SASTERA
Sembilan Resolusi PPNXII Menjelang PPNXIII 2025
PRESIDEN Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad menegaskan penganjur atau tuan rumah Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) perlu menunjukkan kesungguhan mereka untuk menarik perhatian kerajaan, atau pemerintah memberikan peruntukan.
“Jika bersikap sambil lewa dan tiada kesungguhan sebagai penganjur, tentulah pemerintah juga tidak berminat. Kalau penganjur sendiri tidak serius, bagaimana mahu mengharapkan kerajaan yang mempunyai banyak tanggungjawab lain pula berminat, dan serius?” ujar beliau dalam nada pertanyaan.
Selamat tinggal PPNXII dan berjumpa lagi pada PPNXIII tahun 2025.Dr Saleeh menegaskan sedemikian semasa berbicara sebagai ahli panel terakhir Sidang 6: Pleno - Hala Tuju Pertemuan Penyair Nusantara pada 15 Oktober lalu di Dewan Bankuet, The Grand Campbell Hotel, Jalan Dang Wangi.
Sidang tersebut merupakan sidang perbincangan terakhir bagi PPNXII dari 13 hingga 15 Oktober lalu, anjuran PENA bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), bertemakan ‘Luka. Cinta. Damai’.
***********************************************************************************
Dr Mohamad Saleeh Rahamad membentangkan Resolusi PPNXII sebelum penutupan acara berkenaan.
###################################################################################
Turut
menjadi ahli panel sidang pleno itu termasuklah Hj Jawawi Ahmad dari Brunei,
Samsudin Said (Singapura), Ahmadun Yosy Herfanda (Indonesia), dan Nik Rakib Nik
Hassan (Thailand). Pengerusi TV Alhijrah/Timbalan Presiden PENA/Pengarah Urus
Setia Tetap, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Mohd Khair Ngadiron sebagai
moderator.
Gesaan
Saleeh itu juga merupakan salah satu resolusi
PPNXII yang dibentangkan oleh beliau sendiri selepas menamatkan Sidang 6:
Pleno, iaitu para panitia PPN setiap
negara perlu meraih sokongan, serta dukungan pihak pemerintah, dan entiti
korporat di negara masing-masing untuk mendanai kegiatan PPN.
Resolusi
lain ialah teknologi digital perlu dimanfaatkan
secara silang budaya, dan negara bagi memperluas penyebaran karya; dan panitia PPN perlu menyediakan laman maya
yang komunikatif secara khusus dan giat bagi menggerakkan suasana
pengkaryaan yang lebih kondusif, mencerdaskan pemikiran, dan kreativiti.
Diyakini
dua resolusi ini reaksi atau tercetus
daripada perbincangan dalam Sidang 3: Forum - Pergelutan Puisi dalam Arus Teknologi pada 14 Oktober, yang
menampilkan SM Zakir dan Saifullizan Yahaya dari Malaysia, serta A Razak
Panamalae (Thailand), dan Morsidi MH (Brunei) sebagai ahli panel, dengan
moderatornya, Dayangku Mastura Pengiran Ismail.
Sembilan
resolusi tersebut disyorkan sebagai tanda
menyedari genre puisi telah berkembang luas, dan merakyat dalam ranah
kesusasteraan seluruh masyarakat di gugusan Nusantara, dan menjadi wahana
ekspresi estetika, pemikiran, sikap, pandangan dan suara hati pengarang.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Enam
lagi resolusi PPNXII ialah:
-
memilih
Jakarta sebagai tuan rumah PPNXIII
pada 2025.
-
pada
setiap kali PPN, sekurang-kurangnya diterbitkan
sebuah antologi puisi khusus PPN oleh tuan rumah.
-
menghormati
hak kemerdekaan dan pemilikan warga Rempang, Palestin, dan di mana-mana sahaja
demi kemanusiaan sejagat.
-
penyertaan perlu
dibuka kepada penulis dengan jumlah yang munasabah mengikut kemampuan
tuan rumah.
-
merancang
penyediaan dana pengiktirafan kepada karya dan penulis, pada peringkat
Nusantara.
-
merancang usaha
mewacanakan karya penulis secara lintas negara.
Untuk
PPNXII, antologi puisi yang diterbitkan berjudul Luka, Cinta, Damai, mengandungi 210 puisi melibatkan penyair lima
negara peserta (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan Brunei), terbitan
GAPENA dengan kerjasama PENA.
No comments: