PELANCONGAN

 

‘Kaki Beli-Belah’ Boleh Ikut Cik SHOPhia di Pulau Pinang Oktober Ini

 

PAMERAN pelancongan besar dan utama di Malaysia, iaitu Miss SHOPhia Go Travel akan berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2023 di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.

 

Dalam acara anjuran Tourism Malaysia itu, para pelancong boleh menikmati pengisian yang hebat seumpama pesta hujung tahun, serta menjanjikan persefahaman, dan diskaun menarik.

 

Justeru, ‘kaki beli-belah’ perlu mengunci tarikh, dan bersedia menyertai Cik SHOPhia yang suka melancong.

))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

                                        


 Dari kiri; Encik Ooi Chok Yan, Encik Manoharan Periasamy, dan Encik Shahrin Mokhtar.
 

Antara persembahan lain yang akan turut memenuhi Miss SHOPhia Go Travel, termasuklah penyanyi jalanan (buskers), demonstrasi memasak dan spa, Roda Impian Cik SHOPhia, aksi artis tempatan, dan cabutan bertuah.

 

Tidak cukup dengan itu, penganjur turut mengadakan Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 dalam usaha untuk menarik pengunjung/penyertaan pada 28 Oktober.

 

Sebagai langkah memberi penjelasan mengenai pemburuan beli-belah Cik SHOPhia 5.0 itu, Tourism Malaysia menganjurkan majlis prapelancarannya bersama-sama Miss SHOPhia Go Travel pada 19 September lalu di Bilik Audio Visual, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

                                                                                                                           

Encik Ooi Chok Yan, Encik Manoharan Periasamy, dan Encik Shahrin Mokhtar bersama-sama sebahagian daripada tenaga penggerak penting acara.

                                                                     

**********************************************************************************

Pelancaran kedua-duanya disempurnakan oleh Pengarah Kanan merangkap Pemangku Timbalan Ketua Tourism Malaysia, Encik Manoharan Periasamy, mewakili Ketua Pengarah, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar.

 

Secara khususnya, Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 diadakan sebagai platform untuk membangkitkan kesedaran terhadap keindahan Pulau Pinang, sekali gus mengangkat ikon Miss SHOPhia Go Travel, iaitu Cik atau Miss SHOPhia sendiri.

 

Turut hadir dan memberikan maklumat tambahan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT), Encik Ooi Chok Yan, dan Pengarah, Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Encik Shahrin Mokhtar.

 

Pada tahun ini, para peserta digalakkan memilih cara melancong yang bijak-selamat, seperti menggunakan pengangkutan awam, dan keselesaan perkhidmatan e-hailing, untuk pergi ke mana-mana ‘syurga’ beli-belah, tapak-tapak warisan UNESCO, serta keseronokan kulinari (masak-memasak), dan banyak lagi.

 

Dalam urusan ini, Tourism Malaysia bangga berkolaborasi dengan PGT sebagai rakan strategik, serta tempat acara tajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, The Top Penang, dan Gurney Paragon Mall, juga Penerbangan Malaysia Berhad, dan Firefly sebagai rakan penerbangan.

 

Menurut Encik Manoharan, untuk memperkenal keindahan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang khususnya, Tourism Malaysia akan mengendalikan trip membiasakan diri untuk rakan-rakan media dari Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei dan India.

 

Antara penaja yang memberikan penajaan termasuklah VISA (gerbang pembayaran), OZO Georgetown The Granite Luxury Hotel, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, serta pasar raya-pasar raya besar seperti Design Village, 1st Avenue Mall, Gurney Plaza, dan Sungei Wang Plaza.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

                                            

                                      

Majlis Prapelancaran Miss SHOPhia Go Travel dan Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 pada 19 September lalu di Bilik Audio Visual, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Miss SHOPhia Go Travel dan Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 bakal menonjolkan kekayaan kebudayaan, tempat beli-belah yang menggetarkan perasaan, tapak-tapak warisan UNESCO, dan kepelbagaian gastronomi Pulau Pinang, yang memberikan pengalaman abadi kepada pelancong dalam, dan luar negara,” tegas Manoharan.

 

Menerusi beberapa inisiatif ini, tambah beliau, Tourism Malaysia mahu menitikberatkan kemudahperolehan, dan keindahan destinasi yang mempesonakan, sambil menyokong pilihan

cara melancong yang bijak-selamat.

 

Mengenai pemilihan nama SHOPhia, Manoharan menjelaskan ia sesuai kerana diambil daripada perkataan Shop sendiri.

 

“Tidak kena dan tidak cantik jika menggunakan nama Limah, dan sebagainya walaupun popular kerana tiada kaitan atau kesinambungan dengan shop,” kata beliau.

 

Penjelasan tersebut diperkuat oleh Encik Shahrir yang mengatakan kita semua dapat melihat huruf besar dalam ejaan nama Shophia, iaitu SHOPhia.

 

Untuk turut serta, orang ramai perlu mengimbas kodbar pada poster, mengisi borang, dan membuat pembayaran. Para peserta yang datang melalui udara juga boleh memastikan perolehan tiket penerbangan, dengan menggunakan kod promo untuk membuka diskaun eksklusif menerusi www.malaysiaairlines.com, dan www.fireflyz.com.my.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.malaysia.travel, atau ikuti Facebook Miss SHOPhia.

 

Juga boleh menghubungi:

 

Nurushama Abdul Hanan

Timbalan Pengarah

Bahagian Pembangunan Pakej

nurushama@tourism.gov.my

Tel: +603 8891 8516

 

Muadz Samat

Penolong Pengarah

Bahagian Komunikasi Korporat

muadz@tourism.gov.my

Tel: +603 8891 8755


- RAJA YUSOFF ARIFFIN

                                                                                       



No comments:

Powered by Blogger.