagu-lagu Bisikan Hati, Kenang Daku dalam Doamu, Perwira, Inginkan Kedamaian, Winter Sonata, Cinta Abadi, Ratuku, Malam Bulan Dipagar Bintang, Selamat Tinggal Bungaku, dan Kau yang Ku Nanti.

 

Konsert tersebut turut menampilkan Jaafar Abd. Rahman@Idris (Jari) sebagai konduktor undangan. Jari bertanggungjawab untuk lagu-lagu Senandung Lagu Lama, Musafir Lalu, Oh Pelangi, Doa Buat Kekasih, Ku Pendam Sebuah Duka, Puteri Gunung Ledang, dan Bersyukurlah.

 

Tiket-tiket menyaksikan KAIKM berharga RM588.00, RM388.00, RM288.00, RM188.00, dan RM88.00.

                       

No comments:

Powered by Blogger.