SENI TARI
TERM ’23 Usaha Mengangkat Lagu Tempatan Berkonsep Irama Malaysia dengan Tarian
FESTIVAL Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM ‘23) merupakan acara pertama kalendar Syurga Budaya Dunia Melayu (MWCP).
Anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tujuan penting penganjuran TERM ‘23 ialah mengangkat lagu-lagu ciptaan tempatan berkonsep Irama Malaysia khasnya agar tidak terus hilang ditelan zaman, dalam kalangan penggiat seni negara masa kini.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((( (((((((((((((((((((((((((((((((
Masyhur Malaysia, iaitu persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum, dengan lagu Malaysia Truly Asia menutup tirai slot persembahan khas yang berdurasi 45 minit oleh Artis MWCP Creative Toupe, dua kali sehari selama 45 hingga 60 minit - menampilkan Noraniza Idris sebagai penyanyi.
Noraniza Idris menyampaikan ucapan alu-aluan beliau sebelum pelancaran TERM '23.
***********************************************************************************
Program yang berlangsung di Panggung Bandaraya pada 16 dan 17 September lalu ini dirancang untuk komuniti menerusi pendekatan pertandingan, serta persembahan tarian dan nyanyian pelbagai kaum etnik di Malaysia oleh Ratu Etnik Negara, Noraniza Idris menerusi sebuah repertoire berdurasi 45 minit diberi nama Masyhur Malaysia yang turut dilancarkan untuk tontonan umum bersempena dengan Hari Malaysia 2023 (ke-60 tahun).
Dengannya, pengunjung berpeluang menghayati keunikan seni budaya pelbagai kaum di Malaysia, selain mengenali adat resam, penyatuan bangsa menerusi bahasa dan peradaban yang mampu menzahirkan rasa cinta kepada bangsa, dan negara.
Acara TERM ‘23 yang paling utama adalah pertandingan peringkat kebangsaan yang menghimpunkan lebih 600 peserta dari seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan tarian evolusi etnik, dan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu 10 hingga 14 tahun, dan 15 tahun ke atas/umum. Ia diadakan selama dua hari, iaitu bermula jam 8 malam hari pertama, dan kedua TERM ‘23.
Masyhur Malaysia merupakan acara istimewa TERM ‘23
yang kedua, iaitu persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan
kepelbagaian kaum menerusi. Lagu Malaysia
Truly Asia menutup tirai slot persembahan khas yang berdurasi 45 minit oleh
Artis MWCP Creative Toupe. Ia dipersembah dua kali sehari selama 45 hingga 60
minit.
Siti Sarah Ahmad Jamil @ Mami telah bertindak sebagai pengacara dengan cemerlang.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Pada sebelah malam, Masyhur Malaysia menyerikan acara pembukaan, selingan dan penutupan pertandingan TERM ‘23 peringkat kebangsaaecara terperincinya, TERM ‘23 bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti pengkarya tempatan, dan masyarakat umum kepada modal insan, dan semangat patriotisme yang tinggi.
Ia juga mahu
membina dan memajukan lagi industri muzik Irama Malaysia sebagai salah satu
pelantar khas secara berterusan, untuk kekal relevan di hati masyarakat.
Seterusnya TERM ‘23 menitikberatkan nilai-nilai murni, serta keharmonian dan perpaduan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, seiring dengan objektif Malaysia Madani.
Selaras juga dengan objektif pemulihan sektor pelancongan Malaysia, TERM ‘23 menjadi produk kesenian yang menampilkan identiti rakyat Malaysia berbilang kaum, sekali gus mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia akan datang.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pelancaran TERM
’23 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan,
Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Encik Izwan Razih Saleha Ped pada 16
September lalu.
Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Noraniza
atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani menegaskan penganjuran TERM ‘23 adalah tanda kesungguhan pihak beliau mengangkat,
dan mempertahan kesenian bangsa.
Kesungguhan tersebut dizahirkan menerusi pertandingan yang juga dijalankan dengan serius.
Ertinya, usaha pemartabatan tidak hanya
dengan persembahan untuk hiburan semata-mata.
“Ketegasan
dalam pertandingan yang secara langsung melahirkan disiplin adalah menetapkan tempoh tertentu untuk
persembahan setiap kumpulan. Lima minit
adalah tempoh yang ditetapkan. Durasi persembahan tidak boleh kurang atau
melebihi lima minit,” jelas Kak Ani.
Satu lagi syarat ialah lagu-lagu yang digunakan oleh peserta hanyalah nyanyian Kak Ani sendiri seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang,
Ngajat Tampi, Awallah Dondang, dan Joget
Jauh Pandangan.
Persembahan setiap kumpulan diadili Zainal Abiddin
Bujang, Mohd Hairil Anuar Bari, serta ketua juri, Mohd Seth Hamzah.
Turut hadir adalah Protokol & Penyelia TERM ‘23,
Tuan Haji Jeffri Iman Haji Hoodi, dan Mohd Seth, merangkap Koreografer TERM ‘23.
Hari pertama TERM ‘23 diisi oleh acara sambutan
selamat datang oleh Tatihseni Tari dan hidangan minuman selamat datang, persembahan
kebudayaan ‘Inspirasi Anak Malaysia’ oleh Tatihseni Kreatif, persembahan
kebudayaan Masyhur Malaysia dengan
penampilan khas Kak Ani sendiri, dan pertandingan Tarian Evolusi Etnik Rakyat
Malaysia 2023 kategori 10 hingga 14 tahun, serta majlis penyampaian hadiah.
Kategori pertandingan tarian ini disertai 11 kumpulan. Antaranya
termasuklah Sri Kirana, Geliga Sahmura
Sarawak, Puteri Gemalai Tari, Sanggar Mustika, Sinar Tari, dan Sutera Gemalai
Tari.
Hari pertama TERM ‘23 itu juga menampilkan acara perarakan ‘Rentas Budaya’ dari Dataran
Merdeka ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, diiringi paluan kompang, dan
hidangan minuman selamat datang.
Acara pada hari
kedua
TERM ’23 tiada berbeza dengan hari pertama, kecuali Bengkel Santai ‘Silang Budaya’ Serampang
12 dan Joget Dondang Sayang di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Istimewanya, acara ini dijayakan oleh Sanggar Budaya Hang Tuah, Medan, Indonesia yang
bergabung dengan MWCP Creative.
Selain itu, pertandingan
Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 adalah untuk kategori 15 tahun ke
atas dan terbuka, yang diakhiri majlis penyampaian hadiah.
Antara kumpulan yang mengambil bahagian termasuklah Gemalai Tari Majidi, Asmaraloka Saujana,
Tiaramaatra, Lenggang Serayu, dan Kesenian Persadatari.
Majlis penutupan TERM ‘23 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Encik Mohd Amran Mohd Haris.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: